Thursday, 8 December 2016

Omega Guard Menghakis Perut?

Seringkali kita dengar kenyataan kontroversi berkenaan minyak omega yang mampu mencairkan bekas polisterin, sehingga ada pihak yang menganggap pengambilan minyak omega boleh mengakis lapisan perut.

Kenyataan ini sebenarnya TIDAK BERASAS dan TIDAK DISOKONG oleh mana-mana bukti sains. Malah fenomena ini hanyalah satu fenomena pelarutan pepejal dan tiada kaitan dengan tindak balas kimia!

Untuk memahami fenomena omega mencairkan polisterin, kita perlu faham konsep asas kimia berkaitan dengan bahan yang diklasifisikan sebagai polar dan bukan polar. 


Sesuatu bahan yang polar seperti gula hanya akan larut dalam larutan polar seperti air, dan bahan bukan polar seperti lemak hanya akan larut dalam larutan bukan polar seperti minyak. “LIKES DISSOLVES LIKES”! Pendek kata - I Love U, U Love me gitu!

Dalam kes polisterin dan minyak omega pula: 

Kedua-dua polisterin dan minyak omega adalah bukan polar, jadi amat mudah untuk polisterin cair dalam miyak omega. Tiada tindak balas kimia langsung. 

Semakin tinggi ketulenan minyak omega tersebut, semakin mudah ia mencairkan polisterin tadi!

Dalam ujian mudah yang kami lakukan sendiri –  omegaguard mencairkan polisterin dalam masa lebih kurang 10 minit!

Dan bahagian yang paling cepat cair adalah bahagian yang lebih banyak terdedah kepada cecair omegaguard tadi. 

Nak tahu kenapa cepat sangat larutnya?

Ini kerana kualiti Omegaguard Shaklee merupakan kualiti gred farmaseutikal, iaitu ia mengandungi kandungan minyak omega yang tinggi, iaitu sebanyak 90%! Sebab itulah omegaguard sangat mudah mencairkan polisterin.

Kira tahap keserasian yang tinggi gitu! Perlu diingatkan, suplemen minyak omega yang terdapat di pasaran merupakan campuran Omega-3 dan minyak ikan. 

Ok, orang kata curiosity kills the cat. Jadi saya buat satu eksperimen tambahan. MAMPUKAH CLOROX MENCAIRKAN POLISTERIN? Kenapa saya pilih Clorox?

Sebab Clorox merupakan asid hidroklorik. Walaupun dalam kepekatan yang rendah, ia memang terkenal sebagai agen pembersih yang mampu mengakis.

Agak-agak Clorox mampu tak larutkan polisterin? Secara teorinya – memang tak boleh sebab Clorox merupakan cecair polar dan polisterin merupakan pepejal bukan polar. Kalau dah tak sama takkan nak dipaksa bercintakan? Memang tak "sehati sejiwa". 

Jom tengok….
Mampukah minyak zaitun dan clorox cairkan polistrin? 


Menarikkan? Jadi, tidak perlu risau minyak omega menghakis perut sebab perut kita bukan polisterin. 

Ingin mencuba Omegaguard daripada Shaklee?

Yang pasti - ia diperakui sebagai minyak omega bergred farmaseutikal dan bebas daripada bahan kontaminasi berbahaya. 

Walaupun ia menyebab kan polistren berlubang. Ianya tak akan buat usus dan perut anda juga berlubang.

Ingat perut dan usus kita bukan dibuat dari polistren.



Tuesday, 22 November 2016

Apa Kata Pelanggan tentang Peppermint Ginger Plus

Lately ramai antara pelanggan saya yang bertanyakan tentang produk yang sesuai untuk membuang angin dalam badan dan perut kembung. Harga barang semua pakat naik, telan angin tu yang perut kembung kot. hihi gurau je 😜

Untuk masalah macam ni saya suka mencadangkan produk Peppermint Ginger Complex dan juga Garlic Plus. Dua produk ini antara yang popular bagi mengatasi tanda-tanda pedih ulu hati, kembung perut dan angin dalam badan. Juga sesuai untuk mereka yang kerap mengembara,  loya, mabuk laut dan darat.

Di sini saya sertakan tiga testimoni pengguna yang bercerita hebat dan berkesannya produk tersebut.
Dah ada Peppermint lupakan Gaviscon

Angin keluar dari serata tempat


Ni lah dia rupa Peppermint Ginger Plus tu. Tak perlu risau bahan-bahannya terdiri daripada 100% herba-herba semulajadi. 


Tuesday, 29 December 2015

Tips Memilih Produk Nutrisi: Tips 4 & 5


Tips 4: Bagaimana Cara Memilih Produk Nutrisi Bermutu Tinggi


Tips keempat ni pendek je.. Cuba tanya atau search jawapan soalan ini kepada pengeluar produk nutrisi anda.
Adakah pengeluar supplement anda mempunyai
bajet penyelidikan bagi produk supplement mereka?

