Friday, 19 December 2014

Wednesday, 17 December 2014

Anda hanya perlukan 3 barang ini untuk buang parut jerawat!!

Bagaimana membuang parut jerawat dengan vitamin makanan tambahan

Bahan-bahan yang anda perlukan:-

  • 500 ke 1000mg vitamin C [ penggunaan untuk setiap hari ]
  • 200 ke 400 IU vitamin E [ untuk kegunaan dalaman dan luaran]
  • 15mg zink (penggunaan setiap hari ]

Arahan:

1. Ambil vitamin C setiap hari, satu daripada perkara terpenting vitamin adalah untuk meningkatkan sistem imun dan menyingkirkan toksin daripada badan. Vitamin C juga membantu menyingkirkan radikal bebas dari badan, radikal bebas ini akan sentiasa terbentuk dalam badan kita..kerja dia memusnahkan sel-sel sihat dan membantutkan proses penyembuhan dalam badan anda. 


Oleh yang demikian, anda digalakkan untuk mengambil regular supplements of vitamin C bagi membantu proses membuang parut jerawat. Disarankan 500 ke 1000mg setiap hari. Lihat pada label vitamin C anda ada berapa mg kandungan vitamin C yang ada. Kalau 500mg ambillah 2 biji setiap hari. Kalau 1000mg sebiji je setiap hari.

shaklee untuk kesihatan optimum

2. Tambahkan vitamin E ke dalam regim vitamin harian anda juga, vitamin E sejenis vitamin yang badan anda tidak dapat hasilkan penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan membaiki sel-sel kulit anda. Kebanyakan pakar perubatan menyarankan di antara 200 ke 400 international unit (IU) of vitamin E. Vitamin E bukan sahaja membantu menghilangkan parut, ia juga sangat membantu melawan penuaan pra-matang untuk memastikan kulit anda sentiasa lembut, anjal dan sihat untuk tahun-tahun akan datang.


3. Dan supplement terakhir sekali yang membantu menyembuhkan parut jerawat ialah zink kompleks. Zink merupakan satu daripada mineral terpenting bagi proses penyembuhan, dan anda disarankan mengambil dose sebanyak 15mg zink setiap hari. Zink dapat membantu pulihkan parut jerawat anda  dan juga berupaya meningkatkan sistem imun badan anda.

Kegunaan Luaran [ External Uses ]

Picit satu kapsul vitamin E dan urutkan minyak vitamin E di atas parut jerawat sebelum tidur. Minyak vitamin E ni bagus untuk menyembuhkan tisu-tisu yang rosak, minyak itu sendiri dapat melembapkan kulit, mengurangkan keradangan, kemerahan dan iritasi semasa jerawat dalam proses pemulihan untuk kering. 


Senang je kan kalau kita ikut betul-betul cara di atas ni. Sedar tak sedar dah hilang parut jerawat. Itu pun jika kita konsisten ambil setiap hari dan disiplin mengamalkannya. Selamat mencuba!

Jika anda berminat nak dapatkan vitamin E, vitamin C dan Zink kompleks sila lah hubungi saya yer...consultation percuma je sayang...=)

salam sayang.....hani.....

Tuesday, 16 December 2014

Perbezaan ketara pasangan kembar pada usia 69 tahun | selepas 20 tahun menggunakan produk berlainan jenama!!

makanan tambahan

Saya teruja nak share review tentang sepasang kembar di mana kedua-duanya  menjaga kesihatan dengan mengambil vitamin dan makanan tambahan cuma bezanya mereka mengambil makanan tambahan dari produk yang berlainan jenama. Jom kita baca kisah mereka...


Here is their story...........

 "Mary and Her Sister are Identical Twins. Mary Anderson from Evansville, Indiana has been a regular user of the entire line of Shaklee products for over 20 years. Mary’s sister rarely uses Shaklee products preferring to use products made by other companies. Even though they were born with the same genetic code, Mary has more energy, feels better, looks younger and is healthier than her non-Shaklee twin sister.

 Mary has “unbounded energy” at age 69. Mary is very active with her church and does volunteer work. She is President of her local Republican Women’s Organization. Everyone thinks this mother of 4 and grandmother of 6 teenagers is younger than 69! Mary’s
husband is 77 and he uses Shaklee products, too. “No one ever guesses his age, either!"



review

"At the age of 69, the difference bertween them is so obvious. Mary look so much younger and healthier. She stands taller with a better posture, a result of  stronger bones and absence of Osteoporosis. 

Her sister on the other hand, looks older and sickly.
The choices you make today will definitely affect how you will be at later years. So choose carefully, choose Shaklee."

