Saturday, 30 August 2014

Gejala Ovarian Cyst


Mungkin ada antara kita yang belum tahu gejala Ovarian Cyst dan jenis-jenis cyst dalam kilang ovari wanita, mengikut bacaan saya cyst ni ada yang merbahaya, malignant (jenis kanser), benign (bukan kanser), yang merosakkan benih dan peranakan (endometriosis) dan yang boleh hilang sendiri tanpa rawatan (follicular cyst).


Jenis-jenis Cyst





Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovari. Kenapa ia digelar cyst? Sebabnya tumbuhan ini mesti mengandungi cecair yang bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak dan lendir. Kadang akan hadir sekali dengan tumbuhan daging , rambut, cartilage, tulang dan lain-lain.





Jom baca jenis-jenis cyst yang wujud di kalangan wanita...

1.  Follicular cyst- follicular cyst seakan karung telur yang mengandungi air. Ia tidak pecah pada waktu subur/ovulation tetapi ia terus membesar sehingga mencapai ukuran 5cm. Biasanya ia akan pecah sendiri tanpa perlu dibedah dan airnya akan diserap ke badan.

2. Corpus luteal cyst- Corpus luteal cyst bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah dan kehamilan telah berlaku. Peranan Corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sebelum uri mengambil alih peranan tersebut. Corpus luteal cyst bole membesar sehingga 8cm. Biasanya cyst jenis ini akan pecah dengan sendiri dan cecairnya akan diserap dalam badan.

3. Hemorrhagic cyst- hemorrhagic cyst ialah sejenis cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular cyst atau corpus luteak cyst ,pendarahan berlaku ke dalam cyst atau pecah dan darah melimpah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang amat sangat.  Cyst jenis ini perlu pembedahan cemas.

4. Ruptured ovarian cyst- Menyebabkan kesakitan dan perlu pembedahan cemas

5. Endometriotic cyst ovari- mengandungi darah kotor, merosakkan ovari, saluran fallopio dan perlu dibedah cemas.

6. Dermoid cyst ovari atau 'terratoma' mengandungi cecair berminyak dan lemak,rambut, cartilage, gigi atau tulang. Kes macam ni perlu dibedah.



                                                                                                                   Rujukan: Dr.Hamid Arshat


Kebanyakan wanita tidak menyedari kehadiran cyst ovari ini sehingga mereka melakukan pemeriksanaan ultrasound dan pelbagai prosedur rawatan lain. Cyst apabila membesar akan mencengkam dan menolak organ lain dan menghasilkan simptom seperti sakit belakang, pendarahan dan kesakitan ketika bersetubuhan. Adalah sangat penting jika anda mengalami sakit dibahagian perut yang teramat sangat segera lah berjumpa doktor untuk pengesahan.

Apa yang menyebabkan Cysts Ovari? Selalunya punca berlakunya cysts ovari ialah kerana ketidakseimbangan hormon dan dikaitkan dengan penggunaan ubat kesuburan yang merangsang secara berlebihan pada sistem pembiakan.

Diet boleh memainkan peranan dalam membantu untuk menghapuskan cysts ovari. Mengurangkan atau tidak menggunakan produk tenusu, tepung putih dan makanan diproses dan makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan serat boleh membantu tubuh sembuh secara semula jadi.

Oleh kerana kemampuan untuk mengembalikan keseimbangan hormon pada tahap yang betul di dalam badan seseorang wanita, pencegahan dan pengurangan cyst ovari selalunya berkesan dengan pengambilan vitamin E apabila ia digunakan sebagai makanan tambahan. Bagi membolehkan badan untuk mengumpul sebatian yang dikenali sebagai prostaglandin yang mempunyai fungsi anti-radang, badan memerlukan bahan yang dikenali sebagai gamma-linolenik asid (GLA) yang merupakan asid lemak, di mana, sebatian ini amat banyak terdapat dalam minyak herba evening primrose.

Sumber tambahan untuk asid lemak ini adalah daripada minyak diet tambahan seperti minyak dari biji flaks, minyak zaitun, minyak daripada borage dan minyak blackcurrent. Kedua-dua minyak hati ikan kod dan ikan halibut kaya dengan GLA dan boleh digunakan sebagai makanan tambahan juga. Keradangan yang sering berlaku dalam badan boleh dikurangkan dengan menggunakan vitamin C dalam kombinasi dengan bahan-bahan berasaskan tumbuhan yang dipanggil bioflavonoids. Ianya berperanan memelihara fungsi estrogen dan bertindak bersama-sama dengan vitamin C dalam badan. Ia mengekalkan fungsi hormon estrogen oleh keupayaan memecahkan hormon dengan terlalu cepat dan bergantung kepada bila badan mula memecahkannya. 

Pelbagai herba dan makanan yang biasa didapati seperti bawang dan bawang putih, buah-buahan bermusim seperti ceri dan beri, benih-benih anggur, lada dan anggur hitam kaya dengan bioflavonoids ini. Buah-buahan sitrus juga sangat kaya dengan sebatian ini. Sebatian seperti rutin, buah-buahan sitrus mempunyai bahan-bahan seperti hesperidin, sebatian catechin, dan quercetin, semua boleh digunakan sebagai makanan tambahan dan boleh didapati dalam bentuk supplement, tambahan pula ekstrak biji anggur atau pycnogenolcan juga digunakan sebagai makanan tambahan. Penggunaan  vitamin A atau beta-karotena mampu mengekalkan lapisan ovari yang sihat dan berfungsi, ini dapat menghalang pembentukan cysts.

Cuka Apple Cider juga telah dikenali untuk memberi manfaat kepada rawatan cysts ovari. Cuka epal mengawal keseimbangan asid / alkali dan membantu sel badan melindungi badan daripada pembentukan cysts dan juga mengecutkan cysts.

Huhu seram pulak kan tengok gambar cyst tu...So memang betul la dalam artikel ni kata supplement yang bagus untuk memusnahkan cyst ialah GLA Complex, Vitamin E, Vitamin C dan jugak CarotoMax (Beta Carotene). Bukan saja musnahkan cyst tetapi juga mampu melawan kanser. Cyst yang dibiar lama-kelamaan akan merebak menjadi kanser. Sebab tu kita orang perempuan ni digalakkan mengambil supplement. Mencegah lebih baik daripada mengubati kan..bila dapat penyakit baru lah kalut nak cari ubat, harga ubat pun dah makan beribu belum masuk kimoterapi lagi tu..Tak rugi kan makan supplement..ok nak telan GLA,Vitamin E, Vitamin C sekarang jugak..dengan botol-botol skali ku nak telan..hahaha..overrr..

Untuk pertanyaan lanjut tentang supplement jangan malu-malu call/whatsapp je saya..=)










Puan Hani| Shaklee Independent Distributor [ID: 883549]
Whatsapp: 019-3630891| email: healthybeuti@gmail.com

1 comments:

mim1963 said...

started taking gla when recommended by my gynae when diagnosed with cysts on both breasts.alhamdulillah the cysts disappeared.now i m still taking gla.

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com