Pengeluar berkualiti tinggi harus memperuntukkan sekurang-kurangnya US$1,000,000 setahun bagi penyelidikan untuk membangunkan dan menguji keberkesanan produk mereka.




Untuk rekod, Shaklee telah melabur US$250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan. Dalam jangka masa panjang, pengguna supplement Shaklee didapati mempunyai kesihatan yang lebih baik dengan amat ketara sekali:
  • Paras trigliserida 33% lebih rendah
  • Nisbah 11% lebih rendah daripada jumlah kolesterol untuk kolesterol HDL
  • Tahap homosistein 36% lebih rendah
  • Tahap protein C-reactif 60% lebih rendah

Shaklee Corporation mendapat keputusan yang amat baik dan pengguna-penggunanya melaporkan insiden yang rendah bagi penyakit jantung koronari, angina, kegagalan jantung kongestif, diabetis, strok dan emphisema.

Monday, 28 December 2015

Tips Memilih Produk Nutrisi: Tips 2 & 3

Tips 2: Bagaimana Caranya untuk Memilih Produk Nutrisi Berkualiti Tinggi

Untuk mengetahui samada produk nutrisi tersebut berkualiti tinggi dan berkesan anda haruslah menyelidik latar belakang tentang produk tersebut dan menjawab persoalan ini:
Adakah Produk Nutrisi anda Menjalani Ujian Kualiti ke atas Bahan-bahan mereka?

Untuk pengetahuan u all setiap kelompok produk pemakanan perlu mempunyai bahan-bahan mentah yang dianalisis untuk kemujaraban dan kualiti.

Produk-produk supplement yang terbaik akan mempunyai sebanyak 300 ujian KUALITI pada setiap satu produk supplement mereka. Sebab tu  Shaklee mengambil masa yang lama untuk membangunkan sesuatu produk sebelum dipasarkan. Sebagai contoh, set kecantikan kulit NutriWHhite mengambil masa selama TIGA tahun untuk dibangunkan. Vivix juga mengambil masa bertahun-tahun untuk melakukan penyelidikan oleh para saintis terkemuka.

vivix produk anti penuaan


Shaklee sangat-sangat menitik beratkan soal kualiti produk mereka iaitu dari proses penyelidikan sehinggalah ke proses pembungkusan. Wajib mengikut piawaian dan syarat yang ditetapkan. 

Oleh itu, perasaan was-was tak perlu lagi timbul apabila sahaja anda menggunakan produk Shaklee. 


Tips 3: Bagaimana Caranya Untuk Memilih Produk Nutrisi Berkualiti Tinggi


Ini tips yang ketiga untuk mengetahui produk nutrisi yang anda amalkan tu bermutu tinggi atau tidak. Hanya dengan menjawab soalan ini sahaja,
Adakah pengilang menerbitkan
Penemuan klinikal mereka dalam JURNAL-
JURNAL ulasan sains?


Pengeluar supplement yang terbaik bukan sahaja melakukan ujian klinikal ke atas produk mereka, tetapi mereka juga menerbitkan hasil klinikal mereka dalam jurnal-jurnal ulasan sains.

Shaklee jurnal

INFO:
Sehingga sekarang, Shaklee telah menerbitkan lebih dari 100 jurnal penyelidakan saintifik. Komitmen Shaklee yang begitu tinggi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk  hanya untuk memastikan keberkesanan produk dijamin!

Rasa bertambah yakin tak dengan produk Shaklee? Kagum kan. Sebenarnya ada lagi empat tips bagaimana memilih produk nutrisi yang berkualiti tinggi, Saya akan share sedikit demi sedikit yer. Kalau anda ikut tips ni InshaAllah anda tidak akan silap membeli produk, 

Sekian...

Sunday, 20 December 2015

Tips Memilih Produk Nutrisi : Tips 1

Bagaimana Cara untuk Memilih Produk Nutrisi?


Salah satu cara kita nak tahu samada makanan tambahan (supplement) kita tu bagus atau pun tidak, soalan ini perlu dijawab terlebih dahulu:
👉
"Adakah Produk Supplement ini lulus "ujian air"?"

Ujian air digunakan untuk memastikan penyerapan produk nutrisi. Banyak produk pemakanan di pasaran mengandungi banyak bahan tiruan, bahan pengisi dan pewarna. Apabila dimakan, sistem pencernaan kita tak dapat memecahkan pil untuk penyerapan.

Cuba buat eksperiment ini pada makanan tambahan anda:

Ambil pil sampel daripada produk u all dan letakkan di dalam segelas air. Pil itu mesti benar-benar larut menjadi longgokan serbuk dalam masa 20 minit.

Ujian air ke atas supplement Shaklee

Ujian Air Ke Atas Multi Vitamin Vitalea Shaklee


Jika makanan tambahan anda mengambil masa yang lama untuk larut, maka terdapat kebarangkalian yang sangat tinggi bahawa badan anda tidak dapat memecahkan produk-produk tersebut dan menyerapnya ke dalam darah anda.

