Saturday, 25 October 2014

4 Petua Kecutkan Jerawat Batu

shaklee atasi jerawat

Jerawat jenis yang besar-besar tu orang panggil jerawat batu tu kalau tiba-tiba singgah kat muka kita kesan dia ketara kan..tutup dengan make up pun still boleh nampak gelembung dia tu. Apakata cuba 4 petua di bawah ni. Tak perlu melabur banyak duit, barhan-bahannya  ada kat dapur dah..=)


1 Baking Soda

Baking soda adalah amfoterik, mampu bertindak sebagai alkali atau asid. Baking soda mampu mengurangkan ketidaksimbangan pH yang menyumbang kepada terbentuknya jerawat dan masalah kulit lain. Baking soda juga merupakan- anti-radang, mampu membuang sel kulit mati dan antiseptik, yang mana sangat membantu mengurangkan kerengsaan jerawat yang teruk dan menanggalkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang menjadi punca jerawat semakin teruk. 

  • Caranya senang je campurkan satu sudu kecil baking soda dengan sedikit air,kacau hingga membentuk paste. Letakkan di tempat yang berjerawat, jangan sapu satu muka. Biarkan paste baking soda tu selama 10 minit atau sehingga kering. 
  • Cuci dengan air sejuk. Cuci muka dengan air sejuk dapat menutup pori-pori yang terbuka. Ulang cara ni 2x sehari. Jika kulit makin teruk dan berminyak,hentikan penggunaan.



2 Sapukan alum (kalium tawas) di atas jerawat
Kalium tawas digunakan secara meluas sebagai deodorant semulajadi dan sebagai ubat penahan darah(dapat mengurangkan pendarahan). Tawas merupakan antiseptik semulajadi yang dapat mengecutkan tisu kulit. Tawas yang berbentuk blok besar lebih baik berbanding dalam bentuk serbuk sebab serbuk tawas terlalu kasar untuk kulit. Perlahan-lahan lap tawas pada tempat berjerawat dan bermasalah. 




3 Tumbuk aspirin dan jadikan sebagai paste
Aspirin mengandungi asid asetilsalisilik di mana fungsinya lebih kurang sama dengan asid salisilik yang digunakan dalam kebanyakan produk rawatan jerawat. Asid salisilik berfungsi sebagai pembunuh kuman punca jerawat. Asid salisilik mampu mengeringkan jerawat dan melawan bakteria pada masa yang sama, manakala asid asetilsasilik menawarkan efek kulit yang lebih lembut.

  • Patahkan sebiji atau dua biji aspirin dan cairkan dalam beberapa titis air sehingga ia menjadi seperti paste sama seperti anda lakukan pada baking soda. Sapukan paste pada tempat yang terkena jerawat, biarkan kering. Cuci muka dengan air bersih.



4 Ubat gigi mengecutkan jerawat
Kadang jerawat tumbuh sebiji dua tiba-tiba tu biasa lah kan lagi-lagi bila datang bulan. Ini antara cara mudah nak kecutkan jerawat dalam masa sehari je. Ambil sedikit ubat gigi dan titikkan di atas jerawat. Ubat gigi mengandungi 'silica'. 'Silica' ni mampu mengecutkan jerawat dan ia akan mematikan jerawat ketika anda tidur.
  • Gunakan ubat gigi yang natural tanpa 'Sodium Lauryl Sulfate'. Elakkan bahan kimia ini kerana kesannya agak kuat. So kena check la kandungan dia kat belakang kotak tu yek.. 

haaa ok kan tips ni..takde lah susah sangat nak cari bahan-bahannya..yelaa memang dah ada kat dapo gituuu....kalau itu pun malas ikut aje cara saya..makan supplement aje..senang tak payah nk bancuh-bancuh dah..hihi..

