Sunday, 13 April 2014

Radikal bebas

Radikal bebas ialah bendasing yang wujud di dalam sel-sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Radikal bebas terhasil disebabkan oleh cara kehidupan yang tidak sihat dan terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih seperti pemakanan yang tidak seimbang(makanan berlemak,bergoreng,hangus), bahan kimia toksik (racun serangga dan lain-lain), asap rokok, bahan pengawet, tekanan emosi (stress) dan sebagainya.



Lama-kelamaan radikal bebas ini akan wujud secara berlebihan di dalam badan kita yang akan membentuk toksik dan tanpa disedari memulakan tindak balas berantai secara mutasi yang akan memudaratkan sel-sel lain. Radikal bebas yang tidak terkawal ini akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik diantaranya kanser, jantung, pereputan tulang, sakit sendi, alzheimer (nyanyuk), strok dan lain-lain lagi.



Untuk melawan radikal bebas ini, kita memerlukan ANTI-OKSIDAN. Cara untuk meningkatkan antioksidan di dalam badan ialah makan makanan yang mengandungi anti-oksidan yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Anda boleh mengukur nilai ORAC (Oxygen Radical Absorbent Capacity) iaiti keberkesanan makanan menentang radial bebas. Angka yang semakin tinggi beerti semakin tinggi keberkesanannya.



Persoalan lain pula akan timbul, adakah sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan berkhasiat tidak tercemar dengan toksik, bahan pengawet dan sebagainya dan bagaimana untuk mencari makanan yang mengandungi anti-oksidan yang tinggi?


Apabila sayur-sayuran ini dimasak pada keadaan haba yang tinggi,segala khasiat yang dikatakan dapat melawan radikal bebas itu akan musnah dengan sendirinya. Jadi, anda hanya mendapat rasa sayur yang sedap sahaja tanpa mendapat khasiat sebenar daripada makanan tersebut. Begitu juga dengan buah-buahan, anti-oksidan yang tinggi dikatakan masih kekal di situ apabila buah tersebut belum di petik. Apabila buah di petik, maka khasiatnya akan hilang sedikit demi sedikit. Kesimpulannya, anti-oksidan yang terkandung di dalam buah-buahan tersebut sebenarnya tidak mencukupi untuk badan anda melawan radikal bebas. Lebih teruk lagi jika anda bukan penggemar buah-buahan. Sekali- sekala sahaja anda mengambil buah-buahan. 

Walaubagaimanapun, para saintis telah membuat kajian bahawa cara terbaik untuk anda mendapatkan anti-oksidan yang tinggi ialah dengan mengamalkan supplement. Cari lah supplement yang terbaik untuk badan anda. Elakkan supplement tiruan yang mana ia baik untuk tubuh tapi dalam masa yang sama ia juga meninggalkan toksik dalam tubuh badan anda. Fikir-fikirkan lah...

salam sayang....
hani

2 comments:

isyah sabela said...

kena rajin makan buah oren :)

hani nadhirah said...

Kann...kalo pemalas cam kite ni telan vitamin C terus..haha

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com