Tuesday, 25 November 2014

Rambut Gugur?

Rambut gugur tu normal la..tapi kalau dah setiap kali sikat gugur segenggam tu kira dah tak normal. Anda mesti cari jalan untuk mengatasi masalah rambut gugur anda. Untuk mempunyai rambut yang sihat dan mengelakkan rambut gugur lebih banyak, pastikan anda mendapat nutrien yang cukup dan betul dalam pola pemakanan anda, termasuklah asid lemak omega-3.

masalah rambut gugur

Pengambilan asid lemak omega-3 yang cukup dalam diet harian anda boleh membantu mencegah rambut gugur dan juga menggalakkan rambut tumbuh lebih sihat dan cepat. 

Bagaimana Omega 3 membantu?

omega untuk kesihatan

Omega-3 mempunyai ciri-ciri anti-radang yang boleh membantu untuk membuka folikel rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat.

Apabila badan anda tidak mendapat nutrien yang betul dan cukup, rambut anda yang gugur setiap hari tidak dapat diganti dengan mudah.

Makin hari lebih banyak rambut gugur, jika tidak di rawat lama-kelamaan akan menyebabkan kepala anda botak. Rawatan akan menjadi lebih rumit dan treatment yang biasa memakan ribuan ringgit.

Tahukah anda Omega-3 boleh membantu merawat masalah keguguran rambut?

Pemakanan yang kurang nutrisi dan kekurangan vitamin untuk rambut boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuk botak, omega-3 bersama-sama nutrien penting lain boleh  membantu mencegah dan merawat rambut gugur.

omega untuk kesihatan

Omega-3 adalah asid lemak perlu, salah satu 'lemak' yang badan kita perlukan untuk menjadi sihat dan menjalankan fungsi dalaman dengan sempurna.


Ia juga diperlukan untuk memastikan rambut anda tampak lebih sihat, dan tanpa nutrien yang cukup dalam diet harian anda, termasuk omega-3, anda akan mendapati rambut anda tidak sihat dan lebih banyak rambut mulai gugur.

Jika anda dapati rambut anda gugur lebih dari biasa, ianya mungkin tiada masalah dengan shampu yang anda gunakan tetapi sebenarnya anda kekurangan omega-3!

Bagaimana rambut tumbuh?

rambut gugur

Setiap helai rambut tumbuh daripada satu folikel, dan setiap kali rambut tumbuh keluar, rambut baru akan terbentuk dalam folikel rambut manusia. 

Generally, rambut yang sihat akan tumbuh sebanyak satu millimeter setiap hari, atau setengah inci setiap bulan. Walaubagaimanapun pertumbuhan rambut berbeza-beza dari seorang ke seorang.

Mereka yang tidak mendapat nutrisi yang mencukupi, dan juga tidak mendapat asid lemak omega 3, end up akan mengalami kehilangan rambut yang serius, atau paling tidak pun rambut  anda akan mengalami kecacatan pertumbuhan. 

Rambut yang sihat bermakna anda telah berjaya mengekalkan diet yang sihat dan betul. Rambut adalah mahkota setiap manusia, tidak mengira lelaki atau wanita, bagi yang bertudung memerlukan penjagaan yang lebih rapi. 



Puan Hani | Shaklee Independent Distributor [ID:883549]
Contact No: 019-3630891| email: healthybeuti@gmail.com

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com