Wednesday, 3 December 2014

Kesan Sampingan Omega-3 Terhadap Penderita SLE ( Systemic Lupus Erythematosus)

Apakah SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik "autoimmune" di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan  pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf atau organ-organ lain dalam badan.

Lupus berasal dari perkataan Latin bermaksud " serigala". (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serangga.)



Antibodi  sepatutnya melindungi tisu dan organ tubuh tetapi bagi pesakit SLE antibodi tersebut menyerang tisu-tisu dan organ dalam tubuh penderita dan menyebabkan keradangan pada organ,kulit dan tisu pesakit.


Punca SLE

Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.

Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. 


Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.


SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon.



Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.


Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.


Gejala SLE


Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. 

Omega bantu pesakit SLE

Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Ciri-ciri penyakit ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah


Bagaimana minyak ikan omega dapat membantu penderita SLE?


Ada kajian yang menyatakan dengan mengambil makanan tambahan dapat mengurangkan tanda-tanda yang dialami oleh pesakit SLE.




  • Makanan tambahan minyak ikan dapat membantu mengurangkan tanda-tanda bagi penyakit lupus. Minyak ikan omega-3 juga meningkatkan aliran darah dan fungsi saluran darah kepada pengidap lupus kerana mereka  mempunyai risiko yang tinggi diserang penyakit jantung.
  • Kajian mendapati pesakit SLE yang 3gram minyak ikan omega tak tepu setiap hari selama 6 bulan menunjukkan peningkatan dalam gejala penyakit mereka, jika dibandingkan dengan mereka yang menerima ubat-ubatan sintetik.
  • Minyak ikan omega menunjukkan peningkatan fungsi saluran darah dan mengurangkan tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif banyak dikaitkan dengan penyakit jantung.
Pesakit lupus perlu mengawal tekanan darah, elakkan diet tinggi lemak dan anda digalakkan mengambil minyak ikan omega sebagai dietry supplement setiap hari. Minyak ikan selain murah ia juga tidak menyebabkan apa-apa kemudaratan kepada sistem tubuh anda. 













Puan Hani | Shaklee Independent Distributor [ID: 883549]
Whatsapp.SMS.Call : 019-3630891| Email: healthybeuti@gmail.com

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com