Sebenarnya ada banyak lagi tips memilih makanan tambahan yang perlu anda tahu, Ini antara salah satunya, InshaAllah selepas ini saya akan update tip-tip seterusnya untuk anda. Semoga info ini bermanfaat untuk anda yang membaca.

Sekian...salam....


Tuesday, 15 December 2015

Tips Lambatkan Penuaan dengan Buah Pisang

Pisang Buah Anti Penuaan




Korang tau tak Pisang kaya vitamin A, Vitamin B dan Vitamin E, yang bertindak sebagai agen anti penuaan

Korang boleh menggunakan pisang segar yang dilenyekkan dicampur dengan madu untuk mendapatkan kulit bersinar. 

Buah kuning ini juga sumber yang kaya serat, mineral, magnesium dan kalium, yang bermanfaat untuk membantu peredaran darah yang lancar dan meningkatkan sistem imun tubuh.

Sunday, 11 October 2015

Apa Kelebihan Perniagaan MLM Shaklee Berbanding Perniagaan MLM yang lain?

Suatu masa dulu saya pernah join satu 'bisnes' ni. Tak tau nak kata bisnes ke apa masa tu baru form 3 macam tu. Jiran sebelah kata kita letak duit lagi banyak lagi bagus lepastu duit tu akan membiak-biak berganda-ganda. haa gitu..tapi dengan syarat kita kena cari orang bawah kita. Kalau tak cari kita tak dapat apa-apa.

Dengan innocent nya kita ajakla sorang kawan ni. Dia pun setuju. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Bayang duit pun tak nampak. Kawan sudah bertanya. Ada antaranya yang ibu saya terpaksa keluar duit sendiri untuk ganti duit kawan tu. Penyudahnya jiran tu senyap terus. Kita pun hilang kawan. Jumpa kat FB buat macam tak kenal. Haa macam tu kan penangan bisnes Skim Cepat Kaya atau orang panggil Skim Piramid. Dasyat sungguh.

Sekarang taknak cerita tentang Skim Cepat Kaya. Yang dulu biarlah berlalu. Tapi nak cerita tentang MLM. Sebabnya tak kurang yang sering menyamakan antara MLM dengan Skim Piramid. Saya berani cakap kedua-duanya sangat berbeza. Bagai langit dengan bumi.

Semua orang tahu kan Shaklee ni MLM. Hampir 3 tahun dalam bisnes Shaklee ni rasanya sudah banyak sangat perubahan yang saya alami. Yang pertamanya, Shaklee tidak letihkan orang, tapi Shaklee melatih orang. Ini bukan paksaan. Segala tips marketing, online, offline semuanya upline saya ajar. Banyak task yang upline saya beri demi mengasah bakat kami. Beruntung kan?

Bukan jual HARAPAN tapi jual BARANG. Pernah bertanya pada sorang sahabat, " apa pendapat ko tentang MLM?"
Kata dia, " aku dah bertaubat"
LOL. Bunyi tu dah macam buat satu dosa besar. Taubat nasuha.hahaha.
Saya tak pernah kata bila join Shaklee awak akan dapat RM2k. Awak akan dapat RM5k. Itu harapan yang membunuh sebenarnya. Harapan banyak menipu manusia. Kita tidak akan berjaya selagi tidak berusaha. Kita usaha kita dapat. Goyang kaki tak dapat apa-apa.

Ianya bukan perubahan fizikal tetapi perubahan PERIBADI. Saya suka yang ni. MLM Shaklee tidak menggunakan teknik kemewahan sebagai strategi marketing. Kereta mewah, baju mewah seksi, restoran mewah bertujuan untuk menarik 'customer'.

Jika kita lihat perubahan peribadi seseorang baik dari segi pergaulan, hidupnya, pakaian dan lain-lainnya lebih baik dari sebelum menyertai MLM, tahu lah itu adalah MLM yang benar. Bukan nak kata kita baik tapi saya lihat upline upline saya dan kawan-kawan dalam Shaklee banyak yang dah berubah saya jadi lebih yakin dengan bisnes ni.

Bukan RUNTUHKAN IMPIAN tetapi MEMBINA IMPIAN. Sebelum kita join apa-apa bisnes sudah tentu kita membawa sekali seribu impian kita. Mahu berjaya. Tapi jika bisnes itu sendiri yang menipu kita, Duit hangus. Loan tertunggak. Adakah bermakna kita sudah berjaya? Tentu tidak bukan?
MLM pula biasanya mempunyai organisasi bisnes yang kuat kerana semua leadernya bermula dari KOSONG.

Mereka telah merasai perit maung dalam pemasaran dan penjualan produk sehingga akhirnya mereka mampu membantu anak buah masing-masing mengelakkan kesukaran yang sama atau sekurang-kurangnya, melalui kesukaran yang sama dengan lebih tenang.
Inilah yang dinamakan bersama membina impian dengan hasil titik peluh sendiri beserta bantuan mentor atau upline yang juga dalam perjalanan ke arah sebuah kejayaan.

