Friday, 27 June 2014

Tips Menyusukan Anak di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..pejam celik pejam celik kita dah pun nak masuk ke bulan mulia bulan Ramadhan...so macam-macamlah persoalan timbul especially ibu-ibu yang menyusukan anak..cukup ke susu aku ni..larat ke nak minum air sampai 2-3litre sehari ni..sekarang pun susah nak cukupkan 3litre apetah lagi bulan Ramadhan..mampukah aku? Apa yang aku harus makan sahur dengan berbuka untuk kekalkan kuantiti susu badan...aduhh stress pulak! 

hahaha..betul tak soalan ni yang bermain-main di fikiran ibu-ibu?

Jangan risau saya sendiri telah mengharunginya..kalau diingat-ingat balik sudah 2 kali saya menyusukan badan..dan masuk Ramadhan kali ni sudah kali ke-3..InshaAllah..so saya nak share serba sedikit tentang ilmu penyusuan ni tapi kita mula dulu tentang fahaman saintifik bagaimana susu ibu boleh terhasil..

" Maha suci Engkau Ya Allah! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".

Konsep Supply and Demand

Semasa baby menyusu, saraf-saraf dipermukaan payudara akan memberi rangsangan ke Hipotalamus (sejenis kalenjar pada otak) untuk menghasilkan hormon Prolaktin dan Oksitosin. Di dalam breast ibu, Prolaktin akan memberi signal kepada sel-sel dalam payudara untuk menghasilkan susu.
Manakala Oksitosin pula akan menyebabkan otot-otot breast mengecut dan memancutkan susu keluar dari puting susu ibu.Sikit atau banyak susu yang terhasil sebenarnya bergantung pada kekerapan hisapan bayi. Makin kerap baby direct fedding makin banyak susu dikeluarkan. Atau semakin kerap ibu mengepam semakin banyak pula susu badan terhasil. Ini lah yang dinamakan konsep Supply and Demand. Kesimpulannya ibu-ibu perlu sentiasa kosongkan payudara samada dengan direct feed bayi atau mengepam susu..elakkan membiarkan susu badan membengkak. cara ini sebenarnya akan mengurangkan lagi susu ibu. So ibu jangan tersilap yer..

Hormon Prolaktin terhasil dengan banyak pada waktu tengah malam, waktu ini ialah waktu terbaik ibu-ibu mengepam untuk mengumpul stok susu untuk si kecil tersayang.

Pengalaman Pertama
Pengalaman pertama kali saya menyusukan Haziq di bulan Ramadhan, anak sulung saya yang ketika tu berusia setahun. Kalau diikutkan waktu ni saya sangat kurang ilmu penyusuan. Saya juga dikelilingi orang-orang yang menyuruh saya memberi Haziq susu formula. Saya bukan anti susu formula tapi naluri ibu mengatakan sebagai ibu saya harus memberi Haziq yang terbaik untuk tumbesaran dia. Kenapa kebanyakan orang terutama orang tua lebih mempercayai susu lembu buatan manusia daripada susu yang Allah anugerahkan kepada setiap ibu di dunia ini? Walhal ada banyak lagi cara dan petua untuk ibu-ibu ikhtiar membanyakkan susu badan. Jika niat kita baik kerana Allah InshaAllah Dia akan bantu. Alhamdulillah dengan mengamalkan pelbagai petua susu badan saya waktu ini cukup untuk Haziq. Genap 2 tahun 4 bulan baru lah saya bersedia untuk 'wean off' haziq dan berikan dia susu formula. Apa yang saya amalkan ialah setiap hari saya minum air barli, lobak putih dan banyakkan minum air putih.


Pengalaman Kedua
Pengalaman kedua saya menyusukan Naurah Imani. Alhamdulillah kali ni kami menyambut Syawal berempat. Ketika ini usia Naurah baru 3 bulan. Alhamdulillah suka saya nak beritahu waktu ini Shaklee telah pun masuk dan menghantui hidup saya..haha...Sejak kenal Shaklee saya menjadi lebih aktif mencari segala maklumat tentang penyusuan. sebab saya telah lama menyimpan hasrat yang sama bf naurah hingga dia cukup 2 tahun. Apa yang saya buat sepanjang bulan Ramadhan ni untuk pastikan Naurah cukup susu? nanti kita cerita bab ni yer..Alhamdulillah saya berjaya harungi Ramadhan dengan jayanya..!Puasa tak penuh sebab peod..subur ok..haha..

