Saturday, 25 October 2014

4 Petua Kecutkan Jerawat Batu

shaklee atasi jerawat

Jerawat jenis yang besar-besar tu orang panggil jerawat batu tu kalau tiba-tiba singgah kat muka kita kesan dia ketara kan..tutup dengan make up pun still boleh nampak gelembung dia tu. Apakata cuba 4 petua di bawah ni. Tak perlu melabur banyak duit, barhan-bahannya  ada kat dapur dah..=)


1 Baking Soda

Baking soda adalah amfoterik, mampu bertindak sebagai alkali atau asid. Baking soda mampu mengurangkan ketidaksimbangan pH yang menyumbang kepada terbentuknya jerawat dan masalah kulit lain. Baking soda juga merupakan- anti-radang, mampu membuang sel kulit mati dan antiseptik, yang mana sangat membantu mengurangkan kerengsaan jerawat yang teruk dan menanggalkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang menjadi punca jerawat semakin teruk. 

  • Caranya senang je campurkan satu sudu kecil baking soda dengan sedikit air,kacau hingga membentuk paste. Letakkan di tempat yang berjerawat, jangan sapu satu muka. Biarkan paste baking soda tu selama 10 minit atau sehingga kering. 
  • Cuci dengan air sejuk. Cuci muka dengan air sejuk dapat menutup pori-pori yang terbuka. Ulang cara ni 2x sehari. Jika kulit makin teruk dan berminyak,hentikan penggunaan.



2 Sapukan alum (kalium tawas) di atas jerawat
Kalium tawas digunakan secara meluas sebagai deodorant semulajadi dan sebagai ubat penahan darah(dapat mengurangkan pendarahan). Tawas merupakan antiseptik semulajadi yang dapat mengecutkan tisu kulit. Tawas yang berbentuk blok besar lebih baik berbanding dalam bentuk serbuk sebab serbuk tawas terlalu kasar untuk kulit. Perlahan-lahan lap tawas pada tempat berjerawat dan bermasalah. 




3 Tumbuk aspirin dan jadikan sebagai paste
Aspirin mengandungi asid asetilsalisilik di mana fungsinya lebih kurang sama dengan asid salisilik yang digunakan dalam kebanyakan produk rawatan jerawat. Asid salisilik berfungsi sebagai pembunuh kuman punca jerawat. Asid salisilik mampu mengeringkan jerawat dan melawan bakteria pada masa yang sama, manakala asid asetilsasilik menawarkan efek kulit yang lebih lembut.

  • Patahkan sebiji atau dua biji aspirin dan cairkan dalam beberapa titis air sehingga ia menjadi seperti paste sama seperti anda lakukan pada baking soda. Sapukan paste pada tempat yang terkena jerawat, biarkan kering. Cuci muka dengan air bersih.



4 Ubat gigi mengecutkan jerawat
Kadang jerawat tumbuh sebiji dua tiba-tiba tu biasa lah kan lagi-lagi bila datang bulan. Ini antara cara mudah nak kecutkan jerawat dalam masa sehari je. Ambil sedikit ubat gigi dan titikkan di atas jerawat. Ubat gigi mengandungi 'silica'. 'Silica' ni mampu mengecutkan jerawat dan ia akan mematikan jerawat ketika anda tidur.
  • Gunakan ubat gigi yang natural tanpa 'Sodium Lauryl Sulfate'. Elakkan bahan kimia ini kerana kesannya agak kuat. So kena check la kandungan dia kat belakang kotak tu yek.. 

haaa ok kan tips ni..takde lah susah sangat nak cari bahan-bahannya..yelaa memang dah ada kat dapo gituuu....kalau itu pun malas ikut aje cara saya..makan supplement aje..senang tak payah nk bancuh-bancuh dah..hihi..

3 comments:

Mummy Mars said...

tips bagus ni bleh amalkan klo muka jerawat time period :)

CKSabihah Bee said...

Ubat gigi? baru tau!! hihihi..selalunya kalo jerawat tumbuh, biar je dia kecut sendiri..tak reti nak calet ape2 ni...lepas ni boleh cuba...^_^

cik Jaja said...

Saya pernah cuba juga ubat gigi. tak tau nak kata berkesan ke tak, hehe. sama je kot :D

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com