Monday, 8 December 2014

Fakta dan Mitos Kulit Berminyak

vitamin kulit

Ada banyak mitos atau cakap-cakap orang tentang kulit berminyak ni yek..ada yang kata berjemur bawah matahari bagus untuk kulit berminyak, ada yang mengatakan sebaliknya. Apa-apapun jom kita tengok fakta sebenar tentang kulit berminyak:


Mitos 1

Minyak di kulit dapat dikontrol dengan cara melakukan pengelupasan kulit dan penggunaan produk berbahan seperti alkohol.



Fakta: Melakukan pengelupasan pada kulit berminyak dapat menambahkan lagi penghasilan minyak pada kulit. Mengapa? Sebab kulit cuba untuk menebus atau menggantikan apa yang hilang. Selain itu, merawat kulit berminyak dengan menggunakan produk berasaskan alkohol sering menjadi penyebab dehidrasi, iritasi,dan ruam kulit.


cara rawat kulit berminyak

Mitos 2


Krim UV protection meningkatkan lagi produksi minyak


Fakta: Beberapa krim pelindung UV telah diformulasikan agar tidak menyumbat pori-pori, dan juga mengandung microspan yang dapat menyerap minyak di kulit.

Mitos 3


Pendedahan kepada sinar matahari dapat mengeringkan minyak di kulit


Fakta: Pendedahan di bawah sinar matahari tidak pernah baik untuk kulit. Kelenjar sebasea yang memproduksi minyak di kulit akan menggantikan minyak yang hilang akibat sinar matahari. Hasilnya, kulit anda akan menghasilkan lebih banyak minyak di permukaan kulit.


Mitos 4


Tak ada yang dapat dilakukan untuk mengawal kulit berminyak


Fakta: Semua keadaan kulit dapat dirawat dengan baik, jika kita tahu formula yang tepat untuk melakukannya. Anda hanya perlu berkonsultasi dengan seorang doktor kulit yang dapat menganalisis masalah kulit Anda dan memberikan nasihat yang tepat.


kulit cantik

Mitos 5

Kulit berminyak berpunca daripada makanan berlemak


Fakta: Kulit berminyak lebih cenderung dipengaruhi oleh hormon dan apa yang Anda makan. Namun, jika makanan tertentu membuat jerawat Anda menjadi lebih teruk, cubalah untuk menghindari makanan tersebut. Dalam beberapa kajian, kekacang membuatkan jerawat diwajah anda bertambah parah.


Mitos 6


Kulit berminyak disebabkan oleh kotoran atau debu


Fakta: Hanya kerana T-zone kulit anda kelihatan berkilat atau berminyak, tak bermaksud wajah Anda kotor. Jerawat dan kulit berminyak tidak disebabkan oleh kotoran. Hormon manusia akan meningkat selama masa remaja dan merangsang kelenjar sebum di kulit untuk memperbesar dan menghasilkan minyak.


Inilah dia enam fakta dan mitos menarik tentang kulit berminyak yang perlu Anda ketahui, terutama jika Anda memiliki kulit berminyak

Adakah anda mengalamai masalah jerawat yang teruk?
Adakah anda mempunyai kulit yang kusam dan tak bermaya?
Adakah kulit anda gelap dan tak sekata?

saya mampu membantu anda, jangan lupa pm saya ya..whatsapp,fb atau email..

Puan Hani | Whatsapp. Wechat. Tango :019-3630891
Email: healthybeuti@gmail.com

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com