Sunday, 7 December 2014

Masker Terbaik Agar Wajah Tampil Segar dan Cantik Mengikut Jenis Kulit Anda


Kebanyakan wanita mesti nak tampil cantik dengan wajah yang segar tanpa memerlukan perbelanjaan yang besar. Ada tu yang nak pegi facial sebulan sekali pun liat..yelah bilah dah berkeluarga, bekerja lagi mana sempat untuk semua tu. Kekangan waktu dan masa antara punca kebanyakan wanita lupa untuk memanjakan diri mereka.

Jom kita tengok cara membancuh masker mengikut jenis kulit masing-masing..ini tips paling simple dan hasilnya dapat kita lihat dengan cepat. Anda boleh cuba sendiri di rumah.

1. Kulit Berminyak


Resipi yang sangat mudah; lenyek-lenyekkan sebiji pisang sehingga menjadi seperti paste. Kemudian sapukan pada wajah anda. Biarkan selama 15 minit. Cuci dan lihatlah perubahannya.

2. Kulit Kering


Kulit kering dapat diatasi dengan kombinasi madu lebah dan buah avacado. Campurkan kedua-dua bahan ini dan jadikan masker. Cuci selepas 10 minit. Kulit anda akan terasa lembap dan berganda-ganda lembut.

3. Kulit Kombinasi


Ambil beberapa petik daun bunga ros, ambil airnya. Campurkan dengan yogurt dan madu. Sapukan pada muka seperti masker. Biarkan 10 minut untuk melihat kulit anda akan menjadi glowing, bersinar-sinar dan lembut.

4. Kulit Sensitif


Apa yang perlu anda lakukan ialah campurkan semua bahan-bahan seperti yogurt dan setengah cawan oatmeal. Kalau perasan campuran ni akan menjadi seperti paste macam masker,sejukkan dalam peti sejuk then letakkan pada wajah anda, Biarkan sehingga ia kering atau selama 15 minit. Cuci. Wajah anda akan terasa lebih segar dan lembut..


Home made masker ni satu ia menjimatkan wang anda..lagi satu ia menjimatkan masa anda,tak perlu keluar rumah pegi facial..satu lagi selamat untuk kulit anda..tiada iritasi bebas keradanga pada kulit muka anda.. best kan..selamat mencuba!

salam sayang,
hani

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com