Thursday, 2 July 2015

10 Perkara yang Merosakkan Puasa dibulan Ramadhan

Hari ini genap 16 hari kita berpuasa. Alhamdulillah berpuasa penuh lagi setakat ini..heee..sekarang baru pukul 8.16am. Ada yang dah mula melepet ke. Haa tu laa lainkali cer cari supplement. Amalkan supplement. Nanti segar bugar bertenaga macam aku..kihkihkih..

Di bulan Ramadhan ini kita perlu sentiasa ingat yang berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja, tetapi setiap amalan dan perbuatan kita juga memberi kesan kepada pahala puasa. Samada ianya membawa kebaikan dan menambah pahala atau sesuatu yan akan mengurangkan pahala puasa kita.

Pagi ni saya nak share 10 perkara yang mampu merosakkan puasa kita. Mungkin dalam kita tak sedar ada terbuat mana-mana perkara ini. Peringatan kita sesama Islam supaya sentiasa menjaga tingkahlaku di bulan puasa.

10 Perkara yang Merosakkan Puasa


  • Yang Terbit Dari Lidah / Mulut
    Berbual tentang keduniaan, menyanyi-nyanyi, berdusta, mungkir janji, mengumpat, membantah-bantah, mendoakan dengan kejahatan, memaki hamun, bergurau dengan cara mengejek.
     
  • Penglihatan / Pandangan Mata
    Jauhi dari melihat perkara-perkara yang dilarang seperti menonton filem yang kurang sopan atau lucah, melihat aurat orang lain, memandang seseorang dengan keinginan nafsu. Kalau boleh, tundukkan pandangan mata kita ketika sedang berpuasa supaya terpelihara daripada melakukan dosa-dosa yang berkaitan dengan apa yang kita pandang.
     
  • Perbuatan Yang Melibatkan Tangan
    Mencuri, merompak, memukul orang atau haiwan, merosakkan harta benda awam atau harta benda orang lain, dan segala perbuatan dilarang yang boleh dibuat menggunakan tangan.
  • Pendengaran / Telinga
    Mendengar perkara-perkara yang mendatangkan dosa seperti mendengar cerita keburukan orang lain, berita fitnah yang belum tahu kesahihannya, mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan lain-lain yang berkaitan dengan pendengaran (telinga). Senang cerita, jauhilah daripada mendengar perkara yang sia-sia dan tak mendatangkan faedah.
     
  • Perkara Yang Menggunakan Kaki
    Antara contoh perbuatan atau perkara yang melibatkan kaki ialah pergi ke tempat-tempat hiburan, pusat perjudian, pesta-pesta yang melekakan, dan semua tempat yang bercampur lelaki dan perempuan.
     
  • Mengisi Perut / Nafsu Makan
    Keinginan mengisi perut dengan pelbagai juadah berbuka sehingga berlebih-lebihan dan boleh menjadi pembaziran. Membazir atau membuang makanan adalah tak baik. Ada sesetengah orang cakap haram hukumnya membuang makanan, iaitu rezeki yang Allah SWT bagi kepada kita. Oleh itu, janganlah mengurangkan pahala puasa semasa sedang berbuka dengan mengikut apa yang perut kita nak. Perut yang berpuasa kalau diisi dengan sedikit makanan pun dah boleh rasa kenyang. Tak perlu ikut nafsu yang meminta dihidangkan pelbagai juadah sewaktu berbuka.
     
  • Kemaluan
    Contohnya seperti berzina, mengeluarkan air mani dengan sengaja di siang hari dalam bulan Ramadhan, dan sebagainya.
     
  • Berhias / Bersolek (Bagi Perempuan)
    Berhias dan bersolek akan menarik perhatian kaum lelaki yang ada kemungkinan memandang seseorang perempuan itu dengan keinginan nafsu. Lelaki itu berdosa dan puasanya rosak, sementara bagi perempuan itu pula dia juga berdosa kerana membiarkan lelaki yang bukan mahram memandang kecantikannya.
     