Apa yang saya lakukan untuk maintain pengeluaran susu semasa sedang berpuasa?

1. Buat stok susu/EBM
~ Kalau boleh prepare awal-awa; stok susu beberapa bulan sebelum Ramadhan tiba..buat sebanyak mana yang boleh. Ibu yang bekerja pasti dah ada stok EBM kan. Tapi untuk surirumah macam saya ni boleh la mengepam sebelah malamnya untuk keperluan si kecil untuk esok harinya. Takut susu tak cukup untuk baby bila bf semasa berpuasa di siang hari.

2. Wajib makan 3x sehari
~ Mengikut kajian ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori setiap hari iaitu 500kal diambil dari makanan ibu manakala 200kaldari lemak dalam tubuh ibu (sebab tu la ibu menyusu cepat je turun berat badan). So nak taknak mommy kena juga makan 3x sehari walaupun sedang berpuasa iaitu ketika sahur,berbuka dan sebelum masuk tidur. Makan sikit-sikit tapi kerap..selagi mata tu terbukak makan je nak tidur baru benti makan.



3. 3 biji kurma ketika sahur
~ Kurma mengandungi glukosa yang mampu berikan tenaga segera kepada badan. Ia kaya dengan protein,serat,gula,vitamin A & C serta zat mineral seperti besi,kalsium,sodium dan pottasium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma ialah 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%. Saya ni tak berapa suka kurma..biasa kalau berbuka ke sahur telan sebiji je tapi sejak dah ada anak yang menyusu badan ni nak taknak ku telankan aje 3 biji kurma..lagipun kurma ni kan sunat.kita makan dapat pahala..ye tak??

4. Makanan seimbang dan supplement
~ 50% karbohidrat, 30% protein, 10-20% lemak..mommy boleh ambil nasi/mee masa sahur dan berbuka. roti/biskut/kuih sebelum tidur. Jangan lupa ambil Multivitamin, Vitamin B dan Cal-Mag (Calcium-Magnesium). Saya guna Vitalea Shaklee (multivitamin), Bcomplex dan Ostematrix (Cal-Mag). Ikut kajian Vitamin B bagus sebab ia memberi tenaga kepada badan kita, otak kita lebih fokus dan emosi  kita lebih stabil. Oatematrix (Cal-Mag) pulak penting menggantikan kalsium dalam badan ibu yang telah digunakan semasa penghasilan susu. Ia juga elok diambil semasa period,sebab biasanya bila tengah period susu akan merudum sebab kekurangan kalsium dalam darah apabila darah kotor disingkirkan dari tubuh badan. Tak lupa juga Alfalfa Complex yang membantu mempercepatkan penghasilan susu dan memekatkan susu- SLE tak boleh ambil Alfalfa yer..=)

*  Kalau mommies berminat nak dapatkan supplement Shaklee ini, mommies boleh klik je sini yer...klik and Shaklee akan bawa mommies direct to Shaklee online shopping!

5. Banyakkan minum air
~ Ibu wajib minum 2 litre sehari..kalau ikutkan 3 litre sehari untuk ibu yang menyusukan anak. Mula minum air masak waktu berbuka hingga sahur. Letak botol air tepi katil, setiap kali ibu terjaga dari tidur atau menyusukan anak minum air beberapa cawan. Ataupun mommy boleh minum air jus buah,horlick,milo,cereal dan susu. Minum susu boleh mengurangkan anemia bagi ibu menyusu atau mengandung. Elakkan minuman berais,sejuk,berkabonat. Ambil minuman hangat yang turut melancarkan pengeluaran susu. Kalau tanya aku,minuman wajib aku ESP,Mealshake dan Performance Drink.  Campur je semua ni dan minum ketika sahur..ssebelum tidur segelas ESP.


Mommy hendaklah tenang, rileks dan percaya diri..Ingat, percaya sebelum berjaya!Jangan risau susu tak cukup untuk anak sebab apa yang kita fikir tu akan mempengaruhi hormon Oksitosin yang mengeluarkan susu..Fikiran mesti tenang badan rileks baru la susu akan keluar dengan lancar.