Sekarang nampakkan beza benar MLM dengan Skim Piramid? Ada banyak lagi perbezaannya tapi tak mampu ku tulis di sini. Insha Allah akan share lagi..










Puan Hani | Shaklee Independent ID: 883549|
Contact: 019-3630891| Email: healthybeuti@gmail.com

Wednesday, 19 August 2015

Legakan Simptom Resdung Kurang dari 10 Minit

Korang yang ada resdung pasti tahu betapa azabnya bila resdung datang menyerang. Saya sendiri telah melalui pengalaman dan simptom-simptom resdung dahulu. Antara tanda-tanda kita mengalami penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut: 

  • Hidung sering tersumbat
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain

Tapi yang menjadi masalah ramai antara kita yang pandang remeh terhadap penyakit resdung. Kadang tu ada yang tak sedar pun yang dia mengalami penyakit resdung. Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung . 

Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.

Pengalaman saya sendiri bila tengah malam konfem bersin tak henti-henti. Yang tak tahan tu antara jam 2-3 pagi hari-hari. Hidung berair, setiap kali bersin lendir warna hijau keluar. Seksanya tak usah cerita la...hari-hari saya telan ubat sinus walaupun tahu akan side effect ubat sintetik yang hanya bertahan sementara sahaja. Sampai satu tahap dah tak boleh tahan saya refer pakar. Check up setiap bulan, setiap 2 minggu hingga lah setiap satu minggu. Cerita ni nanti saya masukkan dalam entri lain yer..panjang pula cerita diri sendiri ni..hihi..

Sebenarnya saya just nak share petua melegakan resdung hanya dengan tiga langkah mudah ni sahaja. Korang kena try la baru tahu berkesan ke tak untuk hidung korang tu..hihihi..


Langkah 1: Tekan atau tolak lidah anda ke lelangit.
Langkah 2: Gunakan jari telunjuk anda dan tekan di bahagian dahi betul-betul di bahagian tengah antara kening mata kanan dankening mata kiri. Rujuk gambar di bawah.
Langkah 3: Tekan di bahagian tersebut selama 20 saat dan mukus atau hingus akan mula keluar dari hidung anda.
Ketika anda tekan lidah ke lelangit, jangan tajamkan lidah. Relaxkan lidah dan tekan lelangit dengan lidah yang flat. Bila anda lepaskan lidah, akan ada sedikit pergerakan di bahagian kerongkong anda.
Mukus yang keluar tidaklah banyak  tetapi cukup untuk melegakan hidung dalam masa-masa kecemasan.
Selamat Mencuba!
Sinusitis juga boleh menyebabkan kegatalan mata yang teruk. Jika tidak dirawat, mata akan menjadi merah dan berair.
Walaubagaimanapun suka saya nak ingatkan ini bukan lah rawatan resdung yang anda buat hari ni terus baik resdung. Ini cuma langkah melegakan sahaja. Kemungkinan simptom resdung akan datang semula. Sebaiknya carilah rawatan alternatif atau pun segera berjumpa doktor pakar. 





Puan Hani | Shaklee ID: 883549| healthybeuti@gmail.com|
contact no: 0193630891

Monday, 17 August 2015

7 Sebab Kenapa Toksin Perlu Disingkirkan Dari Tubuh Anda

Toksin terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksin setiap kali ia dimakan sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrien yang diambil.

Kehadiran toksin ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan.

Antara sebab sesuatu organ pencernaan gagal menghadam makanan ialah kerana fungsi dan tenaga organ penghadam itu dialihkan ke sesuatu masalah seperti:
1. Berfikir tentang kerja ketika makan
2. Memikirkan masalah kehidupan ketika makan
3. Berada dalam keadaan masalah tidak puas hati, marah, kecewa atau sebarang pemikiran negatif ketika makan.

Aktiviti ketika makan adalah bermula dari makanan pertama masuk ke mulut hingga kira-kira empat jam iaitu tempoh makanan selesai dicerna dan dihadam.

Kemudaratan Toksin

Toksin yang terhasil dalam jumlah yang sedikit boleh dinyahkan melalui rektum atau usus, tetapi jika jumlahnya berlebihan, ia turut akan diserap oleh tubuh terutamanya melalui usus kecil.
Kehadiran toksin yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan kesan seperti berikut:
1. Penghasilan enzim yang tidak resonan oleh sistem endokrin. Contohnya organ kelenjar liur, hati, hempedu dan pankreas tidak dapat menghasilkan enzim yang membantu sistem penghadaman.

2. Penghasilan hormon tidak mampu menjalankan fungsi dengan cekap. Contohnya pankreas/ buah pinggang tidak dapat mengeluarkan hormon insulin, glukagon, dan somatostatin yang membantu penghadaman, penguraian gula dan asid urik.

