Friday, 23 May 2014

Kebaikan Lecithin Shaklee

Sebut tentang lecithin u all tahu ke apa tu lecithin? Sebenarnya lecithin ni antara supplement glemer dikalangan mereka yang nak kurus..sure ada antara u all yang tak familiar lagi supplement lecithin ni kan? Percaya tak saya dah mula kenal lecithin sejak umur 15 tahun..hihi..masa tu form 3...saya ni jenis suka jalan-jalan tengok barang lagi-lagi bila masuk farmasi..habis semua supplement saya tengok dan tanya pharmacist tu supplement ni untuk apa supplement tu untuk apa? masa tu farmasi Vitacare dekat ala-ala sebelah umah saya je..seawal saya sekolah menengah lagi saya dah mula berjinak-jinak dengan alam supplement ni..tapi apakan daya setakat tengok je boleh la...nak cekau mana duit beb..tapi sekarang impian untuk makan supplement dah menjadi kenyataan..konon impian nak jadi pharmacist la dah besar nanti..sekarang jadi jugak la pharmacist..pharmacist Shaklee..kuikuikui....


Dulu (zaman skolah) saya ingat lecithin hanya untuk kuruskan badan je... bila study tentang lecithin ni rupanya ia bertindak lebih dari itu..lecithin selain berfungsi memecahkan lemak ia juga mampu menajamkan daya ingatan kita..so maknanya student pun digalakkan mengambil lecithin..




Fakta ringkas: Lecithin tu sendiri adalah lemak. ..GEMUK ke? =) Lecithin dinamakan "Pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak...atau ayat ringkasnya, bila kita ambil lecithin selepas makan lemak dari makanan tu akan terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak tu melekat di dinding membrane. Badan kita tak boleh menghasilkan lecithin tapi badan kita sangat perlukan lecithin...ambil contoh macam mama cery kata kalau kita nak buat kek wajib ada telur,gula dan tepung..kalau takde tiga bahan ni kek tu tak menjadi..lebih kurang macam tu la.Lecithin boleh diperolehi daripada kuning telur, jagung,soybeans. Jom baca pagi ni saya nak share 13 fakta menarik Lecithin yang wajib kita tahu sebelum makan lecithin..ingat,makan lah supplement dengan ilmu bukan sekadar ikut orang je..

1. Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolesterol,triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti 'high blood pressure', heart disease, arteri yang mengeras..Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.

2. Kenapa orang yang nak kurus suka lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (emulsi lemak=pecahkan lemak)..Tahukah anda, lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertai dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Tanpa lecithin yang cukup,membrane sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti seperti bahan-bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, food additives, pestisides,ets..semua ni menyebabkan membrane mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat..jadi dengan cara menambahkan pengambilan lecithin, pasti ianya keputusan yang bijak.

4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati dengan menghalang endapan lemak di hati,sirosis hati dan hati berlemak.

5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi ni kurang efisyen. Sebab tu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin.

6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dan ter'oksida.

7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi sarah impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memori aka menajamkan daya ingatan)

8. Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari memulihkan sistem ingatan. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka yang ada alergi, hay fever,asma, bronkitis dan emphysema.

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi yang berhubung) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as sistem penghadaman.

11. Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik dan berkilat. Kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah ekzema.

12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti 'epinephrine'. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

13. Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan untuk membuat 'BILE'. 'BILE' ni fungsinya pulak mencairkan lemak. Pengemulsi ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A,D,E,K (vitamin larut lemak) ke dalam badan. 


Shaklee difference:

Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya Non-GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.


salam sayang...
hani










Puan Hani | Shaklee Independent Distributor [ID: 883549]
019-3630891| Email: healthybeuti@gmail.com

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com