Ibu juga dinasihatkan elakkan melakukan kerja-kerja berat sebab takut penat..nak lari 100m, balapan ke tunggu lepas raya k.

Kerap dan rajin memerah susu

Time puasa rajinkan diri mengepam susu..prinsip utama makin kerap baby menyusu makin makin banyak susu yang terhasil. Jika kita kerap direct feed anak susu ibu akan tetap ada untuk anak. Pam susu macam biasa walaupun berpuasa. Ingat tak konsep SUPPLY AND DEMAND? Maknanya semakin banyak susu dikeluarkan atau semakin kerap breast dikosongkan semakin banyak lah susu ibu akan terhasil. So kalau mommies stop pumping semasa bulan Ramadhan susu mommies akan berkurangn sedikit demi sedikit. Kurangnya susu ibu bukanlah disebabkan mommies berpuasa tapi sebab kurangnya stimulation dari breast mommies..
Puasa tetap wajib bagi ibu menyusu dan mengandung.. tapi kelonggaran diberi untuk tidak berpuasa depend pada keadaan ibu dan bayi. Tapi kena ganti la semula atau membayar fidyah atau bagi makan fakir miskin. 

Yakin pada diri, puasa atau tidak ibu telah beri yang terbaik untuk si manja ibu. Ketahuilah ketika anak menyusu,si anak juga belajar mengembangkan naluri, merasakan hangat kasih sayang dan ikatan batin dengan si ibu..ia adalah anugerah yang tidak ternilai dan tak dapat ditukar ganti!

Selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat menyusukan si kecil mommies!

Salam sayang...hani..


Thursday, 19 June 2014

Phytocol-ST: Kolesterol Turun 22% Selepas 60 Hari!

Hari ni saya teruja nak kongsikan satu testimoni dari Mr.Ethan yang menggunakan produk baru Phytocol-ST Shaklee. Ini pengalaman seorang staff Shaklee sendiri..jom baca:-



Secara ringkasnya...


Pada 26.3.14(hari pertama mengambil Phytocol-ST)
~ Sebelum mengambil Phytocol Mr.Ethan ukur dulu berapa kolesterol level beliau..reading menunjukkan kolesterol level beliau berada pada tahap tidak sihat iaitu 129mg/dl. 
~ Okay jangan lupa catit yer berapa reading kolesterol u all so that nanti senang nak tengok berapa banyak kolesterol yang reduced.
~ Pada hari yang sama juga Mr.Ethan mula mengambil 4 tablet Phytocol-ST sehari bersamaan 2000mg fitosterol.

By the way untuk menguji sejauh mana keberkesanan Phytocol-ST Shaklee Mr.Ethan membuat keputusan untuk berhenti buat sementara waktu mengambil Omege Guard, Lecithin disamping mengurangkan juga pengambilan ESP soy protein. Beliau juga tetap meneruskan diet yang kurang sihat seperti sebelum ni dengan mengambil makanan tinggi lemak dan kalori, kurang fiber, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan berlemak ni kan sedap mana boleh tinggal beb!

Selepas 60 hari! Apa berlaku??

Pada 30.5.14
~ Selepas penggunaan Phytocol-ST selama 60 hari bacaan kolesterol beliau ialah 101mg/dl..ini bermakna cholesterol level reduced sebanyak 22% !!!

Ni lah dia Phytocol-ST..tak sampai sebulan launch tapi sambutan gempak..nampak sangat kan rakyat malaysia kebanyakannnya mengalami kolesterol tinggi..

Menarik betul? Siapa tak esaited beb..saya ingatkan kolesterol yang tinggi akan menyebabkan penyakit angin ahmar, darah tinggi dan pelbagai penyakit berbahaya lain!Seram jap..