3. Pertumbuhan sel terencat akibat nutrien yang diserap oleh sel bersifat toksin yang boleh menjejaskan fungsi  sel.

4. Menggalakan pertumbuhan mukus, kulat atau sebarang jangkitan di bahagian kulit akibat penghasilan peluh yang bertoksin dan berasid.

5. Menjadi faktor kewujudan bahan karsonigen yang mampu memutasikan DNA sel hingga menyebabkan kewujudan sel kanser (fibroid, tumor), ketumbuhan, cyst dan sebagainya.

6. Mencemarkan darah dan melemahkan fungsi sistem aliran darah. Kesannya seseorang menjadi mudah letih, muka pucat, kerap sakit kepala, punca migrain, punca keloid, punca gangrene, punca purpura (lebam seperti ”kena gigit hantu”) dan sebagainya.

7. Toksik yang berlebihan dalam darah akhirnya akan disingkitkan melalui sistem perpeluhan yang boleh menyebabkan peluh berbau.

8. Selain itu, ia juga akan disingkirkan melalui buah pinggang. Akibatnya pinggang boleh terjejas dan menjadi lemah hingga menyebabkan masalah pada buah pinggang dan menimbulkan simptom seperti masalah prostat, kerap membuang air kecil, bengkak air, lenguh belakang, sakit lutut dan sebagainya.

Pembuangan Toksin

Proses pembuangan toksin sangat popular digelar dengan istilah Detoxification (atau ringkasnya Detox). Bahan bertoksin dalam tubuh biasanya mempunyai sifat seperti berikut:
1. Berasid
2. Mempunyai ikatan kolestrol yang tepu
3. Protein tinggi

Bahan yang digunakan untuk menghuraikan ketiga-tiga sifat di atas perlulah bahan yang boleh berfungsi serentak dan dirinya sendiri tidak boleh menjadi toksid dan mampu menghuraikan dirinya sendiri. Antara contohnya ialah:

1. Timun boleh menghurai bahan yang berasid kerana ia beralkali dan mempunyai fiber yang lembut. Fiber lembut ini boleh menyahkan bahan bertoksid dengan berkesan.

2. Daging kambing berkeupayaan menghuraikan kolestrol tepu dalam tempoh yang pantas.

3. Buah delima dan minyak zaitun berkeupayaan menghurai protein tinggi dan meneutralkan urik asid terutama dalam organ hati dan pankreas.

4. Cuka epal mempunyai kelebihan menstabilkan urik asid, menghurai kolestrol tepu dan protein tinggi dengan serentak.

5. Madu mempunyai beberapa enzim semulajadi yang membantu mencernakan nutrien pada peringkat kolestrol dan protein ringkas.

6. Cuka Epal dan Madu
Cuka epal tidak mudarat jika diambil berlebihan. Untuk kesan yang lebih optimum, ia perlulah diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Selain menghuraikan bahan berasid, kolestrol tepu dan priotein tinggi, nutrien yang bermanfaat yang terperangkap di dalam usus besar perlu dicernakan untuk manfaat tubuh. Toksin yang terbentuk di dalam usus besar mempunyai sejumlah nutrien yang masih berpotensi untuk dicerna dan dihadam oleh tubuh. Nutrien ini telah melepasi saluran duodenum yang sepatutnya mengeluarkan enzim sebagai pemangkin yang mencernakan nutrein tersebut, maka organ hati, hempedu dan pankreas tidak dapat membantu mencernakannya lagi.

Satu-satunya sumber makanan yang mengandungi lengkap secala jenis enzim yang dapat membantu menghuraikan nutrein yang terperangkap di dalam usus ialah madu.

Gabungan madu dan cuka epal merupakan formula terbaik yang bertindak sebagai bahan Detox yang berkesan, selamat dan semulajadi.

Thursday, 2 July 2015

10 Perkara yang Merosakkan Puasa dibulan Ramadhan

Hari ini genap 16 hari kita berpuasa. Alhamdulillah berpuasa penuh lagi setakat ini..heee..sekarang baru pukul 8.16am. Ada yang dah mula melepet ke. Haa tu laa lainkali cer cari supplement. Amalkan supplement. Nanti segar bugar bertenaga macam aku..kihkihkih..

Di bulan Ramadhan ini kita perlu sentiasa ingat yang berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja, tetapi setiap amalan dan perbuatan kita juga memberi kesan kepada pahala puasa. Samada ianya membawa kebaikan dan menambah pahala atau sesuatu yan akan mengurangkan pahala puasa kita.

Pagi ni saya nak share 10 perkara yang mampu merosakkan puasa kita. Mungkin dalam kita tak sedar ada terbuat mana-mana perkara ini. Peringatan kita sesama Islam supaya sentiasa menjaga tingkahlaku di bulan puasa.

