Friday, 15 November 2013

4 cara kecilkan perut buncit dengan protein


Menurunkan berat badan dengan protein telah terbukti secara meluas dalam dunia diet kini. Protein adalah kombinasi dari asid amino yang digunakan untuk memelihara otot, tulang,rambut dan bahagian lain dari tubuh anda. Diet tinggi protein didapati lebih berkesan dan efektif daripada diet rendah lemak di dalam study 2007 yang dipublikasikan dalam "Journal of American Medical Association". Jika anda obses untuk membakar lemak perut, sila gabungkan diet kaya protein dengan makanan sihat lainnya. Senaman secara teratur juga dapat membantu anda membuang lemak yang menggumpal di perut. 

Apalagi....Jom la tengok apa 4 cara tu..


  1. Protein dan Karbohidrat kompleks
Kurangkan jumlah karbohidrat yang anda makan, terutama sekali karbohidrat sederhana seperti tepung putih dan makanan pemprosesan lainnya. Anda harus fokus pada karbohidrat komplesks seperti gandum, beras merah, dan semua makanan yang mengandungi seratdan karbohidrat yang rendah.

Kenapa anda disarankan karbohidrat kompleks?Actually..karbohidrat kompleks telah terbukti mampu menyihatkan jantung dan memberikan manfaat penurunan berat badan jangka panjang. Diet ini sama seperti diet Mediterranean, tinggi protein dan mengandungi sumber serat dan fitonutrien yang mudah didapati dalam karbohidrat kompleks. Protein menyediakan sumber bahan bakar atau energi yang stabil  tanpa penurunan glukosa darah secara mendadak.



      2. Protein dan lemak sihat

Tekankan protein dan lemak yang terdiri dari asid lemak omega-3. Beberapa makanan yang mengandugi asid lemak tersebut adalah Salmon dan Tuna. Dengan kombinasi asid lemak omega-3 ia akan membantu menyumbangkan nutrisi makanan ke seluruh tubuh.  Makanan tinggi protein ini juga mampu memperlambatkan proses pencernaan yang dapat membantu anda rasa kenyang lebih lama maka kuantiti makanan yang anda ambil lebih sedikit,


       3. Protein dan aktiviti fizikal

Diet yang tepat adalah disertai dengan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Senaman yang konsisten dapat melancarkan metabolisme badan dan menurunkan berat badan. Contoh aktiviti fikal yang anda boleh buat ialah jalan cepat, berenang dan lain2 lagi.Memang sukar hilangkan lemak perut ,tetapi aktiviti fizikal yang konsisten dan juga diet sihat adalah lebih efektif untuk kecilkan perut.

Bahkan satu studi di Duke University menemui peserta kehilangan lemak perut jauh lebih banyak ketika mereka berada dalam aktiviti fizikal secra teratur.Makanan berprotein dan karbohidrat kompleks memberi tenaga yang mencukupi  yang anda perlukan untuk untuk tetap aktif dalam menjalankan aktiviti fizikal. Jadi jangan biarkan perut anda kosong sebelum bersenaman.


       4. Pelbagaikan protein anda

Cara memperkecilkan perut buncit dengan protein tidak hanya tertumpu pada susu rendah lemak dan telur sahaja. Anda boleh cuba pelbagai variasi protein seperti 2 bahagian ikan seminggu atau 1 hidangan protein sayuran seperti tauhu dan tempe.Ikan merupakan sumber asid lemak essential , yang juga membantu mengurangi penyakit kardiovaskular. kacang-kacangan dan biji-bijian juga menyediakan banyak protein yang dapat membantu anda melambatkan pencernaan anda. 


Amacam? Ada bran tak? Ala kacang je tu...banyakkan protein kurangkan pengambilan karbohidrat..hihi..

Selamat mencuba yaa...
hani

0 comments:

Disclaimer

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com