Teruja kan tengok gambar sebelum dan selepas pasangan kembar ni...sekarang nampak tak beza kita makan shaklee dengan tak makan shaklee? sekarang u makan mungkin tak nampak lagi or u tak notice apa-apa pun.... i cakap banyak kali degan semua customer i jangan stop makan supplement shaklee. U makan konsisten dari sekarang after 10-20 years u boleh tengok a big huge difference u dengan kawan u yang tak makan shaklee!! 


Sekarang rasa nak konsisten tak? rasa nak teruskan makan shaklee tak...? selepas tengok review ni rasa macam lepas ni i taknak dah skip makan supplemement.. ingat yer sabar itu manis. Hanya orang yang sabar akan dapat hasil yang dia idamkan. Kalau u jenis tak sabar dan asyik tukar-tukar produk je hmmm....u sendiri tau kan apa hasil u dapat...


ok selamat beramal...=)

salam sayang...hani...


Thursday, 11 December 2014

Tips Lancarkan Peredaran Darah | Saluran darah sempit punca penyakit-penyakit kronik,jerawat,kulit kusam

Banyak orang sangakan tubuh yang sihat adalah berat badan yang ideal dan langsing. Tapi tahukah anda sebenarnya orang yang bertubuh kurus sekalipun tak bererti tubuhnya sihat?



Ramai antara kita yang tak perasan atau tahu tapi tak ambil kisah, penyakit-penyakit merbahaya seperti jantung, diabetis dan tekanan darah tinggi berpunca daripada pembuluh darah yang sempit?


Bagi remaja,wanita dan lelaki wajah yang kusam,jerawat yang teruk,tak berseri juga berpunca dari saluran darah yang tidak lancar. Jadi ada baiknya kita mencegah agar pembuluh darah lancar dan penyakit2 berbahaya dapat  dijauhi..kulit pun jadi lebih cantik,berseri dan bebas jerawat.


CARA TERBAIK MELANCARAKAN PEREDARAN DARAH



1. Melakukan Diet

Diet yang sihat ternyata bukan hanya berfungsi untuk menurunkan berat badan, tapi juga sangat berkhasiat untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Akan tetapi ada beberapa cara diet yang perlu diperhatikan untuk mendapatkan peredaran darah yang lancar.

Diet yang sihat sebagai cara melancarkan peredaran darah adalah dengan banyak mengamalkan makanan yang mengandungi bioflavonoid dan likopen. Bioflavonoid seperti jeruk atau lemon berfungsi baik bagi kapilari darah agar menjadi lebih kuat dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Haa kalau nak tahu dalam sustained release vitamin C juga kaya dengan bioflanonoid. Tahniah bagi yang sudah mengamalkan vitamin C shaklee!
Likopen  banyak ditemui dalam buah tomato, selain bagus untuk memberikan rona pada wajah,buah tomato juga baik untuk mencegah pembentukan pada pembuluh darah menjadi plak.

Selain itu, perbanyakkan pula makanan yang dapat meningkatkan peredaran darah dalam tubuh iaitu dengan memakan makanan tinggi serat, memperbanyakkan protein, makanan rendah lemak, dan vitamin B. Usahakan untuk mengawal makanan yang cepat siap macam instant maggi, makanan proses yang digoreng, makanan yang mengandungi tepung putih dan juga alkohol.

2. Olahraga secara Teratur


Cara melancarkan peredaran darah terbaik adalah dengan rajin melakukan olahraga secara rutin setiap hari. Biasakan melatih otot tubuh selama lima belas minit di pagi hari dan sepuluh minit di siang hari.

Olahraga ini baik bagi tubuh untuk mengeluarkan setidak-tidaknya mengeluarkan peluh dan meningkatkan kerja jantung agar otot-otot sekitarnya menjadi lebih kuat. Olahraga bermanfaat baik untuk meningkatkan kerja aliran darah agar menjadi lebih lebar dan penyempitan akibat lemak dapat dihindari.


3. Melakukan Urutan Refleksologi


Bagi anda yang pernah melakukan refleksologi ia  terbukti  memiliki banyak manfaat baik untuk tubuh badan anda. Orang yang sering melakukan refleksi memiliki pembuluh darah yang lebih lebar kerana refleksi terutama pada bahagian tangan dan kaki dapat membantu meningkatkan energi tubuh dan membuka pori-pori agar racun dalam jaringan kulit dapat disingkirkan.

Urutan refleksologi dengan teknik yang tepat mampu memperbaiki fungsi tubuh lebih baik. Melakukan urutan refleksi bukan bermakna harus dilakukan pada saat tubuh rasa sakit. Waktu-waktu santai pun rawatan ini sangat baik untuk tubuh rileks sambil melancarkan peredaran darah.