10 Perkara yang Merosakkan Puasa


  • Yang Terbit Dari Lidah / Mulut
    Berbual tentang keduniaan, menyanyi-nyanyi, berdusta, mungkir janji, mengumpat, membantah-bantah, mendoakan dengan kejahatan, memaki hamun, bergurau dengan cara mengejek.
     
  • Penglihatan / Pandangan Mata
    Jauhi dari melihat perkara-perkara yang dilarang seperti menonton filem yang kurang sopan atau lucah, melihat aurat orang lain, memandang seseorang dengan keinginan nafsu. Kalau boleh, tundukkan pandangan mata kita ketika sedang berpuasa supaya terpelihara daripada melakukan dosa-dosa yang berkaitan dengan apa yang kita pandang.
     
  • Perbuatan Yang Melibatkan Tangan
    Mencuri, merompak, memukul orang atau haiwan, merosakkan harta benda awam atau harta benda orang lain, dan segala perbuatan dilarang yang boleh dibuat menggunakan tangan.
  • Pendengaran / Telinga
    Mendengar perkara-perkara yang mendatangkan dosa seperti mendengar cerita keburukan orang lain, berita fitnah yang belum tahu kesahihannya, mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan lain-lain yang berkaitan dengan pendengaran (telinga). Senang cerita, jauhilah daripada mendengar perkara yang sia-sia dan tak mendatangkan faedah.
     
  • Perkara Yang Menggunakan Kaki
    Antara contoh perbuatan atau perkara yang melibatkan kaki ialah pergi ke tempat-tempat hiburan, pusat perjudian, pesta-pesta yang melekakan, dan semua tempat yang bercampur lelaki dan perempuan.
     
  • Mengisi Perut / Nafsu Makan
    Keinginan mengisi perut dengan pelbagai juadah berbuka sehingga berlebih-lebihan dan boleh menjadi pembaziran. Membazir atau membuang makanan adalah tak baik. Ada sesetengah orang cakap haram hukumnya membuang makanan, iaitu rezeki yang Allah SWT bagi kepada kita. Oleh itu, janganlah mengurangkan pahala puasa semasa sedang berbuka dengan mengikut apa yang perut kita nak. Perut yang berpuasa kalau diisi dengan sedikit makanan pun dah boleh rasa kenyang. Tak perlu ikut nafsu yang meminta dihidangkan pelbagai juadah sewaktu berbuka.
     
  • Kemaluan
    Contohnya seperti berzina, mengeluarkan air mani dengan sengaja di siang hari dalam bulan Ramadhan, dan sebagainya.
     
  • Berhias / Bersolek (Bagi Perempuan)
    Berhias dan bersolek akan menarik perhatian kaum lelaki yang ada kemungkinan memandang seseorang perempuan itu dengan keinginan nafsu. Lelaki itu berdosa dan puasanya rosak, sementara bagi perempuan itu pula dia juga berdosa kerana membiarkan lelaki yang bukan mahram memandang kecantikannya.
     
  • Mendedahkan Aurat
    Mendedahkan aurat bagi lelaki dan wanita hukumnya adalah haram dan berdosa. Oleh itu, puasanya dikira rosak kerana melakukan perkara yang memang sudah nyata diharamkan oleh Allah SWT dan agama Islam.
     
  • Meninggalkan Solat Fardhu
    Orang yang meninggalkan sembahyang atau solat fardhu 5 waktu adalah telah melakukan dosa besar. Orang yang berpuasa tapi tak solat tetap berdosa walaupun puasanya sah. Cuma, puasa orang yang tak sembahyang atau tak solat ni tiada nilainya di sisi Allah SWT.

  • Semoga kita lebih berhati-hati dan menjauhi perkara-perkara yang menjauhi pperkara yang boleh mengurangkan puasa kita di bulan Ramadhan. Jangan biarkan nafsu menguasai diri kita tetapi kita yang menguasai nafsu. Insha Allah...😊
    Peringatan untuk diri saya sendiri..

    Wednesday, 1 July 2015

    9 Kesalahan yang Anda Lakukan Ketika Mencuci Muka

    Mencuci wajah merupakan salah satu cara untuk membuat kulit tetap bersih dan cerah. Namun mencuci wajah juga dapat menimbulkan masalah-masalah kulit seperti kulit kering, berminyak dan iritasi, jika kita tidak lakukan dengan cara yang betul.

    Bunyi macam simple, mencuci wajah sebenarnya harus menggunakan teknik yang betul agar selain bersih, kesihatan kulit wajah tetap terjaga.

    Oleh itu, cara yang bagaimana yang anda harus hindari ketika mencuci wajah? Jom semak!

    1. Tidak mencuci tangan
    Kesalahan yang paling kerap terjadi apabila kita terlupa untuk mencuci tangan terlebih dahulu. Menuangkan facial wash ke tangan yang masih dalam keadaan kotor dan kemudian mengusapnya ke wajah, tidak akan membuat wajah benar-benar bersih. Sabun cuci muka tersebut akan bercampur dengan kotoran dan bakteria yang masih tersisa pada tangan yang kotor dan kemudian dengan mudah berpindah ke wajah anda. So, jangan lupa untuk selalu mencuci bersih tangan kamu sebelum menggunakannya untuk mencuci wajah ok.

