Thursday, 8 December 2016

Omega Guard Menghakis Perut?

Seringkali kita dengar kenyataan kontroversi berkenaan minyak omega yang mampu mencairkan bekas polisterin, sehingga ada pihak yang menganggap pengambilan minyak omega boleh mengakis lapisan perut.

Kenyataan ini sebenarnya TIDAK BERASAS dan TIDAK DISOKONG oleh mana-mana bukti sains. Malah fenomena ini hanyalah satu fenomena pelarutan pepejal dan tiada kaitan dengan tindak balas kimia!

Untuk memahami fenomena omega mencairkan polisterin, kita perlu faham konsep asas kimia berkaitan dengan bahan yang diklasifisikan sebagai polar dan bukan polar. 


Sesuatu bahan yang polar seperti gula hanya akan larut dalam larutan polar seperti air, dan bahan bukan polar seperti lemak hanya akan larut dalam larutan bukan polar seperti minyak. “LIKES DISSOLVES LIKES”! Pendek kata - I Love U, U Love me gitu!

Dalam kes polisterin dan minyak omega pula: 

Kedua-dua polisterin dan minyak omega adalah bukan polar, jadi amat mudah untuk polisterin cair dalam miyak omega. Tiada tindak balas kimia langsung. 

Semakin tinggi ketulenan minyak omega tersebut, semakin mudah ia mencairkan polisterin tadi!

Dalam ujian mudah yang kami lakukan sendiri –  omegaguard mencairkan polisterin dalam masa lebih kurang 10 minit!

Dan bahagian yang paling cepat cair adalah bahagian yang lebih banyak terdedah kepada cecair omegaguard tadi. 

Nak tahu kenapa cepat sangat larutnya?

Ini kerana kualiti Omegaguard Shaklee merupakan kualiti gred farmaseutikal, iaitu ia mengandungi kandungan minyak omega yang tinggi, iaitu sebanyak 90%! Sebab itulah omegaguard sangat mudah mencairkan polisterin.

Kira tahap keserasian yang tinggi gitu! Perlu diingatkan, suplemen minyak omega yang terdapat di pasaran merupakan campuran Omega-3 dan minyak ikan. 

Ok, orang kata curiosity kills the cat. Jadi saya buat satu eksperimen tambahan. MAMPUKAH CLOROX MENCAIRKAN POLISTERIN? Kenapa saya pilih Clorox?

Sebab Clorox merupakan asid hidroklorik. Walaupun dalam kepekatan yang rendah, ia memang terkenal sebagai agen pembersih yang mampu mengakis.

Agak-agak Clorox mampu tak larutkan polisterin? Secara teorinya – memang tak boleh sebab Clorox merupakan cecair polar dan polisterin merupakan pepejal bukan polar. Kalau dah tak sama takkan nak dipaksa bercintakan? Memang tak "sehati sejiwa". 

Jom tengok….
Mampukah minyak zaitun dan clorox cairkan polistrin? 


Menarikkan? Jadi, tidak perlu risau minyak omega menghakis perut sebab perut kita bukan polisterin. 

Ingin mencuba Omegaguard daripada Shaklee?

Yang pasti - ia diperakui sebagai minyak omega bergred farmaseutikal dan bebas daripada bahan kontaminasi berbahaya. 

Walaupun ia menyebab kan polistren berlubang. Ianya tak akan buat usus dan perut anda juga berlubang.

Ingat perut dan usus kita bukan dibuat dari polistren.



0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com