Puan Hani | Shaklee Independent Distributor [ID: 883549]
WhatsApp.Call: 019-3630891| email: healthybeuty@gmail.com

Tuesday, 9 December 2014

Kenapa Makan Supplement Tiada Kesan Malahan Makin Teruk Lagi [ Mesin basuh, sabun dan air]


Pertimbangkankan Situasi Ini


KAPASITI MESIN BASUH NI : 10KG

Jika kita masukkan:
BAJU 9KG - BAJU KERJA SUAMI PELUH2, BAJU ANAK-ANAK MAIN LUMPUR, BAJU KITA BERKEBUN.
SABUN 2 SUDU (Seperti arahan)

AIR SETENGAH AJE.
APA AKAN JADI?


Analogi MESIN BASUH vs CONSUME VITAMIN

Mesin basuh TAK CUKUP air, tak akan dapat cuci baju. dari baju suami tadi bau peluh, campur baju kita berkebun, baju suami tadi pun kena tanah!. baju tak bersih. Padahal matlamat kita masuk dalam mesin basuh nak bersihkan baju. Masuk sabun sepatutnya bau wangi, sabun jadi ketul2, TAK BERSIHLAH PENDEK KATA. 


Begitu juga kalau kita makan vitamin tapi TAK CUKUP air. PENYAKIT LAIN DATANG. Yang tak pernah sakit pinggang sakit pinggang, tak pernah mengantuk, mengantuk tahap dewa. Itu sebab ada mengadu makan vitamin kepuk2 tapi tak sihat-sihat. CHECK AIR CUKUP TAK? AIR YANG CUKUP PERLU untuk meng-efektifkan fungsi vitamin dalam badan.


Sekarang nampak tak kenapa ada dikalangan kita yang makan macam-macam supplement tapi tidak membuahkan hasil. Yang jerawat makin naik jerawatnya..yang gemuk makin gemuk badannya...Pastikan water intake anda cukup 3 litre sehari. Nak mudah macam saya beli satu botol air dalam 2 litre gitu bawak je ke mana-mana. Duduk rumah pun saya ada botol air sendiri..Kadang keluar pun kita bawak botol air tu. Orang tengok dia gelak je yelah botol air besar kot..hihi...



Salam Sayang
Hani

Monday, 8 December 2014

Fakta dan Mitos Kulit Berminyak

vitamin kulit

Ada banyak mitos atau cakap-cakap orang tentang kulit berminyak ni yek..ada yang kata berjemur bawah matahari bagus untuk kulit berminyak, ada yang mengatakan sebaliknya. Apa-apapun jom kita tengok fakta sebenar tentang kulit berminyak:


Mitos 1

Minyak di kulit dapat dikontrol dengan cara melakukan pengelupasan kulit dan penggunaan produk berbahan seperti alkohol.



Fakta: Melakukan pengelupasan pada kulit berminyak dapat menambahkan lagi penghasilan minyak pada kulit. Mengapa? Sebab kulit cuba untuk menebus atau menggantikan apa yang hilang. Selain itu, merawat kulit berminyak dengan menggunakan produk berasaskan alkohol sering menjadi penyebab dehidrasi, iritasi,dan ruam kulit.


cara rawat kulit berminyak

Mitos 2


Krim UV protection meningkatkan lagi produksi minyak


Fakta: Beberapa krim pelindung UV telah diformulasikan agar tidak menyumbat pori-pori, dan juga mengandung microspan yang dapat menyerap minyak di kulit.

Mitos 3


Pendedahan kepada sinar matahari dapat mengeringkan minyak di kulit


Fakta: Pendedahan di bawah sinar matahari tidak pernah baik untuk kulit. Kelenjar sebasea yang memproduksi minyak di kulit akan menggantikan minyak yang hilang akibat sinar matahari. Hasilnya, kulit anda akan menghasilkan lebih banyak minyak di permukaan kulit.


Mitos 4


Tak ada yang dapat dilakukan untuk mengawal kulit berminyak


Fakta: Semua keadaan kulit dapat dirawat dengan baik, jika kita tahu formula yang tepat untuk melakukannya. Anda hanya perlu berkonsultasi dengan seorang doktor kulit yang dapat menganalisis masalah kulit Anda dan memberikan nasihat yang tepat.


kulit cantik

Mitos 5

Kulit berminyak berpunca daripada makanan berlemak


Fakta: Kulit berminyak lebih cenderung dipengaruhi oleh hormon dan apa yang Anda makan. Namun, jika makanan tertentu membuat jerawat Anda menjadi lebih teruk, cubalah untuk menghindari makanan tersebut. Dalam beberapa kajian, kekacang membuatkan jerawat diwajah anda bertambah parah.


