Tuesday, 8 April 2014

Khasiat Vitamin E

Salam tengahari....u all semua dah lunch ker?saya sudah..lepas lunch tadi saya terus capai sebotol Vitamin E, telan sebiji the most powerful Vitamin  E Shaklee katanyaa...saya nak share sikit apa kelebihan Vitamin E..sebelum tu kita tengok dulu apa yang dimaksudkan dengan Vitamin E ni..

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Mengikut kajian, Vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada 80 jenis penyakit. Vitamin E sejenis vitamin larut lemakyang disimpan dalam organ tubuh  seperti hati,jantung,kalenjar pituitari,, testis, uterus, darah dan otot. Untuk pengetahuan u all, 60-70% daripada vitamin E ni akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tak semua disimpan dalam badan)dan ia tidak menjadi toksik macam vitamin A. Vitamin E dikira dalam unit IU (International Unit) iaitu 1IU bersamaan 1mg.

Vitamin E terdiri daripada 8 komponen dalam 2 kelas utama: Tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen-komponen alpha,beta,gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarkan alpha-tocopherols.

Okey jom kita tengok pula apa khasiat Vitamin E:


  • Vitamin E menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan 'premenstrual syndrome' dan penyakit fibrocystic payudara.
  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam penyembuhan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  • Mengurangkan risiko "Alzheimer" (nyanyuk)
  • Mengurangkan risiko keguguran wanita hamil
  • Merendahkan kadar kolesterol
  • Membantu mencegah kanser
  • Vitamin E boleh membantu pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Vitamin E juga dikenali 'Vitamin Cinta' kerana ia boleh membantu dalam hubungan suami isteri.  Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopos memerlukan vitamin E.
Sumber makanan vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang,biji-bijian, dan semua bijirin. Beras perang,makanan daripada jagung, telur,rumpai laut,hati yang dkeringkan, susu,oats, daging,kacang soya,ubi kentang, selada air dan gandum.
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: mudah radang, penuaan kulit sebelum masa, rambut gugur,anemia..

Vitamin E Shaklee with Selenium & Grape seed extract

Untuk sebarang pertanyaan boleh la hubungi saya atau call je..nak whatsapp pun boleh....

Klik SINI untuk lihat testimoni vitamin E 

salam sayang
hani

Puan Hani | Shaklee Independent Distributor [ID: 883549]
Whatsapp:019-3630891| Email: healthybeuti@gmail.com|
FB: www.facebook.com/nadhirahani



0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com