Tuesday, 12 August 2014

Kebaikan Peppermint Ginger Plus Shaklee

Sebelum tidur saya nak share sikit satu produk yang agak hot dikalangan ibu-ibu mengandung..apa dia tu?tentulah Peppermint Ginger Plus..mana taknya bila datang satu tahap perut angin,pedih ulu hati Peppermint Ginger la jadi peneman setia..bukan wanita mengandung je orang-orang tua,remaja pun tak terkecuali diserang pedih ulu hati,kembung perut,angin dalam badan.Jom baca apa manfaat Peppermint Ginger Plus Shaklee..

Kenapa namanya Peppermint Ginger Plus bukan Peppermint Ginger sahaja? Kerana sebiji Peppermint Ginger Plus bukan setakat ada halia sahaja tapi ada bermacam-macam lagi herba untuk memberi tindakan maksimum kepada tubuh badan anda.


Manfaat Peppermint Ginger Plus

  • Pudina (Mint Leaves) - Manfaat pudina melegakan otot perut dan juga mempunyai kuada penenang. Pudina membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat,melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Selain itu daun pudina melegakan kesakitan perut selepas muntah dan kehilangan selera makan selepas kemoterapi. merangsang pengeluaran peluh, bila berpeluh ia akan menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.
  • Halia (Ginger)- Masyarakat Cina telah menggunakan halia sejak 2 ribu tahun dahulu. Halia merangsang rembesa enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (waktu berpantang). 
  • Pokok Adas(Fennel)- Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala selsema dan juga membantu masalah alergi pada saluran usus.
  • Cekur Manis(Anise)- Cekur manis sudah lama digunakan oleh masyarakat Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit. Melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lebut pada perut.

Tahukah Anda?
Satu kajian di United Kingdom menunjukkan halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita.  Penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat dan mencegah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.










Puan Hani | Shaklee Independent Distributor [ID: 883549]
Whatsapp: 883549| Email: healthybeuti@gmail.com

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com