Puan Hani| Shaklee Independent Distributor [ID:883549]
019-3630891| healthybeuti@gmail.com

Tuesday, 17 June 2014

Perghh...20 minggu Hilang 10kg!

slimming set bagus


Konflik berat badan dah menjadi satu perkara common dalam masyarakat kita. Nama aja slimming produk kat Malaysia ni belambak-lambak. Yang dari Malaysia tak kurang jugak yang diimport..Mana taknya 1 daripada 5 rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan. Sebab tu ubat kurus tumbuh bak cendawan kat Malaysia sekarang...ada satu testimoni ubat kurus yang saya nak share dengan u all semua..oppsss ai tak jual ubat kita jual supplement je..hihi..

slimming set


Percaya tak dalam masa 20 minggu akak ni dapat turunkan 10kg dengan hanya consume basic slimming set Shaklee je..apa basic set tu? ya mesti lah Alfalfa Complex, Herblax dan Lecithin. Dengan mengamalkan senaman yang teratur, kawal pemakanan dan air yang secukupnya ini lah hasilnya..orang kata PERCAYA sebelum BERJAYA. kalau tak percaya diri sendiri ya mustahil kita akan berjaya kelak..bukan senang dik oi nak turun sampai 10 kilo tu..

Jom baca apa fungsi setiap produk yang beliau amalkan:

~ Alfalfa mencuci hati, darah dan usus. Alfalfa merupakan makanan yang sangat beralkali dan boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, membuang toksin dari badan, membersihkan hati,kolon.darah dan mencantikkan kulit dan otot.
~ Alfalfa memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan, dan ulat air dengan berkesan.
~ Alfalfa berkesan dalam memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity,ulser gastrik,hepatitis dan sembelit.
~ Alfalfa menyingkirkan lemak dan kolesterol, kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung,strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

~ Membersihkan najis yang tersekat.
~ Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
~ Membantu masalah sembelit
~ Membersih secara lembut, mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
~ Mengempiskan perut
~ Mengurangkan dan memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau campur dalam air panas,sebagai minuman teh herba.

~Memecahkan kolesterol dan lemak,lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah,pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisme lemak,kolesterol dan trigliserid didalam tubuh.
~ Lecithin menghalang kejadian batu karang,90% dari batu karang terjadi daripada kolesterol,lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
~Menghalang tekanan darah tinggi,memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis,meggalakkan peredaran darah.
~ Memperbaiki prostat lelaki
~ Meringankan sembelit,lecithin adalah pelembut najis yang berkesan,ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

dasyat kan? Dengan tiga produk ni sahaja disertai kezaman dan semangat yang tinggi semua boleh..ingin dapatkan consultation dan petua pengambilan supplement meh la contact saya..InshaAllah..

Puan Hani| Shaklee Independent Distributor [SID: 883549]
019-3630891| healtybeuti@gmail.com

Wednesday, 11 June 2014

Nak kurus tapi nafsu makan menggila!



Sedapkan makanan kat atas tu? tambah lagi nak dekat Ramadhan memang meriah satu meja makan. Setiap kali kita makan pernah tak kita ambil tahu berapa jumlah kolesterol di dalamnya..ke main belasah je..haha sama la kita ekk..kolesterol ni ada DUA jenis, kolesterol jahat dan kolesterol baik. Kolesterol baik atau kita panggil kolesterol HDL membantu mengangkut kolesterol dari salur darah ke hati untuk disingkirkan. Kolesterol jahat atau kolesterol LDL yang duk menempel pada saluran darah kita tu. Tapi kalau dah banyak sangat kolesterol LDL tu yang terjadinya penyakit jantung dan pelbagai lagi penyakit serius lain. 

Apa itu Kolesterol?
Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dua sumber utama Kolesterol
Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperoleh dari makanan harian yang kita makan tu. Kolesterol yang anda makan tu akan meningkatkan paras koelsterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.


Bagaimana Kolesterol boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?
Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda:
  • LDL (Low-density lipoprotein)
  • HDL (High-density lipoprotein)

LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah,seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. In other words, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.

Oleh sebab tu, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras LDL yang rendah.


Fitosterol Membantu Menghalang Penyerapan Kolesterol "jahat" atau HDL ke dalam badan anda.

Oleh sebab tu Shaklee telah keluarkan satu produk yang dipanggil Phytocol-ST untuk merendahkan paras kolesterol "Jahat" dalam badan anda. Ermm..kalau korang ni jenis yang tak suka nak control makan elok lah telan Phytocol-ST ni dulu then baru lah belasah makan. 

Mengikut kajian lebih 80 ujikaji mengatakan fitosterol mampu merendahkan paras kolesterol jahat dari menyerap ke saluran darah anda.