Monday, 20 October 2014

7 Tip Kecutkan Jerawat Cara Murah dan Pantas

Tiada siapa yang mahukan jerawat dan rasa malu dengan kulit berjerawat. You deserve better, belajar untuk merawat kulit bermasalah dan cara penjagaan wajah yang betul. Anda tak perlukan kos yang tinggi, tak payah fikir rumit-rumit bahan-bahannya dah tersedia di rumah anda. Walaupun jerawat tu masih fresh lagi kata orang tapi ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membersihkan jerawat secara drastik dan cepat, tanpa merosakkan kulit anda. 


Produk kosmetik di pasaran sangat mahal tapi kadang kala hasilnya kita tak nampak atau bertambah teruk lagi. So apakata kita berubah kepada cara tradisional, bukan sahaja semulajadi tapi selamat untuk kulit anda.


1 Gunakan ais untuk menutup pori dan mengurangkan keradangan

Ini salah satu cara yang agak popular di kalangan mak andam. Ada sesetengah mak andam kata sapu muka dengan ais  supaya make up kita akan tampak lebih cantik. Sebenarnya cara ini juga dapat mengecilkan pori-pori atau lubang-lubang pada wajah anda. Caranya mudah sahaja, ambil ais ketul lepastu letakkan pada pori di muka anda. Tujuannya untuk menarik pembuluh darah di bawah kulit. Ini dapat mengurangkan iritasi dan keradangan di wajah anda kurang ketara. 



2 Minyak Pokok Teh (Tea Tree Oil)

Minyak pokok teh atau 'tea tree oil' terkenal dengan kaedah perubatan herba anti-fungal dan dan anti-bakteria, menjadikan ia hebat dalam merawat jerawat dari yang biasa hingga ke jerawat sederhana. Ada kajian yang membandingkan keberkesanan minyak pokok teh dengan benzoyl peroksida, minyak pokok teh terbukti lebih berkesan dalam memerangi jerawat dan mengurangkan luka. Walaupun kesan benzoyl peroksida lebih cepat daripada minyak tea tree, tetapi minyak tea tree menghasilkan kesan sampingan yang kurang kepada pesakit.

3  Telur Kuning

Telur kuning mengandungi immunoglobulin yang mana mampu membunuh bakteria dan mengurangkan keradangan. Asid lemak omega-3 membantu menyembuhkan jerawat secara semulajadi tanpa meninggalkan parut. 

  • Sapukan telur kuning di tempat yang bermasalah atau berjerawat dua kali sehari, urut perlahan-lahan selama 2-3 minit.
  • Biarkan selama satu jam kemudian cuci dengan pencuci muka.
  • Teruskan kaedah ini sehingga jerawat  benar-benar kecut dan sembuh, kulit yang sihat kelihatan. Berhenti di tengah jalan boleh menyebabkan jerawat merebak semula.


4 Kentang

Hiriskan sebiji kentang dan lekapkan pada kulit yang berjerawat. Kentang mentah mampu menyembuhkan jerawat dan bertindak sebagai anti-radang. Cuci muka dengan air bersih selepas menggunakannya. 



5 Madu sebagai Masker

Gaulkan satu sudu besar serbuk kayu manis bersama satu sudu besar madu, kemudian sapu ke atas muka dengan lembut. Biarkan antara 15 hingga 20 minit untuk penyerapan optimal. Cuci dengan air suam dan keringkan wajah anda.


6 Gunakan jus lemon untuk merawat jerawat secara semulajadi

Potong sebiji buah lemon separuh kemudian sapu perlahan-lahan di wajah anda. Rasa pedih di muka tu bermakna ia sedang berkerja dengan berkesan. Lemon mengandungi asid sitrik, yang membunuh bakteria penyebab jerawat. 

Note: Berhati-hati ketika memilih jus lemon untuk digunakan pada kulit muka anda. Jus lemon ni sangat tajam, kemungkinan boleh mengeringkan kulit yang sensitif dan menyebabkan keradangan. Ia juga mampu bertindakbalas dengan matahari dan membakar kulit. Asid sitrik boleh menyebabkan radang kulit yang teruk apabila terdedah di bawah matahari. Pastikan anda cuci dengan bersih selepas menggunakannya. 


