Monday, 26 May 2014

Sifat herba terpilih dalam Herblax

Supplement Herblax mengandungi 9 jenis herba semulajadi yang terpilih dan bermutu tinggi. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang. Korang pernah minum teh orang kampung tak? Teh orang kampung kalau kita tengok tekstur dia macam daun-daun tu kan..actually teh orang kampung pun gunakan herba jugak..sebab herba ni memang bagus untuk melawas dan mencuci usus. Tapi dalam Shaklee, ramuannya ditambah dengan herba-herba yang terpilih dan bermutu tinggi sahaja supaya kesan yang kita dapat tak membahayakan kesihatan usus kita. Nak cakap lebih-lebih pun saya ni bukan doktor, saya just buat research je tentang kandungan herba yang Shaklee masukkan dalam Herblax untuk berkongsi dengan uols..jom baca...


Senna Leaves
Daun Senna merupakan tumbuhan herba yang cepat membesar sehingga boleh mencapai ketinggian 1 meter. Berasal dari negara Yaman diselatan Arab, kini tumbuhan ni banyak ditanam secara komersial untuk kegunaan farmokologi. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah daun, biji dan kulit biji, Senna telah digunakan dalam perubatan sebagai pelawas sejak turun termurun. Malah terdapat riwayat mengatakan Rasulullah pernah bersabda mengenai khasiat senna sebagai pelawas. Ia digunakan untuk merawat penyakit seperti penyakit kulit, sembelit, kecacingan,anemia,thypoid,kolera,bronkitis, batuk, arthritis dan penyakit kuning.



Buckhorn Bark
Daun Buckhorn Bark berfungsi melembutkan najis. Bila najis dah lembut sure la ia akan memudahkan pergerakan najis tu keluar. Ia juga memberi kelembapan kepada usus kita.







Licorice root
Akar licorice (gan cao) memiliki bau manis dan mempunyai rasa yang manis. Licorice root adalah sekitar lima ratus kali ganda manisnya gula tebu . Licorice digunakan sebagai terapi tubuh terutama jantung , paru-paru , limpa dan perut .
Sifatnya yang anti ulkus, anti kejang, menyediakan insulin, dan melindungi hati dari racun, anti inflamasi, anti alergi, anti kanser, anti virus dan bakteri, serta memberikan efek baik bagi kesihatan pembuluh darah.
Fennel Seeds
Fennel berasal dari Eropah Selatan dan ditanam secara meluas di seluruh Eropah, Timur Tengah, China, India, dan Turki. Tumbuhan herba ini boleh mencapai sehingga 2 meter (6 kaki) tinggi dengan warna hijau yang mendalam pada daun dan mempunyai bunga emas kekuningan dalam umbels. Salah satu faedah kesihatan yang daripada biji fennel ia mampu mengeluarkan toksin terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol,membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.



Anise Seeds
Anise seeds merupakan sejenis tumbuhan berbunga dari famili Apiaceae yang berasal dari kawasan Laut Tengah bahagian timur dan asia barat daya. Tumbuhan ini mampu mencapai sehingga satu meter. Anise seeds merupakan anti-parasit ringan dan daunnya digunakan untuk merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan,meredakan sakit gigi. Minyaknya digunakan untuk merawat kutu dan kudis. 


Rhubarb root
Rhubarb root telah digunakan sebagai ubat pencuci perut sejak 5,000 tahun dahulu. Akar rhubarb digunakan dalam perubatan China,selepas itu manfaat kesihatannya telah mula popular sehingga ke negara Arab dan Eropah. Herba ini banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.

Alfalfa leaves
Alfalfa berasal daripada perkataan Arab, al-fac-facah bermaksud 'bapa segala tumbuhan'.Daun Alfalfa mengandungi banyak vitamin yang badan tidak boleh hasilkan seperti vitamin A,B,D,E,K. Alfalfa mengandungi sumber terbanyak klorofil. Berbanding dengan tumbuhan lain alfalfa mempunyai paling banyak sumber protein dan asid amino.Fungsinya membersihkan usus,darah dan hati. 

Blue malva flower
Bunga ini telah lama digunakan dalam perubatan sejak di zaman Roman lagi. Blue Malva flower membantu dalam proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit. Daunnya boleh dimakan atau dimasak dalam sayur-sayuran.


Culver's root
Culver's root berasal daripada nama seorang ahlo fizik, Dr.Culver pada abad ke 18 yang mana digunakan secara meluas dalam bidang perubatan pada masa itu. Sehingga sekarang ia digunakan untuk membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma


Kagum kan baca khasiat daun-daun herba kan..macam ni lah baru kita yakin nak makan supplement..dah tahu apa kandungan dalamnya,timbul keyakinan then baru lah akan nampak kesannya..ok lepasni nak telan sebotol herblax lah..Tak payah susah-susah masuk hutan cari akar kayu,daun ni bagai. Dalam herblax dah ada kan.hihi...

Salam sayang
hani...

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com