    2. Salah memilih facial wash
    Facial wash yang baik adalah pembersih wajah yang menghilangkan kotoran dan bekas make up sekali, tanpa menghilangkan kelembaban dan sel-sel kulit yang masih sihat, serta pastinya sesuai dengan jenis kulit anda. Namun masih ramai wanita keliru dalam menggunakan facial wash, sehingga menyebabkan kulit wajahnya menjadi kering atau ada yang iritasi. Maka pilihlah sabun muka yang memang sepadan untuk jenis kulit wajah anda.


    Untuk jenis wajah kering, sebaiknya gunakan facial wash yang berbentuk krim dan mengandungi pelembab yang tinggi. Sementara bagi yang memiliki kulit berminyak, disarankan untuk menggunakan facial wash yang mengandung buih dan berbentuk gel.

    Selain itu, hindari penggunaan facial wash yang wangi kerana mungkin produk tersebut mengandungi pewangi buatan yang boleh memicu iritasi kulit, terutama bagi yang memiliki kulit sensitif. Sebaiknya pilih sabun pencuci wajah dengan aroma yang semulajadi.


    3. Mencuci wajah terlalu kerap
    Kita ingat kulit akan menjadi bersih dan cerah dengan kerap mencuci wajah. Namun terlalu kerap mencuci wajah sebnarnya tidak baik untuk kesihatan kulit kerana akan membuatnya menjadi kering dan iritasi. Bahkan untuk jenis kulit wajah berminyak, kulit akan semakin banyak mengeluarkan minyak jika dicuci terlalu kerap. Untuk itu, cukup mencuci wajah dua kali sehari pagi dan malam hari.

    4. Membilas kurang bersih


    Shaklee terbaik

    Masih banyak wanita yang sering mencuci wajah tanpa membilasnya dengan bersih. Termasuklah saya..erk! Kita ingat tak mengapa tetapi bekas sabun yang tertinggal ketika tidak dibilas dengan bersih menjadi salah satu penyebab kulit kering dan iritasi pada wajah. Disamping itu, sisa sabun juga dapat menyumbat pori-pori kulit yang dapat menyebabkan munculnya jerawat. Oleh karena itu, selalulah bilas wajah dengan bersih saat mencucinya, walaupun anda nak cepat. Insaf jap 😅

    5. Suhu air
    Mungkin kita sering mendengar bahawa air panas dapat membuka pori-pori kulit, sementara air dingin menutup pori-pori kulit. Namun ia sama sekali tidak benar kerana kalau nak tahu  pori-pori tidak memiliki otot yang mampu membuatnya membuka dan menutup. Maka, jangan menggunakan air yang terlalu dingin atau terlalu panas untuk mencuci wajah. Air panas akan menyebabkan kulit kering, sedangkan air dingin dapat merosakkan pembuluh darah pada wajah. Suhu air yang paling baik untuk mencuci wajah adalah air yang hangat, dalam erti lain tidak terlalu panas ataupun terlalu dingin.

    6. Menggosok wajah menggunakan tuala 
    Salah satu kesalahan yang paling sering kita lakukan adalah mengeringkan dan menggosok wajah dengan tuala setelah mencuci wajah. Ini hanya akan membuat mengalami iritasi serta cepat keriput dan kehilangan kekenyalannya karana tertarik oleh tuala tersebut. Cara terbaik untuk mengeringkan wajah adalah dengan menepuk-nepuknya secara lembut dengan menggunakan tuala bersih. Selain itu, hindari menggunakan tuala yang sama dengan tuala mandi untuk wajah. Sebaiknya siapkan tuala khusus untuk mencuci wajah.

    7. Tidak langsung menggunakan pelembab
    Setelah mencuci wajah, mungkin anda kerap lupa untuk terus menggunakan pelembab wajah. Inilah yang dapat menjadi salah satu penyebab wajah kamu menjadi kering. Untuk hasil optimum, sapukan pelembap wajah setelah wajah dicuci dan dikeringkan, jangan menunggu kulit hingga benar-benar kering. Menggunakan pelembab secara langsung akan membantu pelembab tersebut menyerap secara maksimal sehingga kelembaban kulit pun akan tetap terjaga. Tapi sebelum tu pakai toner dahulu untuk mengecilkan pori-pori di wajah.

    8. Menghindari minyak



    Selama ini kita sering menganggap minyak sebagai salah satu penyebab masalah kulit dan dapat menyumbat pori-pori kulit. Anggapan tersebut mungkin membuat anda menjauhi produk-produk yang mengandungi minyak, termasuk facial wash. Sebenarnya  facial wash yang mengandungi minyak dapat memberi nutrisi yang baik bagi kulit wajah kita. Beberapa manfaatnya yaitu membersihkan pori-pori dari kotoran iaitu bakteria serta membantu menyeimbangkan nutrisi dalam kulit. Untuk hasil maksima, sebaiknya pilih facial wash berminyak yang terbuat dari minyak semulajadi seperti minyak almond, minyak biji anggur atau minyak bunga matahari, yang baik untuk kesihatan kulit.