Mitos 6


Kulit berminyak disebabkan oleh kotoran atau debu


Fakta: Hanya kerana T-zone kulit anda kelihatan berkilat atau berminyak, tak bermaksud wajah Anda kotor. Jerawat dan kulit berminyak tidak disebabkan oleh kotoran. Hormon manusia akan meningkat selama masa remaja dan merangsang kelenjar sebum di kulit untuk memperbesar dan menghasilkan minyak.


Inilah dia enam fakta dan mitos menarik tentang kulit berminyak yang perlu Anda ketahui, terutama jika Anda memiliki kulit berminyak

Adakah anda mengalamai masalah jerawat yang teruk?
Adakah anda mempunyai kulit yang kusam dan tak bermaya?
Adakah kulit anda gelap dan tak sekata?

saya mampu membantu anda, jangan lupa pm saya ya..whatsapp,fb atau email..

Puan Hani | Whatsapp. Wechat. Tango :019-3630891
Email: healthybeuti@gmail.com

Gara-gara Nak Cantik Sanggup Suntik Minyak Masak! [ 6 Gambar yang cukup buat anda insaf ]

Gara-gara nak cantik, seorang wanita sanggup menyuntik minyak masak ke atas kulitnya apabila doktor enggan melakukan suntikan botox.


vitamin c untuk kulit

Hang Mioku, 48, yang juga bekas model Korea, dilaporkan menjadi cacat kekal berikutan tindakannya melakukan rawatan sendiri.
Menurut Hang, beliau terpaksa menyuntik minyak masak ke serata wajahnya selepas suntikan cecair silikon yang dibeli daripada pasaran gelap tidak membuahkan hasil.
Akibatnya, keseluruhan kulit muka Hang, membengkak sekali gus mengubah wajah wanita itu hingga menjadi hodoh.
vitamin c untuk kulit cantik
Nasib Hang akhirnya mendapat perhatian masyarakat selepas kisahnya disiarkan oleh televisyen tempatan.
Hasil kutipan derma, Hang berjaya menjalani 10 pembedahan membuang 60 gram cecair silikon, minyak masak dan bendasing yang disuntik ke dalam kulit wajahnya.
vitamin c
Nak menyesal pun tak berguna..semoga menjadi pengajaran buat kita
Sebanyak 200 gram bendasing berbentuk cecair turut dikeluarkan daripada lehernya.
Walaupun pakar berjaya menyingkirkan cecair itu, wajah Hang tetap kekal cacat dengan kesan parut akibat suntikan terdahulunya.
kesan botox
Gambar sebelum suntikan silikon...cun sangat..

"Sebenarnya suntikan vitamin C dan suntikan kolagen juga sama bahaya dengan suntikan dari botox dan silikon untuk kecantikan wanita"

lagipun suntikan vitamin C mula-mula je nampak kulit cantik gebu...percaya la jika u berhenti menyuntik vitamin c lama kelamaan kulit muka anda akan kelihatan kusam, tak cantik, berkedut dan tak segebu sebelum anda mengambil suntikan vitamin C.

Kalau u all tanya saya, saya prefer tablet vitamin C..tablet vitamin C mudah larut dalam air..jika jumlah vitamin C sudah mencukupi ia akan di keluarkan melalui air kencing. So tiada istilah vitamin C bertukar toksik jika overdose. Cuma membazir aje ler...hehe..

Firman ALLAH SWT: “Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana,” “Janganlah kita mengubah ciptaan ALLAH SWT kerana sesungguhnya syaitan sentiasa suka menghasut kita agar mengubah ciptaan ALLAH SWT dan menyesatkan anak Adam,”
“Dan aku (syaitan) akan sesatkan mereka, aku akan janjikan angan-angan kosong kepada mereka dan sungguh aku mahu menguasai mereka. Aku akan menyuruh mereka memotong telinga binatang ternakan dan mengubah ciptaan ALLAH SWT (mengada-adakan upacara ibadat).´
Dan sesiapa menjadikan syaitan sebagai pelindung selain daripada ALLAH SWT, sesungguhnya rugilah dia, kerugian yang nyata sekali,” Surah Al-Imran dan An-Nisa’.

Sunday, 7 December 2014

Masker Terbaik Agar Wajah Tampil Segar dan Cantik Mengikut Jenis Kulit Anda


Kebanyakan wanita mesti nak tampil cantik dengan wajah yang segar tanpa memerlukan perbelanjaan yang besar. Ada tu yang nak pegi facial sebulan sekali pun liat..yelah bilah dah berkeluarga, bekerja lagi mana sempat untuk semua tu. Kekangan waktu dan masa antara punca kebanyakan wanita lupa untuk memanjakan diri mereka.

