Friday, 27 June 2014

Tips Menyusukan Anak di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..pejam celik pejam celik kita dah pun nak masuk ke bulan mulia bulan Ramadhan...so macam-macamlah persoalan timbul especially ibu-ibu yang menyusukan anak..cukup ke susu aku ni..larat ke nak minum air sampai 2-3litre sehari ni..sekarang pun susah nak cukupkan 3litre apetah lagi bulan Ramadhan..mampukah aku? Apa yang aku harus makan sahur dengan berbuka untuk kekalkan kuantiti susu badan...aduhh stress pulak! 

hahaha..betul tak soalan ni yang bermain-main di fikiran ibu-ibu?

Jangan risau saya sendiri telah mengharunginya..kalau diingat-ingat balik sudah 2 kali saya menyusukan badan..dan masuk Ramadhan kali ni sudah kali ke-3..InshaAllah..so saya nak share serba sedikit tentang ilmu penyusuan ni tapi kita mula dulu tentang fahaman saintifik bagaimana susu ibu boleh terhasil..

" Maha suci Engkau Ya Allah! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".

Konsep Supply and Demand

Semasa baby menyusu, saraf-saraf dipermukaan payudara akan memberi rangsangan ke Hipotalamus (sejenis kalenjar pada otak) untuk menghasilkan hormon Prolaktin dan Oksitosin. Di dalam breast ibu, Prolaktin akan memberi signal kepada sel-sel dalam payudara untuk menghasilkan susu.
Manakala Oksitosin pula akan menyebabkan otot-otot breast mengecut dan memancutkan susu keluar dari puting susu ibu.Sikit atau banyak susu yang terhasil sebenarnya bergantung pada kekerapan hisapan bayi. Makin kerap baby direct fedding makin banyak susu dikeluarkan. Atau semakin kerap ibu mengepam semakin banyak pula susu badan terhasil. Ini lah yang dinamakan konsep Supply and Demand. Kesimpulannya ibu-ibu perlu sentiasa kosongkan payudara samada dengan direct feed bayi atau mengepam susu..elakkan membiarkan susu badan membengkak. cara ini sebenarnya akan mengurangkan lagi susu ibu. So ibu jangan tersilap yer..

Hormon Prolaktin terhasil dengan banyak pada waktu tengah malam, waktu ini ialah waktu terbaik ibu-ibu mengepam untuk mengumpul stok susu untuk si kecil tersayang.

Pengalaman Pertama
Pengalaman pertama kali saya menyusukan Haziq di bulan Ramadhan, anak sulung saya yang ketika tu berusia setahun. Kalau diikutkan waktu ni saya sangat kurang ilmu penyusuan. Saya juga dikelilingi orang-orang yang menyuruh saya memberi Haziq susu formula. Saya bukan anti susu formula tapi naluri ibu mengatakan sebagai ibu saya harus memberi Haziq yang terbaik untuk tumbesaran dia. Kenapa kebanyakan orang terutama orang tua lebih mempercayai susu lembu buatan manusia daripada susu yang Allah anugerahkan kepada setiap ibu di dunia ini? Walhal ada banyak lagi cara dan petua untuk ibu-ibu ikhtiar membanyakkan susu badan. Jika niat kita baik kerana Allah InshaAllah Dia akan bantu. Alhamdulillah dengan mengamalkan pelbagai petua susu badan saya waktu ini cukup untuk Haziq. Genap 2 tahun 4 bulan baru lah saya bersedia untuk 'wean off' haziq dan berikan dia susu formula. Apa yang saya amalkan ialah setiap hari saya minum air barli, lobak putih dan banyakkan minum air putih.


Pengalaman Kedua
Pengalaman kedua saya menyusukan Naurah Imani. Alhamdulillah kali ni kami menyambut Syawal berempat. Ketika ini usia Naurah baru 3 bulan. Alhamdulillah suka saya nak beritahu waktu ini Shaklee telah pun masuk dan menghantui hidup saya..haha...Sejak kenal Shaklee saya menjadi lebih aktif mencari segala maklumat tentang penyusuan. sebab saya telah lama menyimpan hasrat yang sama bf naurah hingga dia cukup 2 tahun. Apa yang saya buat sepanjang bulan Ramadhan ni untuk pastikan Naurah cukup susu? nanti kita cerita bab ni yer..Alhamdulillah saya berjaya harungi Ramadhan dengan jayanya..!Puasa tak penuh sebab peod..subur ok..haha..

Apa yang saya lakukan untuk maintain pengeluaran susu semasa sedang berpuasa?

1. Buat stok susu/EBM
~ Kalau boleh prepare awal-awa; stok susu beberapa bulan sebelum Ramadhan tiba..buat sebanyak mana yang boleh. Ibu yang bekerja pasti dah ada stok EBM kan. Tapi untuk surirumah macam saya ni boleh la mengepam sebelah malamnya untuk keperluan si kecil untuk esok harinya. Takut susu tak cukup untuk baby bila bf semasa berpuasa di siang hari.

