Wednesday, 19 August 2015

Legakan Simptom Resdung Kurang dari 10 Minit

Korang yang ada resdung pasti tahu betapa azabnya bila resdung datang menyerang. Saya sendiri telah melalui pengalaman dan simptom-simptom resdung dahulu. Antara tanda-tanda kita mengalami penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut: 

  • Hidung sering tersumbat
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain

Tapi yang menjadi masalah ramai antara kita yang pandang remeh terhadap penyakit resdung. Kadang tu ada yang tak sedar pun yang dia mengalami penyakit resdung. Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung . 

Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.

Pengalaman saya sendiri bila tengah malam konfem bersin tak henti-henti. Yang tak tahan tu antara jam 2-3 pagi hari-hari. Hidung berair, setiap kali bersin lendir warna hijau keluar. Seksanya tak usah cerita la...hari-hari saya telan ubat sinus walaupun tahu akan side effect ubat sintetik yang hanya bertahan sementara sahaja. Sampai satu tahap dah tak boleh tahan saya refer pakar. Check up setiap bulan, setiap 2 minggu hingga lah setiap satu minggu. Cerita ni nanti saya masukkan dalam entri lain yer..panjang pula cerita diri sendiri ni..hihi..

Sebenarnya saya just nak share petua melegakan resdung hanya dengan tiga langkah mudah ni sahaja. Korang kena try la baru tahu berkesan ke tak untuk hidung korang tu..hihihi..


Langkah 1: Tekan atau tolak lidah anda ke lelangit.
Langkah 2: Gunakan jari telunjuk anda dan tekan di bahagian dahi betul-betul di bahagian tengah antara kening mata kanan dankening mata kiri. Rujuk gambar di bawah.
Langkah 3: Tekan di bahagian tersebut selama 20 saat dan mukus atau hingus akan mula keluar dari hidung anda.
Ketika anda tekan lidah ke lelangit, jangan tajamkan lidah. Relaxkan lidah dan tekan lelangit dengan lidah yang flat. Bila anda lepaskan lidah, akan ada sedikit pergerakan di bahagian kerongkong anda.
Mukus yang keluar tidaklah banyak  tetapi cukup untuk melegakan hidung dalam masa-masa kecemasan.
Selamat Mencuba!
Sinusitis juga boleh menyebabkan kegatalan mata yang teruk. Jika tidak dirawat, mata akan menjadi merah dan berair.
Walaubagaimanapun suka saya nak ingatkan ini bukan lah rawatan resdung yang anda buat hari ni terus baik resdung. Ini cuma langkah melegakan sahaja. Kemungkinan simptom resdung akan datang semula. Sebaiknya carilah rawatan alternatif atau pun segera berjumpa doktor pakar. 





Puan Hani | Shaklee ID: 883549| healthybeuti@gmail.com|
contact no: 0193630891

Monday, 17 August 2015

7 Sebab Kenapa Toksin Perlu Disingkirkan Dari Tubuh Anda

Toksin terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksin setiap kali ia dimakan sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrien yang diambil.

Kehadiran toksin ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan.

Antara sebab sesuatu organ pencernaan gagal menghadam makanan ialah kerana fungsi dan tenaga organ penghadam itu dialihkan ke sesuatu masalah seperti:
1. Berfikir tentang kerja ketika makan
2. Memikirkan masalah kehidupan ketika makan
3. Berada dalam keadaan masalah tidak puas hati, marah, kecewa atau sebarang pemikiran negatif ketika makan.

Aktiviti ketika makan adalah bermula dari makanan pertama masuk ke mulut hingga kira-kira empat jam iaitu tempoh makanan selesai dicerna dan dihadam.

Kemudaratan Toksin

Toksin yang terhasil dalam jumlah yang sedikit boleh dinyahkan melalui rektum atau usus, tetapi jika jumlahnya berlebihan, ia turut akan diserap oleh tubuh terutamanya melalui usus kecil.
Kehadiran toksin yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan kesan seperti berikut:
1. Penghasilan enzim yang tidak resonan oleh sistem endokrin. Contohnya organ kelenjar liur, hati, hempedu dan pankreas tidak dapat menghasilkan enzim yang membantu sistem penghadaman.