Jom kita tengok cara membancuh masker mengikut jenis kulit masing-masing..ini tips paling simple dan hasilnya dapat kita lihat dengan cepat. Anda boleh cuba sendiri di rumah.

1. Kulit Berminyak


Resipi yang sangat mudah; lenyek-lenyekkan sebiji pisang sehingga menjadi seperti paste. Kemudian sapukan pada wajah anda. Biarkan selama 15 minit. Cuci dan lihatlah perubahannya.

2. Kulit Kering


Kulit kering dapat diatasi dengan kombinasi madu lebah dan buah avacado. Campurkan kedua-dua bahan ini dan jadikan masker. Cuci selepas 10 minit. Kulit anda akan terasa lembap dan berganda-ganda lembut.

3. Kulit Kombinasi


Ambil beberapa petik daun bunga ros, ambil airnya. Campurkan dengan yogurt dan madu. Sapukan pada muka seperti masker. Biarkan 10 minut untuk melihat kulit anda akan menjadi glowing, bersinar-sinar dan lembut.

4. Kulit Sensitif


Apa yang perlu anda lakukan ialah campurkan semua bahan-bahan seperti yogurt dan setengah cawan oatmeal. Kalau perasan campuran ni akan menjadi seperti paste macam masker,sejukkan dalam peti sejuk then letakkan pada wajah anda, Biarkan sehingga ia kering atau selama 15 minit. Cuci. Wajah anda akan terasa lebih segar dan lembut..


Home made masker ni satu ia menjimatkan wang anda..lagi satu ia menjimatkan masa anda,tak perlu keluar rumah pegi facial..satu lagi selamat untuk kulit anda..tiada iritasi bebas keradanga pada kulit muka anda.. best kan..selamat mencuba!

salam sayang,
hani

Saturday, 6 December 2014

6 makanan yang anda harus elakkan untuk mendapatkan kulit yang cantik

Makanan-makanan yang masuk dalam tubuh kita tak semuanya memberi manfaat positif untuk kulit.  Penting untuk kita mengetahui apa ciri-ciri makanan yang harus anda elakkan untuk memelihara kecantikan kulit.


Antara ciri-ciri makanan yang harus anda elakkan:

1. Makanan yang mengganggu keseimbangan air


Pertama yang kita kena ambil tahu ialah dehidrasi boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Kesan sampingan apabila kulit kita kering akan timbulnya tanda kerutan. Sel-sel mati yang kering juga akan menyebabkan timbulnya jerawat.

2. Makanan yang mengandungi garam berlebihan


Kandungan garam yang berlebihan dalam tubuh dapat menahan cecair dan menyebabkan pembengkakakn pada kulit. Garam masakan, makanan ringan dan makanan segera mengandungi kandunga garam yang sangat tinggi.

3. Makanan yang mengandungi kafein


Kafein diketahui dapat meningkatkan penimbunan kortisol dalam tubuh dan dan meningkatkan proses penuaan wajah. Selain itum produk kafein juga mampu meningkatkan risiko dehidrasi. Oleh sebab itu kurangkanlah pengambilan teh, kopi, minuman berkarbonat dan coklat.

4. Alkohol


Alkohol dapat memusnahkan hormon anti-Dieuretik sehingga mengakibatkan dehidrasi. Selain tu alkohol juga meyebabkan vasolidatasi yang membuatkan kulit mengelupas. Menurut American Academy of Dermatology vasolidatasi juga menjadi penyebab kulit bersisik.

5. Makanan yang mengandungi banyak gula


Makanan dengan kandungan gula yang tinggi menyebabkan kadar gula darah tinggi. Rembesan hormon insulin dan androgen pun meningkat hingga menyebabkan sel kulit mati. Sel kulit mati ini lah yang cenderung timbulnya jerawat.

6. Makanan yang diproses


Makanan diproses seperti tepung halus, buah-buahan dalam tin, dan jus dalam kotak dapat meningkatkan kadar gula. Makanan tersebut mengandungi garam dan gula yang tinggi. Selain tu nutrisi yang penting untuk kesihatan kulit mempunyai jumlah yang sedikit dalam makanan proses ni atau pun tak ada langsung.


Berhati-hati lah dengan apa yang anda masukkan ke dalam tubuh badan. Mungkin sekarang tak nampak lagi..nanti bila usia makin meningkat baru la perasan ada garis halus,kulit kusam,gelap dan lain-lain lagi. Bukannya tak boleh makan langsung tapi kurangkan jumlah pengambilan je. Pengambilan supplement adalah cara terbaik bagi menggantikan nutrisi yang anda telah tinggalkan.