Kolesterol HDL (kolesterol jahat) yang tak terkawal dalam saluran darah akan mengakibatkan serangan jantung dan angin ahmar


Jangan tunggu lagi sebelum makanan menggoda anda cepat-cepat telan Phytocol-ST dulu..ok rasa macam nak telan sebotol je..

salam sayang...hani

Puan Hani|Shaklee Independent Distributor [ID: 883549]
019-3630891 | email: healthybeuti@gmail.com


Tuesday, 10 June 2014

Cara Senang Turunkan Kolesterol

Bukan senang nak turunkan kolesterol.. lagi-lagi yang dah lama bersarang berpuluh-puluh tahun dalam badan kita..artikel ini khas untuk mereka yang ada masalah kolesterol tinggi, obesiti atau pun yang susah nak kawal nafsu makan yang membuak-buak tu..especially makanan berlemak..yer lerr makanan ni lagi sedap lagi tinggi kolesterolnyer..yer tak?? 


phytocol -st
Adakah anda salah seorang dari 6 juta warga Malaysia yang menghadapi masalah tinggi kolesterol?Jangan tak ngaku lak..satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. 

sakit jantung

Kolesterol yang tinggi boleh menyumbang kepada banyak penyakit serius lain tanpa mengira usia, dan long term akan memberi effect negatif kepada kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Paling teruk sehingga sekarang masih ramai lagi antara kita ni yang tak sedaar yang kolesterol kita semakin tinggi! Yela kan..muda lagi..rasa macam boleh hidup lama lagi.. kalau tak jaga makan tak mustahil budak kecil seawal usia 8 tahun pun boleh menghidapi darah tinggi...tak mustahil!

blood flow

Cara pengambilan phytocol-st hanya 2 biji sebelum makan makanan berlemak tu. ..kesimpulannya botol phytocol wajib ada la dalam handbag. Kalau dah breakfast korang sental nasi lemak lunch mi goreng malam pulak konon nak sup-sup je padahal tak tau semangkuk sup atau tomyam mengandungi 353mg kolesterol..huhuhuh...jumlah kolesterol sehari korang dah ambil lebih kurang 942mg!! sedangkan  keperluan kolesterol yang badan perlu kan tidak lebih dari 300mg sehari untuk individu normal..bagi pesakit jantung pulak kurang dari 200mg sehari (mengikut American Heart Association). Kalau dah macam ni gaya pemakanan kita tak mustahil anda merupakan salah seorang daripada 3 rakyat malaysia berpotensi mendapat sakit jantung!

senang kurus

BERTINDAK HARI INI: Petua untuk Merendahkan Paras Kolesterol Darah Secara Semulajadi
  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
  • Lakukan senaman lebih kerap.
  • Turunkan berat badan
  • Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NHI) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.
Apa itu Fitosterol?
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan,sayur-sayuran,kekacang,biji-bijian,legume, bijirin dan minyak sayuran, Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

Cara senang turun berat badan


Bagaimana Fitosterol Bertindak?

Struktur fitosterol sebenarnya hampir sama seperti struktur kolesterol..cuba tengok dekat gambar atas tu kolesterol warna kuning fitosterol warna hijau..lebih kurang je. Apabila anda telan fitosterol, ia akan bersaing dan berebut-rebut dengan kolesterol untuk bertapak dalam sistem penghadaman (bahagian intestine wall dalam gambar atas). Bila fitosterol dah berjaya bertapak pada bahagian intestine wall, penyerapan lemak dan kolesterol dalam dihalang oleh fitosterol dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Maksudnya semakin banyak anda ambil fitosterol maka makin kurang kolesterol dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat). Sebab tu kita disarankan mengambil phytocol-st sebelum makan..bagi dia siap2 menempel kt tepi dinding tu..hihi..


senang kurus
Produk baru Shaklee untuk menurunkan paras kolesterol dan mengawal berat badan


Berapa banyak Fitosterol yang anda perlukan?

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.

So apalagi..place your order now! Lagi-lagi nak dekat Ramadhan ni kann..tak salah u all ambil peluang ni untuk menjadi lebih sihat dan langsing.....=)

salam sayang..hani

Puan Hani| Shaklee Independent Distributor [ID:883549]
019-3630891| Email: healthybeuti@gmail.com

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com