2. Wajib makan 3x sehari
~ Mengikut kajian ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori setiap hari iaitu 500kal diambil dari makanan ibu manakala 200kaldari lemak dalam tubuh ibu (sebab tu la ibu menyusu cepat je turun berat badan). So nak taknak mommy kena juga makan 3x sehari walaupun sedang berpuasa iaitu ketika sahur,berbuka dan sebelum masuk tidur. Makan sikit-sikit tapi kerap..selagi mata tu terbukak makan je nak tidur baru benti makan.



3. 3 biji kurma ketika sahur
~ Kurma mengandungi glukosa yang mampu berikan tenaga segera kepada badan. Ia kaya dengan protein,serat,gula,vitamin A & C serta zat mineral seperti besi,kalsium,sodium dan pottasium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma ialah 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%. Saya ni tak berapa suka kurma..biasa kalau berbuka ke sahur telan sebiji je tapi sejak dah ada anak yang menyusu badan ni nak taknak ku telankan aje 3 biji kurma..lagipun kurma ni kan sunat.kita makan dapat pahala..ye tak??

4. Makanan seimbang dan supplement
~ 50% karbohidrat, 30% protein, 10-20% lemak..mommy boleh ambil nasi/mee masa sahur dan berbuka. roti/biskut/kuih sebelum tidur. Jangan lupa ambil Multivitamin, Vitamin B dan Cal-Mag (Calcium-Magnesium). Saya guna Vitalea Shaklee (multivitamin), Bcomplex dan Ostematrix (Cal-Mag). Ikut kajian Vitamin B bagus sebab ia memberi tenaga kepada badan kita, otak kita lebih fokus dan emosi  kita lebih stabil. Oatematrix (Cal-Mag) pulak penting menggantikan kalsium dalam badan ibu yang telah digunakan semasa penghasilan susu. Ia juga elok diambil semasa period,sebab biasanya bila tengah period susu akan merudum sebab kekurangan kalsium dalam darah apabila darah kotor disingkirkan dari tubuh badan. Tak lupa juga Alfalfa Complex yang membantu mempercepatkan penghasilan susu dan memekatkan susu- SLE tak boleh ambil Alfalfa yer..=)

*  Kalau mommies berminat nak dapatkan supplement Shaklee ini, mommies boleh klik je sini yer...klik and Shaklee akan bawa mommies direct to Shaklee online shopping!

5. Banyakkan minum air
~ Ibu wajib minum 2 litre sehari..kalau ikutkan 3 litre sehari untuk ibu yang menyusukan anak. Mula minum air masak waktu berbuka hingga sahur. Letak botol air tepi katil, setiap kali ibu terjaga dari tidur atau menyusukan anak minum air beberapa cawan. Ataupun mommy boleh minum air jus buah,horlick,milo,cereal dan susu. Minum susu boleh mengurangkan anemia bagi ibu menyusu atau mengandung. Elakkan minuman berais,sejuk,berkabonat. Ambil minuman hangat yang turut melancarkan pengeluaran susu. Kalau tanya aku,minuman wajib aku ESP,Mealshake dan Performance Drink.  Campur je semua ni dan minum ketika sahur..ssebelum tidur segelas ESP.


Mommy hendaklah tenang, rileks dan percaya diri..Ingat, percaya sebelum berjaya!Jangan risau susu tak cukup untuk anak sebab apa yang kita fikir tu akan mempengaruhi hormon Oksitosin yang mengeluarkan susu..Fikiran mesti tenang badan rileks baru la susu akan keluar dengan lancar.

Ibu juga dinasihatkan elakkan melakukan kerja-kerja berat sebab takut penat..nak lari 100m, balapan ke tunggu lepas raya k.

Kerap dan rajin memerah susu

Time puasa rajinkan diri mengepam susu..prinsip utama makin kerap baby menyusu makin makin banyak susu yang terhasil. Jika kita kerap direct feed anak susu ibu akan tetap ada untuk anak. Pam susu macam biasa walaupun berpuasa. Ingat tak konsep SUPPLY AND DEMAND? Maknanya semakin banyak susu dikeluarkan atau semakin kerap breast dikosongkan semakin banyak lah susu ibu akan terhasil. So kalau mommies stop pumping semasa bulan Ramadhan susu mommies akan berkurangn sedikit demi sedikit. Kurangnya susu ibu bukanlah disebabkan mommies berpuasa tapi sebab kurangnya stimulation dari breast mommies..
Puasa tetap wajib bagi ibu menyusu dan mengandung.. tapi kelonggaran diberi untuk tidak berpuasa depend pada keadaan ibu dan bayi. Tapi kena ganti la semula atau membayar fidyah atau bagi makan fakir miskin. 

Yakin pada diri, puasa atau tidak ibu telah beri yang terbaik untuk si manja ibu. Ketahuilah ketika anak menyusu,si anak juga belajar mengembangkan naluri, merasakan hangat kasih sayang dan ikatan batin dengan si ibu..ia adalah anugerah yang tidak ternilai dan tak dapat ditukar ganti!

Selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat menyusukan si kecil mommies!

Salam sayang...hani..


0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com