Saturday, 25 April 2015

Bahaya ke Shaklee?

Assalamualaikum....morning!

Sekarang dah pukul 5 pagi..sebelum buat keje curi masa sikit kita nak share bukti tentang keberkesanan Shaklee..agar kita pengguna yang makan Shaklee ni makan supplement dengan yakin tanpa ragu.
.
Sebenarnya, banyak syarikat mendakwa produk mereka berkesan termasuklah Shaklee..ahaks! Taaapiii.....kami mempunyai BUKTI. Shaklee melabur lebih dari $300 juta (US Dollar dikk...) hanya untuk ujian klinikal dan buat research tentang produk sahaja. Banyakk weh 300juta... Dollar US pulak tuuu...
.
Sebelum produk sampai ke tangan korang, Shaklee telah melakukan sebanyak 100 ujian klinikal ke atas setiap produk...maknanya bukan sekali buat je ujian klinikal malahan setiap kali produk dipasarkan wajib buat ujian klinikal.
.
Produk Shaklee juga mempunyai saintis sendiri yang bekerja sepenuh masa (bukan part time.. ) dan kakitangan yang bertauliah Sarjana atau lebih tinggi dalam bidang pemakanan.

Shaklee different

.
Selain diuji di makmal Shaklee sendiri, supplement Shaklee juga ada buat ujian klinikal ke atas setiap produk di institusi lain antaranya di Harvard University, University of Tufts, John Hopkins, Yale, UCLA, Stanford University, University of California Berkley. Ujian ni kita buat dekat semua universiti berprestij ni supaya semua keputusan dan metadology adalah sama,adil dan tidak berat sebelah.
.
Yelaaa kang ada kata memang laĆ  orang Shaklee yg buat ujian klinikal dah tentu laaa depa kata selamat...haha...kita juga ambil instistusi luar untuk buat ujian klinikal sendiri ke atas produk Shaklee..
.
Ok sampai sini je kalau nak cerita memang sangat penjang. Belum cerita lagi anugerah- anugerah yang Shaklee menang 100 pingat Emas, perak,gangsa. Ini anugerah ahli sukan bertaraf DUNIA yang guna produk kita...produk Shaklee lerr..bukan peringkat sekolah yerr...hikhik..

Shaklee sangat-sangat menitikberatkan kualiti produk mereka.. termasuk lah packaging.. sebab tu kolagen dihentikan pengeluaran sementara sebabnya kilang yang bungkus kotak kolagen tak ikut kualiti dan standard yang Shaklee tetapkan. Of course ini bukan kilang kicap yer...bukan main-main punya produk. Sekadar melepas batuk di tangga...no..no..no..

Lain kali kita cerita lagi...salam subuh untuk semua..







Puan Hani | Shaklee Independent Distributor [ID: 883549]
healthybeuti@gmail.com | 019-3630891

Tuesday, 7 April 2015

Lecithin Cantikkan Kulit

Dr.Murad kata kelebihan lecithin dalam buku terbaru dia yg bertajuk 'Cellulite', Dr.murad mencadangkan kita makan lecithin untuk hasil kulit yang mengkagumkan.

Dia cakap lagi lecithin diperlukan untuk mengekalkan membran sel dalam badan termasuk kulit kita.

Lecithin juga sumber terbaik asid lemak, yang mana sangat efektif untuk mendapatkan kulit yang lembap.

Lecithin bukan setakat membakar lemak je taw....lecithin boleh bagi kulit u dapat cun...haa gitu!! Ok lepasni nak konsisten lecithin gak laa...sapa la yang taknak cun kannn.....❤❤❤




"A simple addition of lecithin can help dealing with a variety of skin related diseases, such as skin eczema, dry elbows, flaky skin, and many more. It can further allow users to abstain from skin care products containing harmful chemicals. A good conventional cream along with lecithin can moisturize the skin effectively. "

Salam sayang.....


Produk Anti-Penuaan Terhebat!

Baru tadi baca artikel tentang salah satu kandungan semulajadi dalam Vivix...apalagikan mestilah anggur Muscadine..Anggur Muscadine ni antara ramuan utama yang terdapat dalam Vivix.

Fakta ni tak tahu lah korang dah tahu ke belum....


Sebiji anggur muscadine mengandungi 40x antioksida yg mana sangat-sangat kaya dengan 'quercetin' atau flavonoid dan mengandungikandungan fiber yang lebih tinggi daripada oat atau nasi!

2500 studies ke atas red wine,800 studies ke atas grape seed dan jugak 600 studies ke atas anggur merah.study kata red wine & anggur merah mempunyai kelebihan yg luar biasa untuk fight sel kanser dan sebagai anti penuaan yg luar biasa hebat!!

Note: Sebiji buah anggur muscadine besar dia sama dengan sebiji bola golf!




Vivix berkeupayaan melawan kanser yang luar biasa hebat....


"NIH (National Institute of Health) study shows that the ellagic acid in muscadines can inhibit the growth of cancer cells by inducing programmed cell death and resveratrol works by blocking the cell cycle. 

