Monday, 8 December 2014

Gara-gara Nak Cantik Sanggup Suntik Minyak Masak! [ 6 Gambar yang cukup buat anda insaf ]

Gara-gara nak cantik, seorang wanita sanggup menyuntik minyak masak ke atas kulitnya apabila doktor enggan melakukan suntikan botox.


vitamin c untuk kulit

Hang Mioku, 48, yang juga bekas model Korea, dilaporkan menjadi cacat kekal berikutan tindakannya melakukan rawatan sendiri.
Menurut Hang, beliau terpaksa menyuntik minyak masak ke serata wajahnya selepas suntikan cecair silikon yang dibeli daripada pasaran gelap tidak membuahkan hasil.
Akibatnya, keseluruhan kulit muka Hang, membengkak sekali gus mengubah wajah wanita itu hingga menjadi hodoh.
vitamin c untuk kulit cantik
Nasib Hang akhirnya mendapat perhatian masyarakat selepas kisahnya disiarkan oleh televisyen tempatan.
Hasil kutipan derma, Hang berjaya menjalani 10 pembedahan membuang 60 gram cecair silikon, minyak masak dan bendasing yang disuntik ke dalam kulit wajahnya.
vitamin c
Nak menyesal pun tak berguna..semoga menjadi pengajaran buat kita
Sebanyak 200 gram bendasing berbentuk cecair turut dikeluarkan daripada lehernya.
Walaupun pakar berjaya menyingkirkan cecair itu, wajah Hang tetap kekal cacat dengan kesan parut akibat suntikan terdahulunya.
kesan botox
Gambar sebelum suntikan silikon...cun sangat..

"Sebenarnya suntikan vitamin C dan suntikan kolagen juga sama bahaya dengan suntikan dari botox dan silikon untuk kecantikan wanita"

lagipun suntikan vitamin C mula-mula je nampak kulit cantik gebu...percaya la jika u berhenti menyuntik vitamin c lama kelamaan kulit muka anda akan kelihatan kusam, tak cantik, berkedut dan tak segebu sebelum anda mengambil suntikan vitamin C.

Kalau u all tanya saya, saya prefer tablet vitamin C..tablet vitamin C mudah larut dalam air..jika jumlah vitamin C sudah mencukupi ia akan di keluarkan melalui air kencing. So tiada istilah vitamin C bertukar toksik jika overdose. Cuma membazir aje ler...hehe..

Firman ALLAH SWT: “Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana,” “Janganlah kita mengubah ciptaan ALLAH SWT kerana sesungguhnya syaitan sentiasa suka menghasut kita agar mengubah ciptaan ALLAH SWT dan menyesatkan anak Adam,”
“Dan aku (syaitan) akan sesatkan mereka, aku akan janjikan angan-angan kosong kepada mereka dan sungguh aku mahu menguasai mereka. Aku akan menyuruh mereka memotong telinga binatang ternakan dan mengubah ciptaan ALLAH SWT (mengada-adakan upacara ibadat).´
Dan sesiapa menjadikan syaitan sebagai pelindung selain daripada ALLAH SWT, sesungguhnya rugilah dia, kerugian yang nyata sekali,” Surah Al-Imran dan An-Nisa’.

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com