  • Mendedahkan Aurat
    Mendedahkan aurat bagi lelaki dan wanita hukumnya adalah haram dan berdosa. Oleh itu, puasanya dikira rosak kerana melakukan perkara yang memang sudah nyata diharamkan oleh Allah SWT dan agama Islam.
     
  • Meninggalkan Solat Fardhu
    Orang yang meninggalkan sembahyang atau solat fardhu 5 waktu adalah telah melakukan dosa besar. Orang yang berpuasa tapi tak solat tetap berdosa walaupun puasanya sah. Cuma, puasa orang yang tak sembahyang atau tak solat ni tiada nilainya di sisi Allah SWT.

  • Semoga kita lebih berhati-hati dan menjauhi perkara-perkara yang menjauhi pperkara yang boleh mengurangkan puasa kita di bulan Ramadhan. Jangan biarkan nafsu menguasai diri kita tetapi kita yang menguasai nafsu. Insha Allah...😊
    Peringatan untuk diri saya sendiri..

    Wednesday, 1 July 2015

    9 Kesalahan yang Anda Lakukan Ketika Mencuci Muka

    Mencuci wajah merupakan salah satu cara untuk membuat kulit tetap bersih dan cerah. Namun mencuci wajah juga dapat menimbulkan masalah-masalah kulit seperti kulit kering, berminyak dan iritasi, jika kita tidak lakukan dengan cara yang betul.

    Bunyi macam simple, mencuci wajah sebenarnya harus menggunakan teknik yang betul agar selain bersih, kesihatan kulit wajah tetap terjaga.

    Oleh itu, cara yang bagaimana yang anda harus hindari ketika mencuci wajah? Jom semak!

    1. Tidak mencuci tangan
    Kesalahan yang paling kerap terjadi apabila kita terlupa untuk mencuci tangan terlebih dahulu. Menuangkan facial wash ke tangan yang masih dalam keadaan kotor dan kemudian mengusapnya ke wajah, tidak akan membuat wajah benar-benar bersih. Sabun cuci muka tersebut akan bercampur dengan kotoran dan bakteria yang masih tersisa pada tangan yang kotor dan kemudian dengan mudah berpindah ke wajah anda. So, jangan lupa untuk selalu mencuci bersih tangan kamu sebelum menggunakannya untuk mencuci wajah ok.

    2. Salah memilih facial wash
    Facial wash yang baik adalah pembersih wajah yang menghilangkan kotoran dan bekas make up sekali, tanpa menghilangkan kelembaban dan sel-sel kulit yang masih sihat, serta pastinya sesuai dengan jenis kulit anda. Namun masih ramai wanita keliru dalam menggunakan facial wash, sehingga menyebabkan kulit wajahnya menjadi kering atau ada yang iritasi. Maka pilihlah sabun muka yang memang sepadan untuk jenis kulit wajah anda.


    Untuk jenis wajah kering, sebaiknya gunakan facial wash yang berbentuk krim dan mengandungi pelembab yang tinggi. Sementara bagi yang memiliki kulit berminyak, disarankan untuk menggunakan facial wash yang mengandung buih dan berbentuk gel.

    Selain itu, hindari penggunaan facial wash yang wangi kerana mungkin produk tersebut mengandungi pewangi buatan yang boleh memicu iritasi kulit, terutama bagi yang memiliki kulit sensitif. Sebaiknya pilih sabun pencuci wajah dengan aroma yang semulajadi.


    3. Mencuci wajah terlalu kerap
    Kita ingat kulit akan menjadi bersih dan cerah dengan kerap mencuci wajah. Namun terlalu kerap mencuci wajah sebnarnya tidak baik untuk kesihatan kulit kerana akan membuatnya menjadi kering dan iritasi. Bahkan untuk jenis kulit wajah berminyak, kulit akan semakin banyak mengeluarkan minyak jika dicuci terlalu kerap. Untuk itu, cukup mencuci wajah dua kali sehari pagi dan malam hari.