Selamat mencuba....=)

Wednesday, 15 October 2014

Tiroid. Punca, Simptom & Rawatan

Bila sebut penyakit tiroid je kita terus bayangkan bengkak ala-ala halkum dekat bahagian depan leher dengan badan yang kurus. Serius terkejut pulak baca satu artikel dalam Utusan Online tadi, penyakit tiroid menjejaskan hampir 200 juta warga dunia.


Apa itu Tiroid?

Tiroid adalah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh. Kebiasaannya kalenjar tiroid bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah.

Apa yang menyebabkan tiroid?

Perunding Perubatan dan Endokrinologist(diabetologis), Dr. Sharifah Sakinah Syed Othman al-Yahya, berkata ada pelbagai jenis tiroid.

Kata dia lagi, hipertiroid dan hipotiroid adalah penyakit tiroid yang paling kerap dialami, terutama wanita berusia 20 tahun ke atas.

Hypothyroidism

Hipotiroid merupakan satu masalah gangguan hormon. Ia terjadi apabila kalenjar tiroid gagal menghasilkan hormon tiroid yang cukup untuk memenuhi keperluan badan. Hipotirodisme tidak terhad pada usia tertentu sebab ia boleh juga berlaku pada pada janin, malah pada warga emas berumur 80 tahun ke atas.


Hypothyrodism terjadi apabila hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah. Sistem tubuh badan akan mulai perlahan. Wanita berumur 40 tahun ke atas lebih berisiko untuk mendapat hypothyroid. Puncanya berlaku adalah disebabkan sel darah putih menyerang tiroid. Tanda-tanda hypothyroid adalah:

  • Kurang bertenaga
  • Pesakit akan menjadi gemuk
  • Rasa malas
  • Kuat tidur
  • Lembap
  • Ingatan terganggu
  • Kaki membengkak
  • Sembelit
  • Beguk
  • Suara serak
  • Depresi
  • Kulit kering
  • Nafsu seks menurun
Hypothyroid boleh merosakkan jantung jika tidak mendapat rawatan segera. 

Bagaimana supplement Shaklee dapat membantu masalah hypothyroid?

Untuk masalah hypothyroid, pesakit digalakkan mengambil supplement:

a) Vita- Lea dengan formula Iron

Multivitamin dan Multimineral yang menakjubkan

Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu supplement yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Apabila diambil setiap hari, Vita-Lea:

  • Mampu mengekalkan kesihatan yang sempurna
  • Mengandungi beta-karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan , memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
  • Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat.
  • Vitamin B12 merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah. 
Vitalea juga mengandungi hampir kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan dalam badan kita. Ia termasuklah iodin, Vitamin A, D, E, B2, B3, Zinc, Selenium dan Copper yang sangat diperlukan oleh pesakit hypothyroid. Kesemua nutrien ini berupaya untuk merangsang pengeluaran hormon tiroid.

Note: Walaubagaimanapun Vitalea tidak digalakkan diambil oleh pesakit hyperthyroid untuk mengelakkan perembesan hormon yang lebih tinggi.


b) Vitamin E dengan Grape Seed Extract  dan selenium


Vitamin E Complex mengandungi vitamin E (d-alphatocoferol) asli daripada minyak sayuran serta selenium yang berperanan menyerap vitamin E secara optimum.

Setiap kapsul softgel menyediakan:

~ 400IU vitamin E semulajadi dan 600mcg selenium
~ Membantu mengekalkan kesihatan yang baik

Untuk setiap 10mg Selenium dari Vitamin E Shaklee ia dapat membantu untuk perembesan hormon tiroid. Ia juga dapat mengelakkan masalah auto- imun yang merupakan salah satu penyumbang kepada penyakit tiroid ni..


