Monday, 20 October 2014

7 Tip Kecutkan Jerawat Cara Murah dan Pantas

Tiada siapa yang mahukan jerawat dan rasa malu dengan kulit berjerawat. You deserve better, belajar untuk merawat kulit bermasalah dan cara penjagaan wajah yang betul. Anda tak perlukan kos yang tinggi, tak payah fikir rumit-rumit bahan-bahannya dah tersedia di rumah anda. Walaupun jerawat tu masih fresh lagi kata orang tapi ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membersihkan jerawat secara drastik dan cepat, tanpa merosakkan kulit anda. 


Produk kosmetik di pasaran sangat mahal tapi kadang kala hasilnya kita tak nampak atau bertambah teruk lagi. So apakata kita berubah kepada cara tradisional, bukan sahaja semulajadi tapi selamat untuk kulit anda.


1 Gunakan ais untuk menutup pori dan mengurangkan keradangan

Ini salah satu cara yang agak popular di kalangan mak andam. Ada sesetengah mak andam kata sapu muka dengan ais  supaya make up kita akan tampak lebih cantik. Sebenarnya cara ini juga dapat mengecilkan pori-pori atau lubang-lubang pada wajah anda. Caranya mudah sahaja, ambil ais ketul lepastu letakkan pada pori di muka anda. Tujuannya untuk menarik pembuluh darah di bawah kulit. Ini dapat mengurangkan iritasi dan keradangan di wajah anda kurang ketara. 



2 Minyak Pokok Teh (Tea Tree Oil)

Minyak pokok teh atau 'tea tree oil' terkenal dengan kaedah perubatan herba anti-fungal dan dan anti-bakteria, menjadikan ia hebat dalam merawat jerawat dari yang biasa hingga ke jerawat sederhana. Ada kajian yang membandingkan keberkesanan minyak pokok teh dengan benzoyl peroksida, minyak pokok teh terbukti lebih berkesan dalam memerangi jerawat dan mengurangkan luka. Walaupun kesan benzoyl peroksida lebih cepat daripada minyak tea tree, tetapi minyak tea tree menghasilkan kesan sampingan yang kurang kepada pesakit.

3  Telur Kuning

Telur kuning mengandungi immunoglobulin yang mana mampu membunuh bakteria dan mengurangkan keradangan. Asid lemak omega-3 membantu menyembuhkan jerawat secara semulajadi tanpa meninggalkan parut. 

  • Sapukan telur kuning di tempat yang bermasalah atau berjerawat dua kali sehari, urut perlahan-lahan selama 2-3 minit.
  • Biarkan selama satu jam kemudian cuci dengan pencuci muka.
  • Teruskan kaedah ini sehingga jerawat  benar-benar kecut dan sembuh, kulit yang sihat kelihatan. Berhenti di tengah jalan boleh menyebabkan jerawat merebak semula.


4 Kentang

Hiriskan sebiji kentang dan lekapkan pada kulit yang berjerawat. Kentang mentah mampu menyembuhkan jerawat dan bertindak sebagai anti-radang. Cuci muka dengan air bersih selepas menggunakannya. 



5 Madu sebagai Masker

Gaulkan satu sudu besar serbuk kayu manis bersama satu sudu besar madu, kemudian sapu ke atas muka dengan lembut. Biarkan antara 15 hingga 20 minit untuk penyerapan optimal. Cuci dengan air suam dan keringkan wajah anda.


6 Gunakan jus lemon untuk merawat jerawat secara semulajadi

Potong sebiji buah lemon separuh kemudian sapu perlahan-lahan di wajah anda. Rasa pedih di muka tu bermakna ia sedang berkerja dengan berkesan. Lemon mengandungi asid sitrik, yang membunuh bakteria penyebab jerawat. 

Note: Berhati-hati ketika memilih jus lemon untuk digunakan pada kulit muka anda. Jus lemon ni sangat tajam, kemungkinan boleh mengeringkan kulit yang sensitif dan menyebabkan keradangan. Ia juga mampu bertindakbalas dengan matahari dan membakar kulit. Asid sitrik boleh menyebabkan radang kulit yang teruk apabila terdedah di bawah matahari. Pastikan anda cuci dengan bersih selepas menggunakannya. 


Selamat mencuba....=)

1 comments:

Nor Azua said...

wah good info sis. yg lemon tu i likeee, boleh cuba nanti..

www.norazua10.blogspot.com

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com