Saturday, 6 December 2014

6 makanan yang anda harus elakkan untuk mendapatkan kulit yang cantik

Makanan-makanan yang masuk dalam tubuh kita tak semuanya memberi manfaat positif untuk kulit.  Penting untuk kita mengetahui apa ciri-ciri makanan yang harus anda elakkan untuk memelihara kecantikan kulit.


Antara ciri-ciri makanan yang harus anda elakkan:

1. Makanan yang mengganggu keseimbangan air


Pertama yang kita kena ambil tahu ialah dehidrasi boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Kesan sampingan apabila kulit kita kering akan timbulnya tanda kerutan. Sel-sel mati yang kering juga akan menyebabkan timbulnya jerawat.

2. Makanan yang mengandungi garam berlebihan


Kandungan garam yang berlebihan dalam tubuh dapat menahan cecair dan menyebabkan pembengkakakn pada kulit. Garam masakan, makanan ringan dan makanan segera mengandungi kandunga garam yang sangat tinggi.

3. Makanan yang mengandungi kafein


Kafein diketahui dapat meningkatkan penimbunan kortisol dalam tubuh dan dan meningkatkan proses penuaan wajah. Selain itum produk kafein juga mampu meningkatkan risiko dehidrasi. Oleh sebab itu kurangkanlah pengambilan teh, kopi, minuman berkarbonat dan coklat.

4. Alkohol


Alkohol dapat memusnahkan hormon anti-Dieuretik sehingga mengakibatkan dehidrasi. Selain tu alkohol juga meyebabkan vasolidatasi yang membuatkan kulit mengelupas. Menurut American Academy of Dermatology vasolidatasi juga menjadi penyebab kulit bersisik.

5. Makanan yang mengandungi banyak gula


Makanan dengan kandungan gula yang tinggi menyebabkan kadar gula darah tinggi. Rembesan hormon insulin dan androgen pun meningkat hingga menyebabkan sel kulit mati. Sel kulit mati ini lah yang cenderung timbulnya jerawat.

6. Makanan yang diproses


Makanan diproses seperti tepung halus, buah-buahan dalam tin, dan jus dalam kotak dapat meningkatkan kadar gula. Makanan tersebut mengandungi garam dan gula yang tinggi. Selain tu nutrisi yang penting untuk kesihatan kulit mempunyai jumlah yang sedikit dalam makanan proses ni atau pun tak ada langsung.


Berhati-hati lah dengan apa yang anda masukkan ke dalam tubuh badan. Mungkin sekarang tak nampak lagi..nanti bila usia makin meningkat baru la perasan ada garis halus,kulit kusam,gelap dan lain-lain lagi. Bukannya tak boleh makan langsung tapi kurangkan jumlah pengambilan je. Pengambilan supplement adalah cara terbaik bagi menggantikan nutrisi yang anda telah tinggalkan.


Sekian terimakasih =) 

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com