Wednesday, 13 November 2013

Kenapa Perlu Protein untuk Kurus? | Kenapa Diet Gagal?? Tak kurus-kurus pun!


Kitaran diet yang ditakuti

Pernah tak anda alami situasi begini? Diet sampai tak makan nasi berbulan-bulan tapi hasilnya tak menggembirakan..kalau hilang berat pun hanya bertahan sekejap saja. Lepas tu badan naik semula bagai dipam-pam. Sebenarnya anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot,anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak, dan merendahkan kadar metabolisme anda. Bila kadar metabolisme anda rendah maka susah lah badan anda membakar lemak.

OTOT = METABOLISME

Anda pun mula give up dan tak meneruskan diet tersebut,anda tidak boleh membakar kalori seperti anda lakukan sebelum ini. Sebaliknya badan anda bertambah berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali anda meneruskan diet. Ini adalah kesan yo-yo.




Untuk menurunkan berat badan dengan berkesan anda perlukan protein. Protein sangat penting. sebab apa saya cakap penting?


Setiap hari kita melakukan kerja-kerja berat. Nak kurus misalnya kita bersenam, tak tahu la anda tahu atau tidak setiap kali kita bersenam dan buat kerja-kerja berat misalnya seperti weight training, bodyweight training, push up, sit-up dan sebagainya  sel-sel otot kita akan "mati" atau koyak. Kita takkan sedar sebabnya dalam tubuh badan kita terdapat berjuta-juta sel, mungkin lebih dari itu.

Tanpa protein dan diet yang sesuai, "sebahagian kecil" sel-sel yang mati tadi tu mungkin tidak dapat diganti, dan saban hari sel-sel mati yang kecil tu akan berubah menjadi "sebahagian besar". Penurunan berat badan melalui kehilangan otot adalah sesuatu yang amat merugikan, kerana turunnya berat otot bererti turunnya kadar metabolisme anda!

Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisme kita yang membakar lemak=lemak kita. Jadi tanpa protein yang cukup anda program penurunan berat badan anda tidak akan berjaya!


salam sayang...
hani

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com