Sekian terimakasih =) 

Wednesday, 3 December 2014

Kesan Sampingan Omega-3 Terhadap Penderita SLE ( Systemic Lupus Erythematosus)

Apakah SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik "autoimmune" di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan  pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf atau organ-organ lain dalam badan.

Lupus berasal dari perkataan Latin bermaksud " serigala". (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serangga.)



Antibodi  sepatutnya melindungi tisu dan organ tubuh tetapi bagi pesakit SLE antibodi tersebut menyerang tisu-tisu dan organ dalam tubuh penderita dan menyebabkan keradangan pada organ,kulit dan tisu pesakit.


Punca SLE

Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.

Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. 


Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.


SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon.



Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.


Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.


Gejala SLE


Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. 

Omega bantu pesakit SLE

Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Ciri-ciri penyakit ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah


Bagaimana minyak ikan omega dapat membantu penderita SLE?


Ada kajian yang menyatakan dengan mengambil makanan tambahan dapat mengurangkan tanda-tanda yang dialami oleh pesakit SLE.




  • Makanan tambahan minyak ikan dapat membantu mengurangkan tanda-tanda bagi penyakit lupus. Minyak ikan omega-3 juga meningkatkan aliran darah dan fungsi saluran darah kepada pengidap lupus kerana mereka  mempunyai risiko yang tinggi diserang penyakit jantung.
  • Kajian mendapati pesakit SLE yang 3gram minyak ikan omega tak tepu setiap hari selama 6 bulan menunjukkan peningkatan dalam gejala penyakit mereka, jika dibandingkan dengan mereka yang menerima ubat-ubatan sintetik.
  • Minyak ikan omega menunjukkan peningkatan fungsi saluran darah dan mengurangkan tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif banyak dikaitkan dengan penyakit jantung.
Pesakit lupus perlu mengawal tekanan darah, elakkan diet tinggi lemak dan anda digalakkan mengambil minyak ikan omega sebagai dietry supplement setiap hari. Minyak ikan selain murah ia juga tidak menyebabkan apa-apa kemudaratan kepada sistem tubuh anda. 













Puan Hani | Shaklee Independent Distributor [ID: 883549]
Whatsapp.SMS.Call : 019-3630891| Email: healthybeuti@gmail.com

Tuesday, 25 November 2014

Rambut Gugur?

Rambut gugur tu normal la..tapi kalau dah setiap kali sikat gugur segenggam tu kira dah tak normal. Anda mesti cari jalan untuk mengatasi masalah rambut gugur anda. Untuk mempunyai rambut yang sihat dan mengelakkan rambut gugur lebih banyak, pastikan anda mendapat nutrien yang cukup dan betul dalam pola pemakanan anda, termasuklah asid lemak omega-3.

masalah rambut gugur

Pengambilan asid lemak omega-3 yang cukup dalam diet harian anda boleh membantu mencegah rambut gugur dan juga menggalakkan rambut tumbuh lebih sihat dan cepat. 

Bagaimana Omega 3 membantu?

omega untuk kesihatan

Omega-3 mempunyai ciri-ciri anti-radang yang boleh membantu untuk membuka folikel rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat.

Apabila badan anda tidak mendapat nutrien yang betul dan cukup, rambut anda yang gugur setiap hari tidak dapat diganti dengan mudah.

Makin hari lebih banyak rambut gugur, jika tidak di rawat lama-kelamaan akan menyebabkan kepala anda botak. Rawatan akan menjadi lebih rumit dan treatment yang biasa memakan ribuan ringgit.

Tahukah anda Omega-3 boleh membantu merawat masalah keguguran rambut?

Pemakanan yang kurang nutrisi dan kekurangan vitamin untuk rambut boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuk botak, omega-3 bersama-sama nutrien penting lain boleh  membantu mencegah dan merawat rambut gugur.

omega untuk kesihatan

Omega-3 adalah asid lemak perlu, salah satu 'lemak' yang badan kita perlukan untuk menjadi sihat dan menjalankan fungsi dalaman dengan sempurna.


Ia juga diperlukan untuk memastikan rambut anda tampak lebih sihat, dan tanpa nutrien yang cukup dalam diet harian anda, termasuk omega-3, anda akan mendapati rambut anda tidak sihat dan lebih banyak rambut mulai gugur.

Jika anda dapati rambut anda gugur lebih dari biasa, ianya mungkin tiada masalah dengan shampu yang anda gunakan tetapi sebenarnya anda kekurangan omega-3!