2. Penghasilan hormon tidak mampu menjalankan fungsi dengan cekap. Contohnya pankreas/ buah pinggang tidak dapat mengeluarkan hormon insulin, glukagon, dan somatostatin yang membantu penghadaman, penguraian gula dan asid urik.

3. Pertumbuhan sel terencat akibat nutrien yang diserap oleh sel bersifat toksin yang boleh menjejaskan fungsi  sel.

4. Menggalakan pertumbuhan mukus, kulat atau sebarang jangkitan di bahagian kulit akibat penghasilan peluh yang bertoksin dan berasid.

5. Menjadi faktor kewujudan bahan karsonigen yang mampu memutasikan DNA sel hingga menyebabkan kewujudan sel kanser (fibroid, tumor), ketumbuhan, cyst dan sebagainya.

6. Mencemarkan darah dan melemahkan fungsi sistem aliran darah. Kesannya seseorang menjadi mudah letih, muka pucat, kerap sakit kepala, punca migrain, punca keloid, punca gangrene, punca purpura (lebam seperti ”kena gigit hantu”) dan sebagainya.

7. Toksik yang berlebihan dalam darah akhirnya akan disingkitkan melalui sistem perpeluhan yang boleh menyebabkan peluh berbau.

8. Selain itu, ia juga akan disingkirkan melalui buah pinggang. Akibatnya pinggang boleh terjejas dan menjadi lemah hingga menyebabkan masalah pada buah pinggang dan menimbulkan simptom seperti masalah prostat, kerap membuang air kecil, bengkak air, lenguh belakang, sakit lutut dan sebagainya.

Pembuangan Toksin

Proses pembuangan toksin sangat popular digelar dengan istilah Detoxification (atau ringkasnya Detox). Bahan bertoksin dalam tubuh biasanya mempunyai sifat seperti berikut:
1. Berasid
2. Mempunyai ikatan kolestrol yang tepu
3. Protein tinggi

Bahan yang digunakan untuk menghuraikan ketiga-tiga sifat di atas perlulah bahan yang boleh berfungsi serentak dan dirinya sendiri tidak boleh menjadi toksid dan mampu menghuraikan dirinya sendiri. Antara contohnya ialah:

1. Timun boleh menghurai bahan yang berasid kerana ia beralkali dan mempunyai fiber yang lembut. Fiber lembut ini boleh menyahkan bahan bertoksid dengan berkesan.

2. Daging kambing berkeupayaan menghuraikan kolestrol tepu dalam tempoh yang pantas.

3. Buah delima dan minyak zaitun berkeupayaan menghurai protein tinggi dan meneutralkan urik asid terutama dalam organ hati dan pankreas.

4. Cuka epal mempunyai kelebihan menstabilkan urik asid, menghurai kolestrol tepu dan protein tinggi dengan serentak.

5. Madu mempunyai beberapa enzim semulajadi yang membantu mencernakan nutrien pada peringkat kolestrol dan protein ringkas.

6. Cuka Epal dan Madu
Cuka epal tidak mudarat jika diambil berlebihan. Untuk kesan yang lebih optimum, ia perlulah diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Selain menghuraikan bahan berasid, kolestrol tepu dan priotein tinggi, nutrien yang bermanfaat yang terperangkap di dalam usus besar perlu dicernakan untuk manfaat tubuh. Toksin yang terbentuk di dalam usus besar mempunyai sejumlah nutrien yang masih berpotensi untuk dicerna dan dihadam oleh tubuh. Nutrien ini telah melepasi saluran duodenum yang sepatutnya mengeluarkan enzim sebagai pemangkin yang mencernakan nutrein tersebut, maka organ hati, hempedu dan pankreas tidak dapat membantu mencernakannya lagi.

Satu-satunya sumber makanan yang mengandungi lengkap secala jenis enzim yang dapat membantu menghuraikan nutrein yang terperangkap di dalam usus ialah madu.

Gabungan madu dan cuka epal merupakan formula terbaik yang bertindak sebagai bahan Detox yang berkesan, selamat dan semulajadi.

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com