Hyperthyroid




Hipertiroid (hyperthyroid) berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah. Hipertiroid lebih banyak berlaku terhadap wanita iaitu sepuluh kali lebih tinggi berbanding lelaki. Tanda-tanda hipertiroidsme ialah:-


  • Denyutan jantung yang laju
  • Gelisah 
  • Insomnia (sukar tidur)
  • Kurang daya tahan terhadap kepanasan
  • Kerap rasa marah
  • Penurunan berat badan mendadak
  • Rambut gugur luar biasa
  • Kitaran haid tidak teratur
  • Mata menjadi besar
  • Tubuh badan lemah dan tidak bermaya
  • Cirit-birit
  • Osteoporosis

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Masalah Hyperthyroidsm?



Membekalkan tenaga lebih lama dengan protein berasaskan soya berkualiti tinggi

Energizing Soy Protein adalah protein Non-GMO (non-genetically Modified Organisme) iaitu tidak mengubah kandungan genetik organismanya, protein yang lengkap dengan 9 jenis asid amino yang badan tidak mampu hasilkan sendiri,sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan ESP menyediakan 14g soya yang diperlukan untuk hati yang sihat.


  • Mengandungi unsur estrogen
  • Kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid dan seterusnya menghalang hormon tiroid berlebihan dalam darah.
  • Ianya amat sesuai untuk pesakit hyperthyroid iaitu yang terlebih hormon tiroid dalam badan.
Note: ESP boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon tiroid jadi ia tidak digalakkan untuk pesakit hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid)


Untuk pertanyaan lanjut sila lah hubungi saya,












Puan Hani | Shaklee Independent Distributor [ID:883549]
Contact: 019-3630891 | email: healthybeuti@gmail.com

Tuesday, 7 October 2014

Pecinta Keropok dan Megi Wajib Baca!

Adakah protein yang anda ambil setiap hari benar-benar berkualiti?Memahami apa itu protein adalah langkah terbaik untuk mengenali protein itu betul-betul berkualiti untuk diet seharian anda. Memang betul semua makanan mengandungi protein, tetapi adakah makanan yang kita ambil itu dari sumber yang berkualiti terutamannya makanan yang diproses? Ini belum masuk lagi bab nisbah protein dalam makanan, kerana kebanyakan makanan di Malaysia ini amat rendah kandungan protein nya!


ESP supplement terbaik

Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali sebagai Asid Amino. Setiap asid amino berbeza dan  terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk kemandirian manusia-kelompok asid amino ini dikenali sebagai Essential Acid Amino (EAA). EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, kerana itu ia hanya boleh diperolehi sepenuhnya menerusi diet harian kita.

maggi

Tanya kepada diri anda, adakah keropok dan maggi adalah itu mengandungi kesemua EAA yang diperlukan oleh tubuh badan anda? Jawapannya ofcos la TIDAK kan...Perlu diingat EAA adalah sesuatu yang istimewa, atau bahasa yang tepat "high quality" . Benda yang "high quality" tidak akan sewenang-wenangnya wujud dalam makanan yang "low quality". Hanya sumber-sumber protein tertentu sahaja yang mengandungi kesemua komposisi EAA di dalamnya. 

credit dan olahan semula dari blog kevinzahri.com

Pilihan protein saya tentulah Energizing Soy Protein (ESP)

Kenapa ESP?

<3 Kerana ESP mengandungi kesemua 9 asid amino penting yang badan kita tak dapat hasilkan. Kesemua 9 asid amino ini adalah lengkap yer..that is why i love ESP..!!

<3 Kerana ESP ialah ESP merupa protein soya NON GMO yang berkualiti tinggi



APA PILIHAN PROTEIN ANDA?



Puan Hani | Shaklee Independent Distributor [ID: 883549]
Whatsapp.Call.SMS 019-3630891 | Email: healthybeuti@gmail.com

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com