Bagaimana rambut tumbuh?

rambut gugur

Setiap helai rambut tumbuh daripada satu folikel, dan setiap kali rambut tumbuh keluar, rambut baru akan terbentuk dalam folikel rambut manusia. 

Generally, rambut yang sihat akan tumbuh sebanyak satu millimeter setiap hari, atau setengah inci setiap bulan. Walaubagaimanapun pertumbuhan rambut berbeza-beza dari seorang ke seorang.

Mereka yang tidak mendapat nutrisi yang mencukupi, dan juga tidak mendapat asid lemak omega 3, end up akan mengalami kehilangan rambut yang serius, atau paling tidak pun rambut  anda akan mengalami kecacatan pertumbuhan. 

Rambut yang sihat bermakna anda telah berjaya mengekalkan diet yang sihat dan betul. Rambut adalah mahkota setiap manusia, tidak mengira lelaki atau wanita, bagi yang bertudung memerlukan penjagaan yang lebih rapi. 



Puan Hani | Shaklee Independent Distributor [ID:883549]
Contact No: 019-3630891| email: healthybeuti@gmail.com

Wednesday, 19 November 2014

Ubat Buang Toksin Paling Berkesan dan Selamat

Assalamualaikum..pagi ni saya nak share satu review produk yang sangat-sangat berkesan untuk membuang toksin dalam badan kita. Berkesan je tak cukup. Produk tu mesti lah selamat untuk jangka masa panjang. Ubat yang I cakap tu ehhh bukan ubat actually ianya adalah supplement Herb-Lax. I tak jual ubat ok. Ini lah antara produk laris yang rata-rata customer I beli untuk buang toksin atau bahasa saintifiknya ialah detox.


cara buang toksin paling berkesan


Kenapa kena buang toksin?

Sebabnya setiap hari kita makan, kita makan macam-macam termasuklah benda-benda yang tak sihat. Usus kita ni fungsi dia menyerap apa  sajaha makanan yang masuk dalam badan kita. Tak kira lah food yang u telan tu sihat ke tidak usus ni dia serap je semua dan benda yang tak elok termasuklah minyak, MSG, pengawet akan tersimpan dalam perut kita. So benda-benda ni lah yang kita nak singkirkan dari usus kita.

Tahukah anda?

Penyakit berbahaya berpunca dari usus,hati dan darah yang kotor dan bertoksin?Kanser usus merupakan ancaman kedua tertinggi di Malaysia! Jangan pandang remeh tentang bahanya badan bila tidak detox. Cegah dari awal mampu menyelamatkan nyawa anda.

Apa fungsi Herb-Lax?

  • Herb-Lax melembutkan najis
  • Atasi masalah sembelit
  • Meningkatkan penyerapan nutrisi
  • Mengurangkan kanser usus
  • Membersihkan usus
  • Menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam usus,darah dan hati kita
  • Membuang lemak dan 'sampah' sarap dari badan kita
  • Mencantikkan kulit
  • Mengurangkan jerawat
  • Atasi masalah gemuk air
  • Mengempiskan perut

Testimoni Herb-Lax

bahaya toksin

Ini antara review customer saya selepas mengambil Herb-Lax. Sesiapa sahaja yang start makan herblax pasti akan jatuh cinta. Saya sendiri seminggu tak boleh tinggal herblax. Herblax ni bila Ramadhan datang je mula lah orang duk memborong herblax sebab nak kurus punya pasal. Lagi satu bila time raya berpusu-pusu orang duk borong herblax..yelaaa time raya laa kita jadi pekerja sementara DBKL. Apa orang hidang kita sumbat je..hihi..


Apa yang syoknya herblax ni bila makan kita tak rasa 'ceri-beri' yang melampau. Bahan tinja kita pun lembut je..erm mungkin pada awal pengambilan akan rasa memulas sikit sebabnya tak pernah buat detox lagi. Bila u konsisten ambil herblax setiap minggu rasa memulas tu dah kurang, ada yang tak rasa memulas langsung! That's why I suggest ambil herblax time cuti je. Misalnya jumaat,sabtu dan ahad. 

Perbezaan Shaklee

Kenapa I pilih Herblax Shaklee? Kenapa I tak teruskan dengan produk detox yang I penah makan sebelum ni? I pilih herblax sebab i tahu apa ramuan yang terkandung dalam herblax. And I tahu apa fungsi setiap ramuan dalam tu. Ada 9 jenis daun herba yang terpilih dan bermutu tinggi telah membuatkan Herblax sangat berkesan dan mujarab untuk semua. 

bahaya toksin
Ini la Herb-Lax yang popular di kalangan customer I tu..=)








Puan Hani| Shaklee Independent Distributor [ID:883549]
019-3630891 | Email: healthybeuti@gmail.com

Monday, 17 November 2014

Multivitamin Pertama Dunia dan tertua, Vita-Lea

Asal-usul 'Vitamin'

Tahun 1915 terciptanya multivitamin yang pertama di dunia. Nama multivitamin yang tertua di dunia ini dikenali sebagai " Vitalize-Mineral" atau disingkatkan sebutannya kepada "Vita-min". Sehingga sekarang selepas kewujudan "Vita-min" ini kebanyakan produk supplement terus menggunakan singkatan "Vita-min" untuk produk mereka walaupun dari pelbagai jenama. 