    9. Terburu-buru membilas
    Sesudah mengusapkan facial cleanser ke seluruh permukaan wajah, jangan terburu-buru untuk membilas dengan air. Sebaiknya biarkan sebentar hingga sabun pembersih wajah tersebut benar-benar mengangkat semua kotoran dan bakteria pada wajah. Setidaknya tunggu hingga 1 minit setelah diusapkan pada wajah, baru lah bilas dengan air bersih.
    Set kecantikan shaklee
    Urutan wajah yang betul

    Semoga ada manfaat untuk entry kali ini.sama-sama kita menjaga wajah dan kulit kita yang Allah swt anugerahkan kepada kita..inshaAllah.

    Puan Hani | 019-3630891|healthybeuti@gmail.com|
    ID:883549

    Monday, 29 June 2015

    Air Kosong Jadi Sedap, Kaya Mineral dan Beralkali | Hanya buat sendiri di rumah anda.


    Percaya tak air kosong yang kita minum hari-hari tu boleh bertukar rasa jadi sedap? Kalau tak percaya jemput baca kisah Syuhada dengan water pitcher yang baru sahaja di beli...

    sumber : Entry blog Syuhada.. Okey kawan2 ..JOm baaca
    ______________________


    Sebenarnya sudah lama saya mencari penapis air. Tau jer la duduk di bandar yang padat ni, kualiti air pun dah kurang. Saya ni dah la jenis susah nak minum air kosong. Tapi kena gagahkan juga diri meneguk untuk kesihatan badan sendiri. Kalau balik kampung, minum air kosong kat kampung terasa beza dengan air kosong di sini. Sampaikan ayah dan mak kalau datang sini bawa bekalan air kosong dari kampung. Sampai macam tu sekali kerana ayah saya tak suka akan rasa air kosong di sini.
    Setelah saya survey sana sini, last2 saya pilih Shaklee Get Clean Water Pitcher ni.
    Pautan
    Shaklee Get Clean Water Pitcher
    Ok, ini adalah set sebenar yang akan diperolehi dari Starter Pack. Nak beli secara asing pun boleh... Tapi beli Set ni lagi murah... Next time tinggal beli filter jer selepas filter yang dibekalkan dalam set ini habis diguna pakai. Satu filter ni boleh digunakan untuk menuras sebanyak 303 liter air atau dalam masa 4 bulan, mana yang terdahulu.

    Hari semalam dah mula pasang dan guna pitcher ni. Mula-mula rasa was2 nak minum airnya... yer la tak perlu dimasak, tentu tak terbayang macam mana rasanya menelan air paip... Mesti loya... kemudian gagahkan hati untuk minum... Sekali teguk, dalam hati berbisik 'Eh, sedap la..." kemudian teguk lagi dan lagi... Sampai tinggal setengah jag... hahaha... Memang sedap airnya... Malah lebih sedap dari air paip yang telah dimasak...

    Kemudian malam tu, hubby balik, siangnya dia kerja. Dia minum air dari pitcher tu dan dia cakap, "sedaplah air ni syg..." saya pun jawab, "a'ah sedap... lagi sedap dari air masak kan abg".... dia angguk2 sambil minum....
    Air yang bersih membantu vitamin dan supplement bertindak balas secara optimum dan kulit extra cantik dan lembap. Bagi mereka yang ingin mendapatkan kulit cantik saya cadangkan cuci lah wajah anda dengan air dari jag water pitcher shaklee ni. Bagi yang mempunyai  masalah kulit juga sangat-sangat disarankan. Tahukah anda kulit yg bermasalah lambat sembuh berpunca daripada air yang kurang bersih dan berasid?


    Ok, jom baca sikit info tentangnya dari web Shaklee ini
    Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat dengan menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

    Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula dan berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

    Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
    • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
    • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
    • Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
    • Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

    Pilihan Bijak!
    • Hanya beberapa sen bagi seliter air
    • Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
    • Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
    • Ringan dan mudah dibawa
    • Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

    KEISTIMEWAAN SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER

    SELAMAT:
     “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.
    Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

    PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
    Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

    HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
    Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

    MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
    Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar. Credit Mama Cery

    Anda bagaimana? berminat dgn Water Pitcher ni? 
    _________________________________________________________________
    Sila hubungi saya,







    Puan Hani | 019-3630891 
    healthybeuti@gmail.com |ID: 883549

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Disclaimer

    Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsikan dilaman ini bukan bertujuan merawat,mencegah,mendignose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat dari pakar kesihatan.

    Copyright © Diary of My Life | Powered by Blogger

    Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com