Both are important mechanisms to prevent the development of cancer. Muscadine grapes provide all the health benefits that have been associated with red wine and grapes... PLUS all the benefits that come from the ellagic acid! "

Apa supplement Muscadine anda? 

Supplement muscadine grapes saya tentulah dari Vivix!



Vivix Cellular Anti - Aging Tonic merupakan satu kejayaan revolusi dalam memerangi penuaan selular. Dibangunkan selepas beberapa tahun penyelidikan oleh Shaklee Corporation , syarikat nombor satu pemakanan semulajadi di Amerika Syarikat, Vivix adalah produk terbaik anti - penuaan makanan tambahan di dunia . Dalam kajian makmal , ramuan Vivix telah ditunjukkan memberi kesan kepada empat mekanisme utama penuaan selular.

Bekalan 30 hari Vivix menyamai jumlah bersamaan resveratrol yang terdapat dalam 3,000 gelas wain merah , dan bahan-bahan Vivix adalah 10x lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan daripada resveratrol sahaja . Totally natural! Bahan-bahan utama Vivix telah diuji secara klinikal . Eksklusif !


Nak dapatkan produk luar biasa hebat ni? contact i yer...



10 Fakta Lecithin Selain untuk Kurus yang Wajib Anda Tahu

Umum tahu fungsi utama lecithin adalah untuk membakar lemak. Tapi ada lagi kelebihan lecithin saya nak share dengan anda semua. Ramai yang tak tahu ni, lecithin bukan saja untuk membakar lemak ok, malah manfaatnya lebih dari sekadar membakar lemak. Kalau tak percaya jom baca...

Kelebihan Lecithin:

1. Serap vitamin larut lemak

Lecithin membantu badan kita menyerap vitamin A,D,E,K. Kesemua vitamin ni adalah yang larut-lemak.

2. Melindungi hati

Lecithin menghalang endapan lemak di hati, menghalang sirosis hati dan hati berlemak. Lecithin juga membantu memulihkan kesihatan hati...ok yang ni i memang tak tahu pun...selama ni ingat DTX Complex je yang mampu mencuci hati.

3. Memecahkan kolesterol dan lemak

Yang ni umum tahu lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, if u all ambil lecithin dengan kuantiti yang lebih banyak ia membantu mengemulsi atau memecahkan lemak dan metabolisme lemak,kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.

4. Menghalang obesiti

Pengambilan lecithin dalam kuantiti tertentu mampu mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

5. Mencantikkan otot dan kulit

Ini salah satu fungsi lecithin yang saya suka...hehe...apabila kita makan lecithin secara konsisten, kulit kita akan membentuk satu membran sel yang baru, tindakan ini mampu melembapkan kulit, menghaluskan kulit, kulit pun jadi cantik. Selain tu lecithin juga sangat baik dalam mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan wajah.

6. Memulihkan alergi

Lecithin menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah. Tanpa penggunaan lecithin, akan menyebabkan penyakit kulit makin teruk seperti dermatitis,demam alergi dan sebagainya.

7. Menghalang kejadian batu karang

Yang ni tak tahu la korang tahu ke tak kan....sebenarnya 90% batu karang terjadi dari kolesterol, fungsi lecithin kan mengemulsikan kolesterol berlebihan,so lecithin mampu menyekat kejadian batu karang.

8. Meningkatkan daya ingatan dan meringankan stress

Lecithin mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran,memperbaiki daya ingatan, menghalang alzheimer dan meringankan stress. Wania hamil digalakkan mengambil lecithin secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

9. Menghalang tekanan darah tinggi

Lecithin menghalang arteriosklerosis,menggalakkan peredaran darah..sebab tu atas fakta ini lecithin juga bagus utnuk meghalang tekanan darah tinggi.

10. Memperbaiki prostat lelaki

Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.

11. Mengurangkan sembelit

Lecithin ni sebenarnya melembutkan najis, yg ni ramai yang tak tahu. Ia juga melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam usus...bab-bab buang toksin ni kita memang suka lah!!


Jom kita baca kejap apa fungsi sebenar kolin (choline) ni...banyak juga produk yang hasilkan choline sendiri taw...sebab kesan dia pada janin baby sangat luar biasa hebat!

 "Choline is used to develop and maintain health brain cells, especially by improving the signaling capacity, structural integrity and fluidity of neuronal membranes. It has been found that Choline needs are especially high for babies developing in the womb when an estimated 50,000 neurons per second are being formed. One study in animal subjects found that pregnant mothers who were given greater amounts of Choline had offspring with higher IQs than their counterparts with lower intakes."

Hebat kan choline? Yang bestnya dalam Lecithin ada choline! so memang tak rugi la kan korang semua amalkan lecithin. Kalau bukan untuk baby dalam perut, 'choline' bagus untuk perkembangan otak mommy, mencegah penyakit pelupa dan bagus untuk wanita yang nak dekat nak menopause. 
kebaikan lecithin

Nak order lecithin cepat contact saya...sepanjang bulan ni ada promosi lecithin... cepat sebelum terlambat! ujung-ujung bulan selalunya stok akan habis!

salam sayang....hani..=)



Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com