Saya tumpang berbangga kerana multivitamin atau "Vita-min" yang pertama dan tertua itu merupakan dari jenama Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. 


kebaikan vitalea

Perbezaan Multivitamin Shaklee 

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

spirulina


Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi-spirulina. Perbezaan yang ketara multivitamin Shaklee berbanding multivitamin jenama lain adalah dari segi cara penghasilannya. Vita-Lea dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Kelebihan multi-vitamin Vita-Lea Shaklee:

  • Vita-lea sebagai sumber tenaga segera. Meningkatkan kecerdasan mental, kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

  • Vitalea sebagai pelengkap nutrisi bagi mereka yang mengamalkan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.

  • Vitalea penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. Ia juga penting untuk sistem reproduktif manusia.

  • Vita-lea merupakan element penting untuk sel tubuh badan manusia. Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel sentiasa hidup, pertumbuhan sel baru,membantu proses pembesaran,pertumbuhan rambut,otot,kulit,kuku dan hormon,menjaga kesihatan tiroid.

  • Vitalea Shaklee melindungi organ,buah pinggang,jantung dan hati.

Siapa yang memerlukan multivitamin Vita-Lea?

  1. Orang yang kurang darah atau anemia
  2. Ibu mengandung yang mahu janin sihat
  3. Orang yang menghidapi tekanan darah rendah terutamanya ibu mengandung
  4. Wanita, remaja, mak orang yang inginkan kulit yang cantik dan awet muda
  5. Remaja atau student yang ingin meningkatkan memori 
  6. Warga tua yang ada masalah tulang rapuh dan osteoporosis
  7. Mereka yang mempunyai masalah tiroid
  8. Ibu menyusu yang ingin meningkatkan pengeluaran susu badan
  9. Mereka yang tak suka makan supplement/ vitamin banyak-banyak (telan vitalea cukup)
  10. Mereka yang selalu sakit kepala,stress, pening. Vitalea merangsang peredaran darah.

Tanda-tanda anda memerlukan multivitamin Vita-Lea Shaklee


Terdapat berbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.Untuk memastikan pertumbuhan yang sihat di kalangan kanak-kanak dan mencegah kekurangannya bagi orang dewasa, US Academy of Science telah mengguna pakai RDA (Recommended Daily Allowance) atau keperluan harian yang disyorkan yang mana ianya menentukan kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral oleh badan. 


RDA menetapkan kadar yang berlainan mengikut usia dan jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperolehi daripada makanan yang seimbang.
Dengan memakan berbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, seseorang yang sihat pada semua peringkat umur akan memperolehi vitamin dan mineral secukupnya daripada makanan tersebut.


Walaubagaimanapun sekiranya anda berasa anda tidak makan secara yang betul atau disyorkan oleh doktor anda untuk mengambil tambahan vitamin dan mineral, anda boleh mendapatkan vitamin dan mineral ini yang dijual di Farmasi tanpa preskripsi dari doktor.


BILAKAH KITA PERLUKAN VITAMIN DAN MINERAL

Pertama sekali kita hendaklah merujuk kepada doktor yang mana beliau akan membuat pemeriksaan dan menentukan keperluan vitamin dan mineral yang sepatutnya diambil. Terdapat beberapa keadaan di mana vitamin dan mineral tambahan diperlukan.


manfaat multivitamin Vitalea

Kekurangan vitamin dan mineral.
Wanita mengandung dan menyusukan bayi.
Bayi pra matang.
Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.
Kegagalan buah pinggang yang mana memerlukan makanan rendah protin, lemah daya penyerapan, kekeringan atau dehidrasi yang mana memerlukan potassium/sodium dan beberapa jenis garam galian yang lain.
Selsema/flu, di mana vitamin C dan Vitalea dapat membantu proses penyembuhan.
Bagi vegetarian yang mana tanpa makan telur dan minum susu mereka akan mengalami kekurangan vitamin B12.



                                  __________________________________

Puan hani | Shaklee Independent Distributor [ID:883549]
Contact: 019-3630891 | email: healthybeuti@gmail.com

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com