Wednesday, 21 May 2014

'Saponin' serap kolesterol, air berlebihan,kurangkan sel kanser dalam badan

Sebelum ni saya ada mention element 'saponin' yang terdapat dalam Alfalfa Complex. Katanya 'saponin' ni fungsinya menyerap kolesterol dalam badan kita. Tiba- tiba berminat nak kaji lebih lagi tentang 'saponin' ni..rupanya ada banyak faedah kesihatan yang kita  dapat daripada 'saponin'. Sebenarnya 'saponin' boleh didapati daripada 100 keluarga tumbuhan yang berbeza..termasuk sumber makanan seperti kacang kekacang, Keladi dan Yucca. 



Sebatian nutrient ni mempunyai keupayaan untuk membentuk buih dan terdapat dalam produk seperti 'root beer', bir, shampoo dan sabun. Ikut kajian 'Saponin' daripada sumber makanan boleh membantu mengurangkan kolesterol dan menurunkan risiko kanser.Jom baca apa lagi faedah 'saponin' untuk kesihatan kita..





Mengurangkan Kolesterol

Saponins di dalam kacang,kekacang dan Yucca boleh mengurangkan tahap kolesterol dalam darah dengan menyekat penyerapan kolesterol di dalam badan. Asid hempedu di dalam badan kita memerangkap kolesterol untuk membantu badan menyerap kolesterol. Saponin dari diet harian anda akan bersatu dengan asid hempedu dan kolesterol supaya ianya tidak boleh memasuki sistem anda. Ini akan mengurangkan jumlah penyerapan kolesterol di dalam badan dan menjadikan ia sebagai bahan kumuhan.


Mengurangkan risiko kanser kolon

Menggunakan mekanisme yang sama seperti di atas-mengikat kepada asid hempedu-sebenarnya boleh mengurangkan kanser kolon. Menurut Linus Pauling Institute, beberapa asid hempedu sekunder menggalakkan kanser kolon. Bakteria di dalam kolon menghasilkan asid hempedu sekunder dari asid hempedu utama. Dengan mengikat kepada asid hempedu utama, 'saponin' mengurankan jumlah penghasilan asid hempedusekunder oleh bakteria usus anda, seterusnya mengurangkan kanser kolon.


Linus Pauling Institute menyatakan bahawa memberi 'saponin' kepada tikus makmal mengurangkan jumlah 'precancer lesion' dalam kolon tikus tersebut. Penyelidik daripada kajian yang diterbitkan pada tahun 1995 "Pemakanan dan Kanser" sel-sel tumor kanser kolon manusia diinkubasi selama 1jam hingga 48jam dalam pelbagai kepekatan 'saponin' daripada kacang soya dan soapwort (sejenis herba). Mereka mendapati 'saponin' menghalang pertumbuhan sel tumor dan mengurangkan aktiviti sel tumor dengan cara bergantung kepada dos-lebih tinggi kepekatan saponin, lebih rendah pertumbuhan sel dan aktiviti tumor.



Mencegah tumor

Menurut researcher,kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 dalam jurnal "Fitoterapia," kira-kira 150 'saponin' semulajadi mempunyai ciri-ciri anti-kanser. Mereka menerangkan bahawa pelbagai struktur kimia 'saponin' membantu mencegah pembentukan tumor. 'Ginsenosides', sejenis saponin yang terdapat dalam tumbuhan ginseng, didapati menyekat pertumbuhan tumor dan penyebaran sel-sel tumor ke organ lain. Mereka juga mendapati bahawa 'dioscin' dan 'diosgenin' dari keladi liar sebenarnya boleh menyebabkan kitaran sel tumor terbantut dan mati.


Saponin sebagai vaksin

Pokok soapbark,juga dikenali sebagai Quillaja saponaria, yang berasal dari Chile, telah menarik banyak perhatian daripada penyelidik saintifik kerana sifat-sifat imunisasinya iaitu meningkatkan saponin dalam kulitnya. Pada masa ini, Quillaja saponin sedang digunakan dalam beberapa vaksin, tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk melihat jika ia mungkin boleh digunakan dalam suntikan untuk kanser HIV. 



Mekanisme disebalik saponin dari pokok Quillaja ialah ia membantu merangsang tindakbalas sistem imun dan pengeluaran sel-sel T, yang membantu melawan jangkitan di dalam badan anda. Lebih banyak penyelidikan diperlukan kerana Quilaja saponin mempunyai kelemahan, termasuk ketoksinan dan ketidakstabilan di dalam air.


Ada orang yang memproses biji Quinoa untuk dijadikan sebagai sabun mencuci baju...ni kaedah semulajadi dan selamat..biji Quinia di rendam dan ditapis untuk dapatkan 'saponin'. Check this out link sini..tengok kaedah pemprosesan dia..seronok la layan benda-benda ni..kagum sangat..


......mengikut artikel kat atas ni katanya saponin ni bersifat macam sabun dan boleh membentuk buih...ok satu ilmu yang saya dah dapat hari ini..patut lah Alfalfa bersifat alkali dan sesuai untuk pengidap gastrik. Perut orang gastrik ni kan berasid, bila kita telan alfalfa yang bersifat alkali makanya perut yang berasid tu akan jadi neutral...hihi ni dah macam kelas chemistry dah ni..i loikee sangat.



saponin jugak berupaya memusnahkan sel tumor katanya,so takde lah istilah telan alfalfa sel kanser atau tumor akan membiak dengan meriahnya..itu sama sekali tidak benar ok...malah kata dia lagi lebih banyak dos saponin yang kita ambil maka lebih rendah pertumbuhan sel dan aktiviti tumor.




huishhh lepasni kena konsisten la ambil saponin..nak ambik kat mana? senang je tak payah la masuk hutan cari herba-herba tu..telan aje Alfalfa. Sukatan untuk Alfalfa 10biji..saya ambil 5 biji, 5 biji..baru la orang kata tegang, ketat sana  sini..opss..kenal Master Law tak?Beliau telan 30 biji alfalfa setiap hari untuk membunuh sel-sel kanser dalam badan beliau..hebatkan alfalfa?



ok nak telan  alfalfa sat....daaaa












Puan Hani| Shaklee Independent Distributor [ID:883549]
019-3630891| Email: healthybeuti@gmail.com

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com