    4. Membilas kurang bersih


    Shaklee terbaik

    Masih banyak wanita yang sering mencuci wajah tanpa membilasnya dengan bersih. Termasuklah saya..erk! Kita ingat tak mengapa tetapi bekas sabun yang tertinggal ketika tidak dibilas dengan bersih menjadi salah satu penyebab kulit kering dan iritasi pada wajah. Disamping itu, sisa sabun juga dapat menyumbat pori-pori kulit yang dapat menyebabkan munculnya jerawat. Oleh karena itu, selalulah bilas wajah dengan bersih saat mencucinya, walaupun anda nak cepat. Insaf jap 😅

    5. Suhu air
    Mungkin kita sering mendengar bahawa air panas dapat membuka pori-pori kulit, sementara air dingin menutup pori-pori kulit. Namun ia sama sekali tidak benar kerana kalau nak tahu  pori-pori tidak memiliki otot yang mampu membuatnya membuka dan menutup. Maka, jangan menggunakan air yang terlalu dingin atau terlalu panas untuk mencuci wajah. Air panas akan menyebabkan kulit kering, sedangkan air dingin dapat merosakkan pembuluh darah pada wajah. Suhu air yang paling baik untuk mencuci wajah adalah air yang hangat, dalam erti lain tidak terlalu panas ataupun terlalu dingin.

    6. Menggosok wajah menggunakan tuala 
    Salah satu kesalahan yang paling sering kita lakukan adalah mengeringkan dan menggosok wajah dengan tuala setelah mencuci wajah. Ini hanya akan membuat mengalami iritasi serta cepat keriput dan kehilangan kekenyalannya karana tertarik oleh tuala tersebut. Cara terbaik untuk mengeringkan wajah adalah dengan menepuk-nepuknya secara lembut dengan menggunakan tuala bersih. Selain itu, hindari menggunakan tuala yang sama dengan tuala mandi untuk wajah. Sebaiknya siapkan tuala khusus untuk mencuci wajah.

    7. Tidak langsung menggunakan pelembab
    Setelah mencuci wajah, mungkin anda kerap lupa untuk terus menggunakan pelembab wajah. Inilah yang dapat menjadi salah satu penyebab wajah kamu menjadi kering. Untuk hasil optimum, sapukan pelembap wajah setelah wajah dicuci dan dikeringkan, jangan menunggu kulit hingga benar-benar kering. Menggunakan pelembab secara langsung akan membantu pelembab tersebut menyerap secara maksimal sehingga kelembaban kulit pun akan tetap terjaga. Tapi sebelum tu pakai toner dahulu untuk mengecilkan pori-pori di wajah.

    8. Menghindari minyak



    Selama ini kita sering menganggap minyak sebagai salah satu penyebab masalah kulit dan dapat menyumbat pori-pori kulit. Anggapan tersebut mungkin membuat anda menjauhi produk-produk yang mengandungi minyak, termasuk facial wash. Sebenarnya  facial wash yang mengandungi minyak dapat memberi nutrisi yang baik bagi kulit wajah kita. Beberapa manfaatnya yaitu membersihkan pori-pori dari kotoran iaitu bakteria serta membantu menyeimbangkan nutrisi dalam kulit. Untuk hasil maksima, sebaiknya pilih facial wash berminyak yang terbuat dari minyak semulajadi seperti minyak almond, minyak biji anggur atau minyak bunga matahari, yang baik untuk kesihatan kulit.


    9. Terburu-buru membilas
    Sesudah mengusapkan facial cleanser ke seluruh permukaan wajah, jangan terburu-buru untuk membilas dengan air. Sebaiknya biarkan sebentar hingga sabun pembersih wajah tersebut benar-benar mengangkat semua kotoran dan bakteria pada wajah. Setidaknya tunggu hingga 1 minit setelah diusapkan pada wajah, baru lah bilas dengan air bersih.
    Set kecantikan shaklee
    Urutan wajah yang betul

    Semoga ada manfaat untuk entry kali ini.sama-sama kita menjaga wajah dan kulit kita yang Allah swt anugerahkan kepada kita..inshaAllah.

    Puan Hani | 019-3630891|healthybeuti@gmail.com|
    ID:883549

    Disclaimer

    Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

    Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

    Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com