Monday, 29 June 2015

Air Kosong Jadi Sedap, Kaya Mineral dan Beralkali | Hanya buat sendiri di rumah anda.


Percaya tak air kosong yang kita minum hari-hari tu boleh bertukar rasa jadi sedap? Kalau tak percaya jemput baca kisah Syuhada dengan water pitcher yang baru sahaja di beli...

sumber : Entry blog Syuhada.. Okey kawan2 ..JOm baaca
______________________


Sebenarnya sudah lama saya mencari penapis air. Tau jer la duduk di bandar yang padat ni, kualiti air pun dah kurang. Saya ni dah la jenis susah nak minum air kosong. Tapi kena gagahkan juga diri meneguk untuk kesihatan badan sendiri. Kalau balik kampung, minum air kosong kat kampung terasa beza dengan air kosong di sini. Sampaikan ayah dan mak kalau datang sini bawa bekalan air kosong dari kampung. Sampai macam tu sekali kerana ayah saya tak suka akan rasa air kosong di sini.
Setelah saya survey sana sini, last2 saya pilih Shaklee Get Clean Water Pitcher ni.
Pautan
Shaklee Get Clean Water Pitcher
Ok, ini adalah set sebenar yang akan diperolehi dari Starter Pack. Nak beli secara asing pun boleh... Tapi beli Set ni lagi murah... Next time tinggal beli filter jer selepas filter yang dibekalkan dalam set ini habis diguna pakai. Satu filter ni boleh digunakan untuk menuras sebanyak 303 liter air atau dalam masa 4 bulan, mana yang terdahulu.

Hari semalam dah mula pasang dan guna pitcher ni. Mula-mula rasa was2 nak minum airnya... yer la tak perlu dimasak, tentu tak terbayang macam mana rasanya menelan air paip... Mesti loya... kemudian gagahkan hati untuk minum... Sekali teguk, dalam hati berbisik 'Eh, sedap la..." kemudian teguk lagi dan lagi... Sampai tinggal setengah jag... hahaha... Memang sedap airnya... Malah lebih sedap dari air paip yang telah dimasak...

Kemudian malam tu, hubby balik, siangnya dia kerja. Dia minum air dari pitcher tu dan dia cakap, "sedaplah air ni syg..." saya pun jawab, "a'ah sedap... lagi sedap dari air masak kan abg".... dia angguk2 sambil minum....
Air yang bersih membantu vitamin dan supplement bertindak balas secara optimum dan kulit extra cantik dan lembap. Bagi mereka yang ingin mendapatkan kulit cantik saya cadangkan cuci lah wajah anda dengan air dari jag water pitcher shaklee ni. Bagi yang mempunyai  masalah kulit juga sangat-sangat disarankan. Tahukah anda kulit yg bermasalah lambat sembuh berpunca daripada air yang kurang bersih dan berasid?


Ok, jom baca sikit info tentangnya dari web Shaklee ini
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat dengan menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula dan berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER

SELAMAT:
 “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar. Credit Mama Cery

Anda bagaimana? berminat dgn Water Pitcher ni? 
_________________________________________________________________
Sila hubungi saya,







Puan Hani | 019-3630891 
healthybeuti@gmail.com |ID: 883549

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 23 June 2015

B Complex Menggemukkan?

Ramai yang takut untuk makan B kompleks sebab takut gemuk. Betul ke bcomplex menggemukkan?

B complex shaklee

Sebenarnya ada banyak point yang boleh diambil di sini.
1) Fungsinya
2) Cara aturan makan
3) Sumber b kompleks yg anda pilih itu sendiri samada sintetik atau asli.

1) Fungsi:
Apa fungsi B kompleks ni sebenarnya ya? Kenapa namanya terlalu kompleks kita tak panggil sebagai vitamin B saje? (sy cerita pasal bcomplex Shaklee je yer..bkn jenama lain)
B complex Shaklee terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu:

1. Thiamin (B-1),
2. Riboflavin (B-2),
3. Niacin (B-3),
4. Pantothenic acid (B-5),
5. Pyridoxine (B-6),
6. Folic acid (B-9)
7. Cobalamin (B-12) dan
8. Biotin.

