Sunday, 2 November 2014

7 Alasan Kenapa Badan Anda Perlukan Minyak Ikan [Badan anda akan berterimakasih! ]

Minyak ikan boleh didapati daripada memakan ikan atau dengan pengambilan makanan tambahan (supplement). Ikan yang kaya dengan 'khasiat minyak' atau dikenali sebagai asid lemak omega-3 yang badan anda perlukan termasuklah ikan tongkol, ikan tuna, ikan salmon, ikan sturgeon, ikan sardin, ikan tembang (mainhaden fish) dan ikan belanak (mullet fish). Kesemua ikan ini menyediakan 1gram asid lemak omega-3 setiap 3.5oz  ikan.

Sumber Minyak Ikan

Kebanyakan supplement minyak ikan biasanya daripada ikan tongkol, tuna, halibut, salmon, hati ikan kod (cod liver) atau lapisan lemak ikan paus. Satu lagi..kebanyakan supplement minyak ikan selalunya mengandungi mengandungi sejumlah kecil vitamin E untuk mengelakkkan kerosakan minyak ikan tu. Ia juga mungkin digabungkan dengan kalsium, besi, vitamin A, B1, B2, B3, C dan D.

Kelebihan Minyak Ikan

Minyak ikan biasanya digunakan untuk keadaan yang berkaitan dengan jantung dan sistem darah dalam badan manusia. Sesetengah orang menggunakan minyak ikan untuk tekanan darah rendah atau untuk membakar lemak dan kolesterol. Minyak ikan juga bagus untuk mencegah penyakit jantung atau strok.


Ada juga yang melabelkan ikan sebagai 'makanan otak' kerana dengan memakan ikan dapat membantu masalah tekanan,  'phychosis', ADHD (Attention Deficit -hyperactivity Disorder), Alzheimer dan masalah lain berkaitan daya pemikiran seseorang.



Sesetengah orang menggunakan ikan untuk merawat masalah mata kering, glaucoma dan age-related macular degeneration(AMD), satu keadaan yang boleh membawa kepada masalah penglihatan yang serius.


Wanita mengambil minyak ikan untuk mengelakkan atau mengurangkan PMS (Premenstrual Syndrome/Period pain), sakit di bahagian payudara (breast pain), komplikasi semasa mengandung seperti keguguran, tekanan darah tinggi di awal dan hujung semester semasa mengandung.


Minyak ikan juga banyak digunakan untuk merawat penyakit diabetis, asthma, development coordination disorder, movement disorder, dyslexia, obesiti, masalah buah pinggang, tulang rapuh (osteoporosis) dan juga  masalah berkaitan penyakit dan bengkak seperti psoriasis.


Minyak ikan kadang kala digunakan selepas  pemindahan jantung untuk mengelakkan tekanan darah tinggi dan kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh pembedahan itu sendiri atau dengan ubat-ubatan yang digunakan untuk mengurangkan kemungkinan bahawa badan akan menolak jantung baru. Ada yang percaya minyak ikan baik digunakan selepas pembedahan pintasan arteri koronari (bypass surgery). Ia seolah-olah membantu menjaga saluran darah yang telah dialihkan dari tertutup.

Info

Masakan ikan dengan cara menggoreng ikan atau sandwich ikan bukan sahaja MEMUSNAHKAN kesemua khasiat ikan itu tetapi ia meningkatkan lagi risiko PENYAKIT JANTUNG!

Aduyaii...terlebih sudah! selama ni berkoyan-koyan makan ikan goreng ingatkan dapat la khasiat minyak ikan Omega tu rupa-rupanyaa _________[sila isi tempat kosong]


Puan Hani | Shaklee Independent Distributor [id:883549]
email: healthybeuti@gmail.com| 019-3630891

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com