Sunday, 13 April 2014

Vitamin E untuk kulit, rambut dan kuku yang cantik

Nama saintifik bagi Vitamin E ialah "tocopherol" dan ia boleh didapati dalam 4 kelas utama. Vitamin E ialah sejenis antioksida iaitu vitamin larut lemak, yang hanya boleh di dapati dari makanan tambahan. Satu faedah vitamin E yang diketahui umum ialah vitamin E berupaya melindungi kita daripada toksik seperti pencemaran udara, sindrom premenstrual, penyakit mata seperti katarak, neurological diseases-Alzheimer dan diabetis. 

Faedah kesihatan yang kita perolehi daripada vitamin E datangnya dari sifat antioksida nya. Antioksida ni berupaya memusnahkan radikal bebas- bendasing yang memusnahkan struktur sel badan kita. Tahap immuniti badan seseorang akan dapat diperbaiki apabila seseorang itu mula mengamalkan Vitamin E. Satu lagi khasiat Vitamin E antaranya ia mampu merendahkan tahap kolesterol badan dan mengurangkan risiko merebaknya kanser. 

Vitamin E memekatkan darah yang mana salah satu faedah yang kita boleh dapat daripada Vitamin E. Dalam perkataan lain, vitamin E mengelakkan platlet darah daripada terkumpul. Pengambilan vitamin E yang tinggi boleh boleh mengurangkan risiko strok dan arteri koronari dan masalah hati.

Vitamin E paling popular dan diketahui umum keberkesanannya pada kulit dan rambut kita. Dengan sifat antioksida yang tinggi,vitamin E menggalakkan peredaran darah pada kulit kepala kita. Vitamin E menolong menguatkan dinding kapilari sambil menyuburkan sel kulit kepala.



Minyak vitamin E yang asli sangat bagus untuk kulit kita,ia membantu dalam 'healing process' atau proses pemulihan,apabila minyak vitamin E disapukan ke kulit ia akan terserap ke lapisan epidermis kulit. Cara ini untuk merawat kulit yang 'sunburn' dan melindungi kulit dari sinaran uv matahari.

Salah satu fungsi vitamin E paling popular ia boleh digunakan untuk merawat parut, jerawat dan kedut-kedut wajah kerana vitamin E meningkatkan proses 'regenerate' sel kulit kita. Vitamin E melambatkan penuaan wajah, menjadikan kulit tampak awet muda.

Dengan penggunaan yang berterusan, ia mampu melembapkan kulit kita. Wajah yang sebelumnya kusam dan kering akan kelihatan segar dan sihat. Sapu beberapa titik minyak vitamin E pada kuku dan bahagian yang kasar dan lihat lah kesannya!

salam sayang..
hani

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com