Setiap kumpulan B ini mempunyai fungsi yang tertentu. Bila diambil lengkap 8 kumpulan ini, akan saling melengkapkan keperluan B dalam tubuh kita.

B12 adalah ko faktor dalam metabolisme karbohidrat

B1 penting untuk pecahan karbohidrat dan membantu menukarkan glukos (gula ringkas) dan karbohidrat kepada tenaga.

Kekurangan vitamin B1 untuk akan menyebabkan glukos dan karbohidrat hanya tersimpan dalam badan. Apabila ia berterusan, ia akan menjadi salah satu punca berat badan bertambah, kegemukkan dan hilang bentuk tubuh badan yang asal.

B6 sangat penting dan diperlukan untuk penukaran glikogen (tenaga yang tersimpan) kepada glukos (gula dalam darah].

Jadi, sekarang, kita dah tau FUNGSI B kompleks yang membantu dalam pembakaran karbohidrat dan glukos menjadi tenaga. Anda akan sentiasa bertenaga, tanpa rasa lesu. (lebih baik kan jadi energetik berbanding dibiarkan segala karbohidrat tadi berkumpul menjadi lemak di dalam badan?)

Selain dari itu, B Kompleks juga adalah anti penenang semulajadi yg paling selamat. Sekiranya anda tension, cuba makan b kompleks ini dan akan wujud mood bahagia dan segala masalah boleh diselesaikan dengan tenang dgn tambahan b kompleks dalam badan.

B kompleks ini juga penting untuk sistem saraf dan mewujudkan system metabolism sel yg baik di dalam badan. dan juga penting untuk kecantikan kulit :)

2) Cara Makan
Disarankan b kompleks ni dimakan selepas makan. Bukan sebelum makan atau semasa lapar. Kenapa ya?

Semasa badan kita kekurangan glukos (lapar) kita makan pulak b kompleks ini, jadi, b kompleks akan menukarkan segala glukos2 yang tersimpan dalam badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Sekiranya tak cukup glukos, pasti badan akan menghantar signal yang baru iaitu petanda perut berbunyi dan “SAYA LAPAR”.

Jadi anda akan terasa cepat lapar dan nafsu makan akan membuak2 sebab badan perlukan glukos untuk ditukarkan menjadi tenaga. Sebab itulah bila makan b kompleks masa lapar, anda akan makan dengan lebih banyak lagi. Jangan salahkan b kompleks ye sebab fungsi itu sudah ditetapkan Allah sebegitu. Kita sebagai manusia yg perlu menggunakan akal fikiran untuk mengaplikasikan ilmu yang Allah turunkan untuk semua hambaNya.

Jadi, kalau anda nak kurus, makanlah b kompleks selepas makan. Kalau nak tambahkan berat badan, makanlah sebelum makan atau masa lapar.

3) Sumber b kompleks

Adalah sangat penting untuk anda mengetahui bahawa b kompleks sintetik yg banyak di pasaran dibuat dari bahan apa? Boleh baca sendiri mengenai kandungan b kompleks sintetik. B kompleks Shaklee diperbuat dari bahan-bahan asli yang tidak membahayakan kesihatan. Tidak membahayakan organ. Tidak membahayakan sel-sel badan. Sumber yang selamat juga penting agar sistem metabolism badan tidak terganggu.

satu lagi kelebihan B kompleks ini sebab disertakan sekali dengan 200mcg asid folik yang sangat penting untuk pembentukan fetus dalam rahim ibu. Jadi, sangat sesuailah b kompleks yang asli dan selamat ini diambil oleh ibu2 yang mengandung.

Pilihan di tangan anda. Makanlah dengan ilmu supaya anda lebih menghargai sesuatu yg dimakan itu :)

Sumber:
healthier for life


Monday, 15 June 2015

Pentingkah Penggunaan Krim Malam?


