Sunday, 11 October 2015

Apa Kelebihan Perniagaan MLM Shaklee Berbanding Perniagaan MLM yang lain?

Suatu masa dulu saya pernah join satu 'bisnes' ni. Tak tau nak kata bisnes ke apa masa tu baru form 3 macam tu. Jiran sebelah kata kita letak duit lagi banyak lagi bagus lepastu duit tu akan membiak-biak berganda-ganda. haa gitu..tapi dengan syarat kita kena cari orang bawah kita. Kalau tak cari kita tak dapat apa-apa.

Dengan innocent nya kita ajakla sorang kawan ni. Dia pun setuju. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Bayang duit pun tak nampak. Kawan sudah bertanya. Ada antaranya yang ibu saya terpaksa keluar duit sendiri untuk ganti duit kawan tu. Penyudahnya jiran tu senyap terus. Kita pun hilang kawan. Jumpa kat FB buat macam tak kenal. Haa macam tu kan penangan bisnes Skim Cepat Kaya atau orang panggil Skim Piramid. Dasyat sungguh.

Sekarang taknak cerita tentang Skim Cepat Kaya. Yang dulu biarlah berlalu. Tapi nak cerita tentang MLM. Sebabnya tak kurang yang sering menyamakan antara MLM dengan Skim Piramid. Saya berani cakap kedua-duanya sangat berbeza. Bagai langit dengan bumi.

Semua orang tahu kan Shaklee ni MLM. Hampir 3 tahun dalam bisnes Shaklee ni rasanya sudah banyak sangat perubahan yang saya alami. Yang pertamanya, Shaklee tidak letihkan orang, tapi Shaklee melatih orang. Ini bukan paksaan. Segala tips marketing, online, offline semuanya upline saya ajar. Banyak task yang upline saya beri demi mengasah bakat kami. Beruntung kan?

Bukan jual HARAPAN tapi jual BARANG. Pernah bertanya pada sorang sahabat, " apa pendapat ko tentang MLM?"
Kata dia, " aku dah bertaubat"
LOL. Bunyi tu dah macam buat satu dosa besar. Taubat nasuha.hahaha.
Saya tak pernah kata bila join Shaklee awak akan dapat RM2k. Awak akan dapat RM5k. Itu harapan yang membunuh sebenarnya. Harapan banyak menipu manusia. Kita tidak akan berjaya selagi tidak berusaha. Kita usaha kita dapat. Goyang kaki tak dapat apa-apa.

Ianya bukan perubahan fizikal tetapi perubahan PERIBADI. Saya suka yang ni. MLM Shaklee tidak menggunakan teknik kemewahan sebagai strategi marketing. Kereta mewah, baju mewah seksi, restoran mewah bertujuan untuk menarik 'customer'.

Jika kita lihat perubahan peribadi seseorang baik dari segi pergaulan, hidupnya, pakaian dan lain-lainnya lebih baik dari sebelum menyertai MLM, tahu lah itu adalah MLM yang benar. Bukan nak kata kita baik tapi saya lihat upline upline saya dan kawan-kawan dalam Shaklee banyak yang dah berubah saya jadi lebih yakin dengan bisnes ni.

Bukan RUNTUHKAN IMPIAN tetapi MEMBINA IMPIAN. Sebelum kita join apa-apa bisnes sudah tentu kita membawa sekali seribu impian kita. Mahu berjaya. Tapi jika bisnes itu sendiri yang menipu kita, Duit hangus. Loan tertunggak. Adakah bermakna kita sudah berjaya? Tentu tidak bukan?
MLM pula biasanya mempunyai organisasi bisnes yang kuat kerana semua leadernya bermula dari KOSONG.

Mereka telah merasai perit maung dalam pemasaran dan penjualan produk sehingga akhirnya mereka mampu membantu anak buah masing-masing mengelakkan kesukaran yang sama atau sekurang-kurangnya, melalui kesukaran yang sama dengan lebih tenang.
Inilah yang dinamakan bersama membina impian dengan hasil titik peluh sendiri beserta bantuan mentor atau upline yang juga dalam perjalanan ke arah sebuah kejayaan.

Sekarang nampakkan beza benar MLM dengan Skim Piramid? Ada banyak lagi perbezaannya tapi tak mampu ku tulis di sini. Insha Allah akan share lagi..










Puan Hani | Shaklee Independent ID: 883549|
Contact: 019-3630891| Email: healthybeuti@gmail.com

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com