Thursday, 2 July 2015

10 Perkara yang Merosakkan Puasa dibulan Ramadhan

Hari ini genap 16 hari kita berpuasa. Alhamdulillah berpuasa penuh lagi setakat ini..heee..sekarang baru pukul 8.16am. Ada yang dah mula melepet ke. Haa tu laa lainkali cer cari supplement. Amalkan supplement. Nanti segar bugar bertenaga macam aku..kihkihkih..

Di bulan Ramadhan ini kita perlu sentiasa ingat yang berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja, tetapi setiap amalan dan perbuatan kita juga memberi kesan kepada pahala puasa. Samada ianya membawa kebaikan dan menambah pahala atau sesuatu yan akan mengurangkan pahala puasa kita.

Pagi ni saya nak share 10 perkara yang mampu merosakkan puasa kita. Mungkin dalam kita tak sedar ada terbuat mana-mana perkara ini. Peringatan kita sesama Islam supaya sentiasa menjaga tingkahlaku di bulan puasa.

10 Perkara yang Merosakkan Puasa


  • Yang Terbit Dari Lidah / Mulut
    Berbual tentang keduniaan, menyanyi-nyanyi, berdusta, mungkir janji, mengumpat, membantah-bantah, mendoakan dengan kejahatan, memaki hamun, bergurau dengan cara mengejek.
     
  • Penglihatan / Pandangan Mata
    Jauhi dari melihat perkara-perkara yang dilarang seperti menonton filem yang kurang sopan atau lucah, melihat aurat orang lain, memandang seseorang dengan keinginan nafsu. Kalau boleh, tundukkan pandangan mata kita ketika sedang berpuasa supaya terpelihara daripada melakukan dosa-dosa yang berkaitan dengan apa yang kita pandang.
     
  • Perbuatan Yang Melibatkan Tangan
    Mencuri, merompak, memukul orang atau haiwan, merosakkan harta benda awam atau harta benda orang lain, dan segala perbuatan dilarang yang boleh dibuat menggunakan tangan.
  • Pendengaran / Telinga
    Mendengar perkara-perkara yang mendatangkan dosa seperti mendengar cerita keburukan orang lain, berita fitnah yang belum tahu kesahihannya, mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan lain-lain yang berkaitan dengan pendengaran (telinga). Senang cerita, jauhilah daripada mendengar perkara yang sia-sia dan tak mendatangkan faedah.
     
  • Perkara Yang Menggunakan Kaki
    Antara contoh perbuatan atau perkara yang melibatkan kaki ialah pergi ke tempat-tempat hiburan, pusat perjudian, pesta-pesta yang melekakan, dan semua tempat yang bercampur lelaki dan perempuan.
     
  • Mengisi Perut / Nafsu Makan
    Keinginan mengisi perut dengan pelbagai juadah berbuka sehingga berlebih-lebihan dan boleh menjadi pembaziran. Membazir atau membuang makanan adalah tak baik. Ada sesetengah orang cakap haram hukumnya membuang makanan, iaitu rezeki yang Allah SWT bagi kepada kita. Oleh itu, janganlah mengurangkan pahala puasa semasa sedang berbuka dengan mengikut apa yang perut kita nak. Perut yang berpuasa kalau diisi dengan sedikit makanan pun dah boleh rasa kenyang. Tak perlu ikut nafsu yang meminta dihidangkan pelbagai juadah sewaktu berbuka.
     
  • Kemaluan
    Contohnya seperti berzina, mengeluarkan air mani dengan sengaja di siang hari dalam bulan Ramadhan, dan sebagainya.
     
  • Berhias / Bersolek (Bagi Perempuan)
    Berhias dan bersolek akan menarik perhatian kaum lelaki yang ada kemungkinan memandang seseorang perempuan itu dengan keinginan nafsu. Lelaki itu berdosa dan puasanya rosak, sementara bagi perempuan itu pula dia juga berdosa kerana membiarkan lelaki yang bukan mahram memandang kecantikannya.
     
  • Mendedahkan Aurat
    Mendedahkan aurat bagi lelaki dan wanita hukumnya adalah haram dan berdosa. Oleh itu, puasanya dikira rosak kerana melakukan perkara yang memang sudah nyata diharamkan oleh Allah SWT dan agama Islam.
     
  • Meninggalkan Solat Fardhu
    Orang yang meninggalkan sembahyang atau solat fardhu 5 waktu adalah telah melakukan dosa besar. Orang yang berpuasa tapi tak solat tetap berdosa walaupun puasanya sah. Cuma, puasa orang yang tak sembahyang atau tak solat ni tiada nilainya di sisi Allah SWT.

  • Semoga kita lebih berhati-hati dan menjauhi perkara-perkara yang menjauhi pperkara yang boleh mengurangkan puasa kita di bulan Ramadhan. Jangan biarkan nafsu menguasai diri kita tetapi kita yang menguasai nafsu. Insha Allah...😊
    Peringatan untuk diri saya sendiri..

    0 comments:

    Disclaimer

    Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

    Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

    Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com