Pentingkah Penggunaan Krim Wajah di Waktu Malam?

Jawapannya adalah ya!ya! dan ya!.Tapi ramai yang tidak ambil peduli tentang penggunaan krim wajah di waktu malam.Macam-macam alasan malas,ngantuk,nak tidur awal,leceh dan sebagainya.Walau pelbagai alasan yang diberi tetapi inginkan kulit yang cantik.




Mengapa krim malam begitu penting untuk digunakan? 

Sangat penting, kerana ketika malam hari ketika kulit sedang beristirehat, krim lebih mudah menyerap ke dalam kulit. Sehingga manfaat dari krim tersebut dapat bekerja lebih maksimum.
Kalau nak tahu kulit kita mula bekerja, regenerate cell start pukul 11 malam hingga pukul 2am..antara waktu ni laa kulit bekerja..rugi la kalau anda tak pakai apa-apa sebelum masuk tidur..kann?


Jadi kalau nak kulit yang cantik jagalah kesihatan kulit anda.Walaupun anda seorang yang gemar mengambil suplement,Namun,penjagaan kulit wajah secara luaran juga turut penting! kerana menggunakan krim malam sama pentingnya seperti menggunakan sunblock ketika siang hari. 





Jom baca manfaat NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream

👉Memperbaharui dan kembalikan keremajaaan kulit sewaktu tidur
👉Linden sejenis tumbuhan memberi kelembapan kulit dari dalam
👉Mencerahkan dan menghilangkan radang kulit
👉Vitamin C mengurangkan tompok hitam,mengembalikan keserian wajah.
👉Bangun esok pagi terasa kulit gebu,halus,cerah,berseri


Bahan-bahan aktif Nutriwhite

Shaklee menjelajah seluruh dunia untuk mencari nutrien yang paling tulen dan herba paling berkuasa untuk NutriWhite. Gabungan 16 ramuan botani mujarab:

Bearberry~ meringankan,melegakan dan mengurangkan keradangan
Soybean~ mencerahkan, melembutkan,melembap dan mengurangkan tompok
Skullcap~ meringangkan,mengurangkan keradangan dengan flavonoid
Beech Tree~ meringankan meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
Strawberry Begonia~ mencerahkan dan mengatasi pigmentasi
Mulberry~ mencegah kerosakan matahari dan melembap
Peony~ Mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan
Rosemary~ mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan
Aloe Vera~ Melegakan,melembapkan dan mengurangkan keradangan
Mountain Arnica~ Mengurangkan keradangan dengan flavones
Cat's Claw~ Menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin
Kudzu Leaf dan Roots~ Menegang dan mengurangkan keradangan dengan isoflavon
Linden~ Menyuburkan dan menghidratkan peringkat dalam
Marshmallow~ Melembapkan dengan tanin
Seaweed~ Mengeluarkan dan memelihara sambil menegangkan
Green Algae~ Menyahtoksin dan melembabkan


Berminat nak cuba Overnight Renewal Whitening Cream?
Hubungi sahaja saya,







Puan Hani| Contact No: 019-3630891
id: 883549| email: healthybeuti@gmail.com

Friday, 12 June 2015

7 Zikir Pembuka Rezeki

Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit namun kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, bebas hutang turut boleh dianggap rezeki. Semuanya nikmat Allah yang patut disyukuri.

Tidak mudah untuk sentiasa murah rezeki. Amalkanlah 7 zikir pembuka pintu rezeki ini. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah buka seluas-seluasnya rezeki dari pelusuk bumi untuk kalian. Amin.

7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki:

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah
(HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS
Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetanggany.
(HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda:
Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaiba al-Bazzar Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR
Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga”
(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya Allah berikanlah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka turunkanlah. Jika ada di bumi maka keluarkanlah. Jika jauh maka dekatkanlah. Jika dekat maka Mudahkan lah. Jika sedikit maka banyakanlah. Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan. Ya Allah, Kabulkanlah doa kami…Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.


Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
sumber: oh!media

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com